Tuesday, May 19, 2015

kisah kami..

Bismillah...

Ia bermula back in October 2013. Ayah mengkhabarkan ada seseorang ingin dipertemukan. Tetapi awal2 lagi sudah dipesan, don't put up any high hope, mungkin tiada apa akan berlaku next.

Raya Haji 2013. Dia bersama keluarganya y tinggal di sg petani datang menziarahi kampungku y terletak di Yan, Kedah.

Maluku tidak dpt digambarkan, aku bukanlah seorang y pemalu namun saat situasi itu berlaku aku menjadi terlalu malu, tidak dapatku angkat muka untuk memandangnya. Pertama kali berhadapan dgn situasi sebegini. Hanya ayah dan ummi berbicara bersama ibubapanya.

Sebulan berlalu, dua bulan berlalu. Tiada sebarang perkembangan. Ku mula beranggapan, mungkin dia bukan orangnya dan ini belum masanya. Aku mula menerima.

Kemudian keluarganya datang ke KL menziarahi ibubapaku disamping hadir ke majlis konvonya. Kata ibunya kepada ibuku, dia masih belum bersedia, minta diberi tempoh sehingga Mei 2015. Ibuku berkata, kalau ada y meminang dulu mungkin tidak kami menunggu. Walau aku tiada disitu ternyata aku bersetuju dgn ibuku. Kerna dari awal dipesan padaku, jangan menaruh harapan selagi masih tiada apa. Lagikan pula ingin menunggu lagi setahun.

Sebulan berlalu, 2014 menjelma. Ku jangka mungkin bukan dia. Lalu kehidupan ku teruskan dan mungkin ini jawapan kepada istikharah ku. Tidak lama kemudian tidak aku jangka ku terima mesej di Facebook. Dia menyapaku, dan perkenalan bermula.

No telephone bertukar dan bermulaan perkenalan berlangsung. Tetapi tetapku semat dalam hati, jaga diri, jaga hati. Setiap isi perbualan aku khabarkan pada ayah. Dan aku khabarkan padanya, aku ada peperiksaan besar menanti, maka fokusku lebih utama pada pelajaran saat itu.

Kehidupanku berlangsung seperti biasa, peperiksaan akhir perubatan ku tempuh akhir Mac 2014.

Ku jagai batas2 pergaulan walau pergaulan kami hanya terhad kepada whatssap sahaja. Berbicara hanya yang perlu sahaja dan begitu terhad isi perbualan kami.

April 2014, saat aku sedang bercuti sementara menunggu panggilan kerja, aku mendapat jemputan dari abang dan kakak iparku di NZ untuk berjalan ke sana.

Dan aku masih di NZ saat adik perempuannya bertanyakan ukur lilit jari manisku. Mana kan aku tahu. Aku berjanji akan kukhabarkan sekembalinya aku ke Malaysia.

Sekembalinya aku dari NZ, ayahku mengkhabarkan yang satu rombongan dari pihak dia akan hadir pada 13/5/14 nanti. Rombongan utk apa??

Dalam masa 3 minggu, persiapan pertunangan secara ringkas dilakukan. Aku masih puzzled sebenarnya. How can I be engaged to someone I don't know. I haven't even meet him in person. Lalu ku ikhtiar berbicara dgn kakak Naqibah usrahku dan menyatakan bisa kah satu sesi pertemuan dgn dia dilakukan ditemani kakak naqibahku.

Pertemuan berlangsung hanya seminggu sebelum majlis pertunangan. Ibuku sedikit gusar, apa kalau aku tidak selesa maka pertunangan y dirancang minggu depannya batal?

Alhamdulillah. Hatiku lebih tenang selepas itu. Mungkin ini jalan ku.

Kehidupan aku teruskan, urusan2 melaporkan diri sebagai pegawai perubatan siswazah diselesaikan. Namun dimana akan aku mula bertugas masih belum diketahui.

Sewaktu awal perkenalan dulu aku pernah bertanya pada dia, di negeri mana harus aku pohon utk penempatanku andai benar kami akan bernikah. Pilihanku, setelah berbincang dgn ayah dan jua input dari dia, adalah wilayah persekutuan.

29/8/14. Saat aku pulang dari program Induksi, ibu ayah serta adik beradiknya datang menziarah. Jua untuk membincangkan tarik pernikahan kami.

Kemudian, aku mula melapor diri sebagai pegawai perubatan siswazah (houseman) di hospital Putrajaya pada 2/9/14. Kehidupan yang berbeza dan alhamdulillah masih aku teruskan..

Walaupun aku rasakan pertunangan kami agak lama, tetapi hikmah utamanya adalah aku punya masa utk bersedia. Dari segi persiapan perkahwinan dan selepas perkahwinan.

Benar aku rasakan pertunangan ini beri peluang utk berkenalan mana yang perlu. Dan juga dgn keluarganya. Walau tidaklah begitu aku kenali, tetapi biar lah selebihnya selepas perkahwinan nanti.

Tidak ada urusan keluar berdua, walau jarak kami tidaklah jauh mana. Kerna tidak perlu sebegitu. Biarlah apa orang kata, insyaAllah yang terbaik itu atas keredhaanNya.

Dan kerna keterbatasan waktu akibat kerjaku, persediaan dilakukan berperingkat. Mana waktu cuti digunakan utk menyelesaikan urusan kad, baju, dan sewaktu dgnnya. Alhamdulillah. DipermudahkanNya.

Saat ini, masih ada perasaan ragu dan keliru, benarkah aku akan menikah? Malah dgn insan y ku kira masih stranger.

Suka utk aku igtkn diri sendiri,

"Don't built your marriage on your feelings that constantly change, but built it with the faith in Allah"

Kerna Dia yang menentukan dan setiap ketentuanNya adalah yang TERBAIK.

Allahuakhbar.

*30/5/15. Hanya tinggal beberapa HARI. May Allah ease.

Alhamdulillah 'ala kulli.

No comments:

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^