Showing posts with label ruangku. Show all posts
Showing posts with label ruangku. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Day 7 of Life. in NICU.

Alhamdulillah. Tamat tempoh tagging di posting ke-3 ku. Paediatrics posting, the 1st two months will be in NICU (neonatal intensive care unit/unit jagaan rapi bayi)

Too much tension, antara moments yang aku rasakan 'kalau quit HO lebih baik'. Tetapi saat perasaan paling negative aku muncul, hanya 'nothing last forever' yang dapat memujuk hati. Ya aku akui 'nothing last forever' itu sangat low dan seperti apa yang dilakukan sangat sia2 kerana aku tidak merasakan keikhlasan itu ada. Shame on me. Sama seperti, 'When the only option is to move on'. As a Muslim, I feel ashamed for having these thoughts.

Perasaan berkecamuk, terutama sewaktu mengambil darah bayi2 kecil mungil itu. Bayangkan, sekurang2nya dua, tiga kali sehari perlu mengambil darah mereka. Terutama kes2 neonatal jaundice. Utk mengetahui adakah rawatan lampu y diberikan dapat mengurangkan kadar bilirubin y menyebabkan kuning itu. It is sickening and heartbreaking to watch the babies cry and you know it is because of the needles. Seniors kata, 'utk kebaikan mereka juga', 'kalau level bilirubin masih tinggi, kan lagi banyak masalah', 'bukan saja2 kita nk cucuk mereka', 'ingat kita ni seronok tgk baby menangis disebabkan kita cucuk?' Dan banyak lagi.

Kes2 resuscitation, bila mana mendapat panggilan dari labour room (bilik bersalin) ada kes fetal distress (anak lemas dalam kandungan) dan emergency caesarean section akan dilakukan keatas ibu maka kami harus bersedia utk resuscitate bayi yang akan dilahirkan. No its not fun. Its sad and heartbreaking. Alhamdulillah sepanjang seminggu tagging aku masih belum berkesempatan membantu kes2 seperti bayi meninggal dalam kandungan, bayi meninggal sejurus setelah dilahirkan atau kes y sewaktu dgnnya. Ya, mungkin aku masih belum kuat utk berdepan dengan situasi sebegitu.

But sooner or later I know I will face it. Kerna itu aku harus bersedia. Mentally prepared.

Ya Rabb, permudahkanlah urusanku, ringankanlah bebananku, dan kuatkanlah aku dalam menempuh hari2 mendatang. Kerna hanya Engkaulah tempat bergantung harap.

Alhamdulillah...

Saturday, January 24, 2015

sinarMu

Bismillah...

Ini kisahku..

Aku mula kembali padaNya setelah aku tersedar dari lamunan mimpi yang sementara.

Dan semenjak itu aku terus maju ke hadapan, kadang kala perlahan, kadang kala sedikit terbabas dan kadang kala penuh halangan. Tetapi aku berjanji dgn diriku, dgnNya yang aku tidak akan kembali ke belakang.

Janji itu masih bersemat, ku genggam erat sehingga kini.

Dan setelah bertahun lama aku berjalan, sinar itu. Sinar itu muncul kembali.

Dihujung jalan sana, yang masih belum pasti akan aku tempuhi, ada suatu pintu bakal dibuka.

Pintu yang belum ku ketahui apa disebaliknya.

Namun aku sedar, perjalanan ku masih panjang, ia tidak akan berakhir saat pintu itu dibuka.

Perjalanan yang akan tetap ku tempuh hingga saat segalanya kembali padaNya. Yang membezakan perjalanan itu adalah siapa diriku selepas pintu dibuka.

Sinar yang menyala, biar ia sinaran dariNya, bukan dari yang lain. Sinar itu, saat ia menerangi kelam, biar ia terang yang nyata, bukan khayalan semata.

Aku percaya tidak ada yang akan bisa menafikan sinar itu. Kerna sinar itu sebenarnya datang dariNya. Yang membezakan bagaimana ia dipancarkan.

