Showing posts with label tazkiratun nafs. Show all posts
Showing posts with label tazkiratun nafs. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

setting niat

bismillah..

ini pesan pada diri sendiri.

serius. sebelum saya bekerja, apa yang saya fikirkan adalah nak cari kerja, nak cari duit, nak isi masa cuti semester ni. yes, memang niat asal saya adalah nak utilise masa cuti ni untuk cari extra money. itu je..

tapi bila dah confirm dapat kerja dan dah nak mula kerja dan masa start kerja, saya setting niat balik... saat amanah ini tiba, niat sy benar2 ingin berbakti. sy kerja lillahi taala. sy nk berbakti sehabis mungkin, sebaik boleh. saya dah anggap macam saya benar2 bekerja tetap. saya tak kisah. benar2 saya letakkan lillahi taala.

semalam adalah hari pertama saya bekerja balik di Al-Amin. tahun lepas, Mac until May 2012, saya pernah bekerja di al-amin, juga sebagai cikgu ganti. dari pengalaman yang lepas, banyak yang cuba saya perbaiki. alhamdulillah. semalam saya sgt bahagia walau baru first day, saya dah kena ganti kelas tambahan cg lain sbb anak dia sakit. saya senyum sampai ke telinga. sbb saya betul2 letakkan niat utk mengajar kerana Allah. walau saya tak byk ilmu, tapi saya bahagia sebab saya dah cuba sehabis baik.

hari ni. masih. saya balik lambat kerana kelas tambahan yang dipegang oleh guru yang saya ganti. saya tak banyak tanya ini kelas under sekolah atau under guru ini sendiri. kerana apa? saya bahagia cukup utk mengajar anak2 murid ni... ya saya kerap terfikir, kalaulah saya jadi cikgu di al-amin ni je. seronok jugak. tapi perkataan kalau tu tak patut saya ungkapkan. kerana Allah dah letakkan saya di tempat y terbaik untuk saya. dan Allah telah tetapkan y masa cuti ini saya utilize untuk jadi guru ganti. oh yeahh. perancangan Allah sangat cantik. kerana Dia beri juga peluang utk saya mengajar walau bidang saya merawat. ^____^

dulu saya takut untuk mengajar. malah adik2 saya kata saya ni tak pandai mengajar. they prefer and i prefer kakak kami yang ajar mereka. serius. saya rasa tanggungjawab guru ni sangat berat. amanah mendidik anak2 mengenal ilmu di atas bahu guru. maka saya selalu terfikir hanya mereka y mulia dapat memikul amanah ini. kerana ternyata saya ni tak mulia, malah banyak kelemahannya.

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk mengajar. dan ternyata mengajar itu seronok malah kadang kala membahagiakan.

alhamdulillah 'ala kulli hal.. pesanan diri kepada diri. untuk sentiasa setting niat kembali. hanya keranaNya. lillahi taala..

^_____^

Saturday, January 26, 2013

pecutan.


bismillah...


ya, pecutan perlu dilakukan.. pecutan amal, ilmu, kebaikan, ibadah. kerana kita takkan pernah tahu bila kita akan dipanggil kembali. mungkin dalam keadaan beramal, atau dalam keadaan lalai.. 


'maka berlumba-lumbalah berbuat kebaikan' Al-Maidah 5: 48


biar pecutan se'laju' pecutan kura2, y penting tidak se'semangat' sang arnab yang hanya hangat-hangat tahi ayam. 


'amalan yang sedikit tapi berterusan itu lebih disukai Allah s.w.t' hadith riwayat Bukhari dan Muslim


kalau bukan kita. siapa? orang lain. oh benar. maka merekalah orang y beruntung dan kitalah orang yang rugi.


'dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang y menyeru kepada kebaikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. dan mereka itulah orang-orang yang beruntung' Ali Imran 3: 104


makruf: segala perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah

mungkar: segala perbuatan yang menjauhkan diri dari Allah

its up to us. benar hidayah milik Allah tetapi andai kita tidak berusaha mencarinya, ia tetap milik Allah. 


