Friday, May 8, 2015

tagging period for dummies

Bismillah..

Tagging: tag along seniors dan adaptation di department baru. Masa: 7am-10mlm. Tempoh: Seminggu-2minggu @ bergantung kepada prestasi anda.

Tugasan: bergantung kepada department. Hari pertama: ambil logbook utk posting tersebut di admin. Dan masa utk orientasi ward/ot/clinic/etc. Perkenalkan diri kepada sister ward dan briefing akan diberikan.
Hari kedua: di kebanyakan dept, anda akan mula diberikan 1st task. Eg; in charge pts/ tag di clinic/etc.
Hari ketiga dan seterusnya: tugasan akan makin bertambah dan terus bertambah.
Hari 'expected' last tagging: anda perlu approach any designated MO/ MO in charge HO to offtag you. Kalau MO tidak berpuas hati dgn prestasi anda sepanjang tagging--> Extend tagging.

Offtag: tamat tempoh tagging dan mula bertugas office hour/ shift system (according to each dept in each hospital)
*hospital Putrajaya tiada shift system. Hanya on call system.

Extend tagging: tempoh masa tagging dipanjangkan. Seminggu/2 minggu/ terpulang kepada mereka.

Sepanjang  tempoh tagging:
Tension akan mula beranak pinak. Kerana anda diharap utk berfungsi. Belajar tetap belajar. Tetapi lebih kpd how things work. Knowledge will come later. Tetapi siapa yang dapat adaptasi sepantas kilat bukan? Maka disaat dan ketika tagging lah selalunya peak moment anda akan dimarahi/dimaki/ditengking kerana kurang cekap. Ya, response kepada situasi ini 'takkan nk marah, baru je belajar kot'. Tetapi percayalah, jika anda lihat dari sudut positif, situasi ini akan menyebabkan anda tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama lalu akan berusaha utk perbaiki prestasi anda. ULANG SUARA, jika anda melihat situasi ini dari sudut positif. Dan berusaha memperbaiki diri dan prestasi kerja anda. Maka anda akan make an effort utk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Maka tamat tempoh tagging juga membawa maksud anda sudah bersedia untuk on call. Bersama MO of course.

Tempoh tagging adalah tempoh paling menyiksakan utk setiap posting. Kerna anda akan kepenatan yang amat, balik belum tentu pukul sepuluh (pukul 12mn/1am tidak mustahil) tetapi tetap harus datang sebelum 7pg keesokan harinya. Tiada life, ya itu mungkin betul. Kerna pergi kerja gelap, balik kerja gelap.
Tetapi percayalah, the least yang anda boleh harapkan adalah, ini hanya sementara, nothing last forever. Worst come to worse, anda akan tetap offtag soooooner or laaater. Dan pejam celik posting bakal berakhir. Extend posting atau tidak, posting setiap dept akan berakhir dan sesuatu y baru menanti anda.

**hanya berdasarkan pengalaman y taklah byk mana, seciput y bisa dikongsi. Kerna aku juga mengalami apa y kalian rasa. May Allah bless.


No comments:

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^