Saat ia menerobos setiap sudut dimensi diri, moga mampu ku pandu ia tetap ke arahNya.

Ya muqallibal qulub tsabit qalbi 'ala deenik.

Ternyata ia berbeza. Ternyata aku kini berbeza. Alhamdulillah. syukur ku panjatkan padaNya. Aku bersyukur kerana kini aku bisa menyatakan segala yang berlaku ada hikmahnya. Dengan hati yang terbuka. Tidak lagi aku bersembunyi disebalik bayang2 sendiri.

Tidak aku katakan aku tidak sesali, tetapi aku bisa menyatakan syukur ia terjadi kerana ia menjadi pengalaman diri.

Moga aku terus dipandu dan terus dipanduNya. CintaNya, kasih sayangNya. I love Allah. ^_^

Alhamdulillah, Allahuakhbar.

Friday, December 20, 2013

pesan buat hati

bismillah...

tidaklah kau berasa bangga saat temanmu ramai,
kerana ia tidak menjaminmu tempat disyurga.
tidak juga kau berasa sedih saat kau bersendirian, 
kerana Allah bersamamu sentiasa.

jangan bilangan teman menjadi ukuranmu,
sebaliknya biarlah amalanmu yang menjadi penjaminmu.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
kau pegang dan kau percayalah, Allah itu Maha Kaya.

jangan kau harapkan sesuatu dari orang lain, 
jangan kau harapkan balasan manusia, 
kerna yang dilihat Dia adalah keikhlasanmu,
barangkali diakhirnya kosong, kerana secebis riak didalam hatimu. 

setiap sesuatu yang terjadi PASTI ada hikmahnya.
jangan kau lepaskan kekecewaanmu pada manusia, 
bukan jua pada makhluk selainnya,
tetapi luahkanlah pada Allah Taala.

Dia yang mentadbir segalanya,
segala yang berlaku tidak pernah sia-sia puncanya.

kau merancang, mereka merancang,
Allah juga merancang dan Allahlah sebaik-baik perancang.
dan percayalah sesungguhnya hanya perancangan Allah jualah yang bakal berlaku.

maka,
ubat dukamu dengan sapuan kasih sayangNya, 
rawat lukamu dengan basuhan cintaNya, 
balut hatimu dengan balutan rindu dan pengharapan hanya padaNya.

masih terlalu banyak kesilapanmu,
masih terlalu banyak dosa-dosamu,
terlalu sedikit doa dan pergantunganmu padaNya,
dan  mungkin kerana itu Dia mentakdirkan apa yang terjadi,
supaya kau kembali padaNya,
bersujud dan merayu pengampunan dariNya.

mendung takkan selamanya hadir,
mentari tak akan sentiasa bersinar.
yang suram pasti berlalu, 
yang kelam pastikan cerah kembali.
apa jua yang terjadi, hanya Allah tempatmu kembali.

wallahu'alam...
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA Kuantan

Tuesday, April 2, 2013

setting niat

bismillah..

ini pesan pada diri sendiri.

serius. sebelum saya bekerja, apa yang saya fikirkan adalah nak cari kerja, nak cari duit, nak isi masa cuti semester ni. yes, memang niat asal saya adalah nak utilise masa cuti ni untuk cari extra money. itu je..

tapi bila dah confirm dapat kerja dan dah nak mula kerja dan masa start kerja, saya setting niat balik... saat amanah ini tiba, niat sy benar2 ingin berbakti. sy kerja lillahi taala. sy nk berbakti sehabis mungkin, sebaik boleh. saya dah anggap macam saya benar2 bekerja tetap. saya tak kisah. benar2 saya letakkan lillahi taala.

semalam adalah hari pertama saya bekerja balik di Al-Amin. tahun lepas, Mac until May 2012, saya pernah bekerja di al-amin, juga sebagai cikgu ganti. dari pengalaman yang lepas, banyak yang cuba saya perbaiki. alhamdulillah. semalam saya sgt bahagia walau baru first day, saya dah kena ganti kelas tambahan cg lain sbb anak dia sakit. saya senyum sampai ke telinga. sbb saya betul2 letakkan niat utk mengajar kerana Allah. walau saya tak byk ilmu, tapi saya bahagia sebab saya dah cuba sehabis baik.

