Sunday, August 1, 2010

sang penglibur lara bermadah



bismillahirrahmanirrahim....

tanggal 31 Julai 2010, tamatlah kesengsaraan sekalian umat MD UKM year 2 terutamanya para2 sakura, bendahara, laksamana, tukang karut, dan bentara2 y sewaktu dengannya merancang dan merencana aktiviti2 dan aturcara2 yang menarik agar program khidmat masyarakat ber tittle Seindah Masa Lalu dapat berjalan dengan jayanya.... tatkala nakhoda kapal, Mr. Zulzhafi Razak tidak dapat menghadirkan diri atas sebab2 y tidak dapat dielakkan, timbalan Tukang Arah Projek, Saudari Kamaliah Jalalonmuhali dengan jayanya mengambil alih tugas sebagai nakhoda kapal memastikan anak2 kapal tetap tekun dan taat menjalankan tugas...

disamping 'keseronokan' mempontengkan diri dari menghadiri kelas2 lectures dan MES kerana tuntutan kerjaya menghadiri mesyuarat2 di lokasi, anak2 kapal berpangkat Jurutulis Diraja, Orang Kaya Khairunnajwa Khairuddin, Tukang Rencana Aktiviti a.k.a Driver Sejati, En. Hazrin Fauzan Fahmi Roslan, Tuan Pengerusi Ismet Ulam Raja, Saudagar Amirul Abdullah, dan Penulis Blog a.k.a Akak Tukang Kutip Duit@ Ceti Halal, OKB(orang Kaya Baru) Muhsina Hassan beserta Mokcik Handle Food, Ms. Shamimi Mahmad Puzi tetap tekad dan tabah menjalankan tugas bak bait2 lagu Hazami..

'takdir Maha Esa, Restu ayah bonda, mencapai cita2, ouuuhhh, usah putus asa, kelak kau berjaya, membela nasibmu, masamu akan tibaaaa....' ( dgn mimik muka skali k..)

walaupon Module Cardiovascular System sudah hampir smpai ke penghujung yang turut menandakan End Of Module Exam bakal tiba... para aktivis tetap giat menggiat2kan lagi meeting sana sini disamping ketiadaan kewangan yang stabil diawal perancangan akibat dari ketiadaan para investor y mahu melabur di dalam projek ini.... ketidakcukupan tidur juga amat2 lah dirasai oleh Jurutulis Diraja dan timbalan Tukang Arah Projek rentetan dari pelbagai urusan y harus di settlekan se A.S.A.P y mampu.. jasa mereka berdua amat tinggi, bak tinggi si Gunung Jerai... terima kasih daun kedadi... eh silap, daun keladi....

jerit perih, susah payah para aktivis ini berbaloi tatkala berlabuhnya tirai 31 Julai 2010... aktiviti-aktiviti y dirancang berjalan dgn lancar walaupon terdapat sedikit kureng sini sana... para tetamu termasok para penasihat program, Cik Faridah Saman selaku PENGURUS HAL EHWAL PELAJAR DAN KHIDMAT MASYARAKAT ACMS terchenta dan Dr. Badrul Akmal Hisham selaku PENASIHAT PROGRAM MD UKM- ACMS turut berpuas hati dgn perjalanan program... ucapan ribuan terima kasih dihulur kepada Tuan Penghulu Mukim Yan, En. Shokri kerana terlalu banyak membantu disamping pihak Majlis Daerah Yan, dan Environment Idaman Sdn. Bhd. atas sumbangan tenaga dan alatan2 including tembak2 air... tak lupa semua adik2 dan rakan seperjuangan 1st year n Premed... rajin2 mereka nihh.. cayalah...

akhir kata, segala cacat cela laporan xrasmi ini termasok kesalahan tatasusila... opss kesilapan tatabahasa sengaja diada-adakan bagi memeriahkan suasana hari Raya... sekian terima kasih...

*p/s:
Tuan Pengerusi Ismet Ulam Raja = Pengerusi Projek
Nakhoda Kapal = Pengarah Program
Timbalan Tukang Arah Projek = Timbalan Pengarah Program
Jurutulis Diraja = Setiausaha Program
Akak Tukang Kutip Duit@ Ceti Halal = Bendahari Program
Tukang Rencana Aktiviti = AJK Aktiviti
Mokcik Handle Food = AJK makanan


memperkenalkan....

berdiri dari kiri: Hazrin a.ka. Tukang Rencana Aktiviti, Khairunnajwa a.k.a Jurutulis Diraja, Amirul a.k.a Tuan Pengerusi Ismet Ulam Raja, Zhafi a.k.a Nakhoda Kapal, Cik Faridah Saman (HEP ACMS), En. Razak (E.idaman Sdn. Bhd.)
duduk dari kiri: penulis Blog a.k.a Akak Tukang Kutip Duit@ Ceti Halal, Kamaliah a.k.a Timbalan Tukang Arah Projek

dari kiri: penulis blog, Timbalan Tukang Arah Projek, Jurutulis Diraja, Tuan Pengerusi Ismet Ulam Raja..


Timbalan Tukang Arah Projek, Jurutulis Diraja, Mokcik Handle Food bergambar bersama2 lampu belakang WEK **** yang cedera akibat terlibat didalam kemalangan langgar buntut lori.. (bukan langgar lari k.. jgn slh baca!!)


ampun dan maaf dipinta andai terkasar bahasa, semua hanya untuk gurau2 saja... sehingga ketemu lagi...

till then, wassalam...


MAJULAH FIRST BATCH OF MD UKM-ACMS UNTUK NEGARA.... ^_^



Thursday, July 29, 2010

karma

~bismillah~

WHAT GOES AROUND COMES AROUND
dunia kita ni kecik aje.. pi mai pi mai tang tuu jugak...
lalalala~~


~wassalam~

Monday, July 26, 2010

sebiru hari ini

by: Edcoustic

Sebiru hari ini,
birunya bagai langit terang benderang,
Sebiru hati kita,
bersama di sini

Seindah hari ini,
indahnya bak permaidani taman surga,
Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini,
indahnya bak permaidani taman surga,
Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah..

Saturday, July 24, 2010

google map

~bismillah~

hobi baru ditemui.... menerobos google map melihat dunia.......... heee ^_^ sronok2!!!~
slama ni xpernah terlintas nk buat aktiviti sebegini.. tapi bila buat.. wee~~ sronok gk..
paling seronok bila tgk lokasi idaman>>> JORDAN!!! bumi barakah bumi para anbiya'... moga dapatku jejakkan kaki ke sana suatu hari nnt.. insyaAllah.. =)

~wassalam~

Friday, July 23, 2010

brand new

~bismillah~

lama sgt ke xupdate blog ni eh?? smpai xsedar pon skg dah byk templates y boleh dipilih je terus, xyh susah2 nk search.. hoho
(utk org2 y pemalas mcm pemilik blog ni mmg sgt sesuai lah.. haha)

btw.. blog ni xlagi berwarna putih kosong.. ngehngeh.. warnanya dah jadi warna2 nature.. suke3!!~ ^_^
( tp mcm cadar dlm bilik pon ada.. haha..)


>>>everyday is a brand new day... sentiasa setting niat utk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.. insyaAllah...<<<
^_^

~wassalam~

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^