hari ni. masih. saya balik lambat kerana kelas tambahan yang dipegang oleh guru yang saya ganti. saya tak banyak tanya ini kelas under sekolah atau under guru ini sendiri. kerana apa? saya bahagia cukup utk mengajar anak2 murid ni... ya saya kerap terfikir, kalaulah saya jadi cikgu di al-amin ni je. seronok jugak. tapi perkataan kalau tu tak patut saya ungkapkan. kerana Allah dah letakkan saya di tempat y terbaik untuk saya. dan Allah telah tetapkan y masa cuti ini saya utilize untuk jadi guru ganti. oh yeahh. perancangan Allah sangat cantik. kerana Dia beri juga peluang utk saya mengajar walau bidang saya merawat. ^____^

dulu saya takut untuk mengajar. malah adik2 saya kata saya ni tak pandai mengajar. they prefer and i prefer kakak kami yang ajar mereka. serius. saya rasa tanggungjawab guru ni sangat berat. amanah mendidik anak2 mengenal ilmu di atas bahu guru. maka saya selalu terfikir hanya mereka y mulia dapat memikul amanah ini. kerana ternyata saya ni tak mulia, malah banyak kelemahannya.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk mengajar. dan ternyata mengajar itu seronok malah kadang kala membahagiakan.

alhamdulillah 'ala kulli hal.. pesanan diri kepada diri. untuk sentiasa setting niat kembali. hanya keranaNya. lillahi taala..

^_____^

Monday, January 21, 2013

book-shopping

bismillah...
book-shopping!

after such a long time of not going to a bookstore to do book-shopping, *other than kamal to do medical book-shopping (-_-).. i ended up spending 2 hours in there just browsing the books.. SO many books are calling me to have them but in the end i'm only able to buy 2 of those books due to financial instability. :( but insyaAllah those 2 are the best for now.!! and there's always tomorrow, biiznillah. :)

this hobby of mine. book-shopping. (i don't really know the word exist or not but i'll use it anyway.)
i forgot how happy and enjoyable the activity is. just by browsing and taking a sneak peek of the content, i'll definitely immerse into it and this make it hard to decide which book to choose. i mean to BUY. (Money!)

oh i wish i could have my own library.. as huge as MPH bookstore in Mid Valley Mega Mall. (u have to enter it to know how big it is). so that i can immerse myself into the books anytime i want. and any book i want. :D

surely,  i am NOT into those lovey dovey love novels. i'm more into thriller and action. sci-fi still can but DEFINITELY not horror genre. i'm good in imagining and i love to imagine the scenes. so this is not applicable to horror novels. errr. 

i love to read novels which describe the scenes, the characters, the surroundings in details and so far the one that did the great job is John Grisham. 

i got stocks of his novels. and few more in wishlist. still waiting for the end sem holiday to buy it. biiznillah. :)

but somehow, as i grow older (23 already. T-T), or i think it is because of the field that i'm in right now. yup. i drew myself from reading and more towards other things such as browsing the internet -_- (lagha.)

HOWEVER.!! this time, it is way different. i mean the genre of the 2 books that i bought. :)
preparing for the next stage of life. uhuk2. ktengsbai.

*angan-angan itu adalah cita-cita pabila ia disertakan dengan usaha. Allah ghayatuna. Allah cita-cita kami.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.. 

p/s: mr google said book-shopping is a word. :)

Monday, March 26, 2012

its truly a new experience

bismillah...

nmpk mcm aku tamak. but seriously? aku pon rase aku tamak. hekhek. ;P
how to describe the experience eh. hurm.

'ia memang suatu pengalaman y tak dpt dilupakan and i'll take it as a lesson for me.. not just A lesson but A LOT OF lessons...'

sekarang aku still menjadi seorang guru@cikgu@ustazah di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG).. nk kate ni skolah aku dlu pon tidak coz ak hanya sekolah rendah je kt al-amin ni.. but.. for me its an opportunity lah nk berasa biah solehah kt sek. men. al-amin nih.. xjd student dlu jd ckgu skg pon ok.. :) n they call me 'cikgu Ina'.. how cute.. ;P hekhek.. advance lg nk tau ape? 'ckgu doctor@doctor ckgu' haha saba je lah.. ;)

and i teach kimia F4, science F3, tasawwur islami F1, hafazan n tilawah F1, F2 n F5... nmpk mcm byk but actually its not so pon..like certain time (mcm hr ni) bosan giler bile takde kelas n i got nothing to do. dok melangut la dr 12.30 smpai 3.30... nice!

but anyway, some people might question me.. why becoming a teacher when u have TWO n A HALF MONTH to enjoy???

haha seriously. enjoy lah sgt klo cuti.. bosan giler kot. br cuti weekend ak da pening kepala nk buat apa. last2 men game dr tgh hr smpai ptg. haiyya xproductive lgsg.. -_-"

so thats the second reason why i become a teacher. hmm second? so whats the first reason???

haha ni nk cite.. well actually semua org (students of MD (UKM)AUCMS 0914) have to do an elective posting. pemende tuh? a job/work/etc that we have to do during our 3rd/4th year semester break as a way to serve the public (erm ni ak hentam je sndiri tp nmpk cm btol lah kot)... it have to be 4 weeks if we do it local or 2 weeks if we do it abroad.

klo cik jah nk tau, plan asal aku mmg byk... 1stly, ak planned nk g new zealand buat kt tmpt keje abg aku je.. tp plan kne reject ngan mommy coz bajet lari. 2ndly, kt hospital selayang... 3rdly n 4thly, ak planned nk buat kt HKL, follow doctor kt sne @ follow akak aku kt farmasi wad psikiatri tu jeh. n the 5th plan br la nk mengaja kt al-amin nihh... oh the 2nd, 3rd n 4th xjadi sbb aku MALAS nk wt paperwork menatang tu sume.. ;P

so the only option AT THAT PARTICULAR MOMENT is mengajar di Al-Amin. y ni sng skit coz pkai org dlm, PK situ kwn mak aku, so xde la mende paperwork menatang tu sume.. hoho... so i already ask my mommy to ask Cg Alia (PK al amin a.k.a kwn mak aku tu) bout the job..

*all these plannings takes place before our final exam (means b4 cuti start) n BEFORE DR Bad tercinta (our faculty dean) told us y if possible the elective posting is NOT at hospital settings (baca bukan kat hospital).. n aku pon 'oh, being a teacher seems THE option'..

THEN, few of my friends planning utk keje di resort! n i was like "oh! seems VERY interesting!! something i never done b4" aku pon setuju la utk join their plan..

so when the holiday have started n i go back home, aku pon gitau la my mommy y aku nk wt elektif posting tu kt resort. then my mommy pon ckp la.. 'dah ckp ngan Cg Alia y im going to work there, takkan tetibe nk cancel?' hurm. sami'na wa ato'na (kami dgr dan kami patuh) so aku pon gtaw la kwn2 y im not going to follow them to the resort in terengganu but im just going to be a teacher here at my hometown..

THEN, another turning point of the plannings.. suddenly a night b4 my frens (without me) are going to terengganu for their elective posting, we got ORDER from our beloved dean that we HAVE to go back to penang n get our result THE VERY NEXT morning! duh! last minute decisions are really their policy... -_-"

anyway, some of my fren are already HERE in kl that evening to going to terengganu the very next morning. duh kesian giler dorg, tiket y aku bli smpai 9 keping tu n cost about rm40+ each burn cmtu je.. but ORDERS ARE ORDERS.. aku pon join venture la ngan mereka2 y dr kedah, perak, johor, negeri sembilan ni balik penang.. n the REAL plan is im going back to kl after i got my result n the rest of them are going to terengganu straight form penang.. BUT atas kegedikan empunya blog nihhh.. she suddenly had a change of plan n decided to follow them to terengganu.. hahahaha seriously this girl.. ;PP

so that night all 9 of us pon bertolak lah ke terengganu.. for the other 8 its THE elective posting but for me its my 2nd elective posting.. duh! gedik gler.. -_-" (sanggup blk kulim amek baju n patah blk butterworth just to join them, aku sehelai sepinggang kot dr kl, pastu ada hati nk g terengganu smpai seminggu.. hHahaHa ;P)

ok kt sni terserlah lg kegedikan empunya blog ini.. we r suppose to be there 2 weeks, but atas kesukahatiannya tersendiri, empunya blog ni plan utk stay sane seminggu jerrr.. why?? haaa ni nk bg tau cik jah, aku kan mmg dah keje kt al-amin jd cikgu, then planning nk g terengganu ni pulak jatuh pd cuti pertghn semester... sbb tu ckgu ina dpt join kwn2 die.. ;P gedik kan?? haishhh.. fenin dgn kegedikan sendiri...

soooooo, ni la part y aku br nk bercerita pasal pengalaman kt resort tuhh (mesti korg pk 'cis br skg ni cite') hahaha.. ade ckgu ina kesah?? ;PPP

neway. kt sna, my 1st ever posting (eh mcm kt hospital lak posting2. ;P) ialah kt department F&B a.k.a food & banquet.. antara tugas2 kt dept ni ialah, kne jd waitress, buat air, basuh cwn2, sudu garfu n bersih2 kan restoran kt resort tu.. AND apart form that, F&B ni incharge utk sediakan dewan utk any events y tlh di tempah awal... so that the hardest n most tiring lah kot.. coz kne angkat2 meja, kerusi tu sume plus susun2 kertas n pencil, cawan.. n bende y paling ak tak ske buat ialah, bile kne layan group y ade event kt situ mkn.. haiyaa.. gatal nk mampuih.. buat keje siyes tak kisah but nk kne wat muke stone sedangkan dlm hati tgh rasa mcm nk siat2 guests tuh mmg cabaran y sgt besauu..

but anyway, tu je pon sbnrnye dept y aku smpt masuk, coz im only there for a week n we also di'sibuk'kn dgn menjadi pekerja di wedding manager resort tu. sabaq je lah~~ maleh nk cite pnjg!!!~

sepanjang aku kt sna, byk lessons y ak dpt.. especially when people look down at u just because u r JUST a resort worker. seriously, ak dlu pon berpendapat cmtu kot. 'ala, pekerja resort je pon.' 'ala, tinggal je la bilik ni bersepah, nnt worker die bersihkanlah.' 'ala, memang keje dorg pon'...

but seriously, bila kite berada kt tmpt org tu, fuh, br aku phm perasaan dipandang rndh tu.

then.. ak slalu rase hidup ak ni dh cukup serabut, susah, etc. but bila keje kt resort ni, br ak appreciate my current life nihh..

ade certain workers kt stu start keje umo 12, 13 tahun.. aih.. aku umo tu?? haiya main2 lg.. ade jgk y ada 2 keje.. 7 smpai 3 ptg keje resort, then keje kt stesen minyak lak pastu.. aduiii ponatnya!!

betapa ak jarang mensyukuri nikmat y Allah bg.. betapa aku lupa nk bersyukur utk setiap rezeki y Allah bg.. Allah, Allah, Allah.. :'(

conclusions....

1. kita merancang but Allah sebaik2 perancang.
2. nikmat y ada jarang disyukuri, apa y tiada sering dikesalkan.


alhamdulillah 'ala kulli hal...

p/s: fuh pnjg gle post nih... 0_0 sori boring~~~~~~

Sunday, April 25, 2010

take back

~bismillah~

b4 anythin.... nk gelakkan diri sndiri dlu... hahahahaha
ok da puas gelak.. (gilo pe minah ni -_-")

actually...
hari tu kn beria ckp xnk g both events..
tapi terpaksa tarik blk my words bcoz i bcome one of the photgrapher kt karnival aspirasi seni ACMS (KASA) tu.. haha

ade gk la ter pk nk g kt surau dpn mlm2 after blk KASA tu.. kire mcm nk qada' blk la pas meronggeng kt KASA tu.. (konon la tuh)

tp niat tu automatically berbatal coz pas solat mgrib je trus xnmpk dunia dah.. (kt alam lain dah) hahaha

but overall.. its definitely a very memorable first experience...
n for sure it wont be the last time..
gmbr2 ade prob skit nk upload... maybe i'll upload in the next post..

k till then, wassalam~~

Sunday, January 31, 2010

hikhikhik

bismillah...

assalamualaikum!!!~

hikhikhik... (masih tersengeh sorg2 till now..)

waaaaaa.......... sy sgt excited!!!~ hihihi...
umai br tlg install kn sumthin like photoshop kt my lptop.. hehe.. n fyi....

SAYA DA PANDAI EDIT GMBR KT COMPUTER!!!
haha... (lmbtkn dak mentah nih??) xpe xkesah... itu pon br je explore skit2... n masih dlm proses memahirkan diri...

hakhakhak... muhsina ni sgt sengal lah!! exam end of module xsmpai semggu lg.. tp boleh lg dok men2 ngan editing2 gmba... ah xpelah... kjp je nih (hrp2 kejap la..) hehe...

actually, my lptop y chomel nih (chomel cm tuan die) screen resolution die xleh nk support klo nk install photoshop punye software.. so inisiatif abg sy... install la corel paint shop pro photo tuh... it's sumthin like photoshop gk la... n function die pon quite the same... hahaha.. maaflah.. sy bdk br blaja... so mmg kne bertatih dlu lah... n mmg kne mntak tlg org.. xkesahlah org nk ckp sy lmb*b ke, sl*w ke, jnji sy hepi... haha

lgpon.. sy ni bertatih sorg2.. xde geng... so kne la wat muke xtaw malu sket tye org sane sini... yela.. org ckp malu bertanya sesat jln.. kan? kan? pade insan2 y sy bertye tu.. time kasehlah coz tlg tunjuk aja.. huhu...

k xyh byk2 ckp... ni antara gmbr y smpat sy edit mlm ni... yes.. yes.. i knoe its the same pics wit the entry b4... tp tgk la hasil budak mentah nih meng'edit!... hekhek.. PLUS... da reti nk tulis nme kt gmbar... haha... i have to say this... sy MMG btol2 beginner... so pls give me some support... though i knoe the pics is not so hebat...




tu je... xbyk pon... k lah... till then,
wassalam...


*oh ye.. umai is my brother.. die la y byk tlg (xla byk sgt nanye) dlm hal2 nih.. n btw, he's going back to nz diz monday.. huhu.. sedeyh!~
n one more thing... sorii it u find out my blog is quite 'full' of me talking bout myself lately.. haha... sy bosanlah salu ckp org xlyn.. so terpkselah ckp sorg2 n ckp ngan DIA byk2... tng hati bila igt DIA... =D

Friday, January 29, 2010

pics~

bismillah...

assalamualaikum!!~

lame jgk xde latest entry kn?? rsenye reason y boleh sy bg ialah... TENET DI SANA SGT SLOWWW!!!!!~ haha.. ngamok lak.. cool2... istighfar byk2... skg da kt umah leh tarik nafas lega blk.. haha

kk.. diz entry is juz about........

THIS!!!



ok.. nk bg tau jujur ni... actually i dunno how to edit all the pics using computer... (yet)
jujur nih... so all the pics indeed i take it just by using the slr..
but its not a big deal.. in my opinion, pics y natural n x di edit nmpk lg menarik n originally tu masih ade.. hihi...
tp satu hari nnt sy ttp akn blaja.. haha.. lmbt sgt la muhsina nih...



okay... diz two pics lak.. syeera y tlg snap... nice kan???? sgt2 ske both pics...



k till then,
wassalam...........


_stillinprocessofimproving_

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^