'Hai hamba-Ku! Kamu semua sesat kecuali orang yang telah Kami beri petunjuk, maka hendaklah kamu minta petunjuk pada-Ku, pasti Aku akan memberi petunjuk.' hadith riwayat Muslim.


dalam hadith yang sama Rasulullah bersabda, Allah telah berfirman:


'Hai hamba-Ku! Jika orang yang terdahulu dan yang terakhir di antaramu, manusia dan jin semuanya, mereka berada di bumi yang satu, maka mereka meminta kepada-Ku, maka Aku memberikan tiap-tiap orang permintaannya, tidaklah itu mengurangi daripada yang ada pada-Ku, kecuali sebagaimana sebatang jarum apabila dimasukkan ke laut
.' hadith riwayat Muslim 

2 pilihan telah diberi, jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan. hati itu bisa memilih andai nafsu terpimpin oleh keimanan kepada Allah.


taqwa: mengikut segala perintah, menjauhi segala larangan

iman: meyakini 

'maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.' Asy-Syams 91: 8-10


maka, saat hidayah dipohon dan hidayah diterima, pecutlah selaju mungkin menuju Ilahi. pecut dalam menambah ilmu, pecut dalam beribadah, pecut dalam membuat kebaikan.. kerana yang tertinggal itulah orang2 y rugi.. wallahu'alam. 


alhamdulillah 'ala kulli halli wa ni'mah.. 

Wednesday, January 23, 2013

ya ghulam

bismillah...

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi) 

pesanan As-Syahid Imam Hasan Al Banna


Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk ‘aqidah yang kamu yakini ini, 

maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan di akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam yang pertama dahulu.

Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya.

Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas terumbang ambing di antara seruan-seruan dan kefahaman yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai.”


PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.

Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.

Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.

Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.



alhamdulillah 'ala kulli hal...

Monday, January 21, 2013

roh baru dalam jasad ummah.


bismillah..




During Pelancaran Ikram Siswa Nasional the other day before, ustaz Hasanuddin give his speech entitle 'Cabaran Pemuda Islam dalam Menghadapi Perkembangan Dunia Kini'. some of his point that really strikes me are...

1. strive in Allah's cause, Allah surely will guide us in His way.

"As for those who strive hard in Us (Our Cause), We will surely guide them to Our Paths (Allah's Religion)" 29:69

2. who choose other than Islam as his belief, none of his actions will be accepted by Allah.

 "And whoever desires other than Islam as religion - never will it be accepted from him (the religion)" 3:85

3. most humans are unjust (zalim) and ignorant (jahil). 

"Indeed, we offered the Trust to the heavens and the earth and the mountains, and they declined to bear it and feared it; but man [undertook to] bear it. Indeed, he was unjust and ignorant." 33:72

so we must not be like that, instead we must be like this. :)

"You are the best nation produced [as an example] for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong and believe in Allah." 3:110

kuntum khaira ummah.! kamu adalah sebaik2 ummah.! 

if it not us who responsible of the Trust (amanah), who else would it be? 

YOU ENJOIN WHAT IS RIGHT AND FORBID WHAT IS WRONG AND BELIEVE IN ALLAH.!

MENYURUH KEPADA YANG BENAR, MENCEGAH YANG MUNGKAR DAN BERIMAN KEPADA ALLAH.!

HOW????

1. keyakinan = hati yang cerdik
2. keikhlasan = jiwa yang bersih
3. semangat = keinginan yang kuat
4. tindakan = keazaman yang membara


Antara pesanan ustaz hasanuddin lagi, bahawa setiap pemuda harus punya dua sifat. Iaitu ابرار و احرار. 


>>Abrar ialah sentiasa melakukan kebajikan. 
>>Ahrar pula bebas daripada sebarang keterikatan selain dari Allah ta'ala. 

so, our target is.... to be good all the time. 

how? through efforts. pembinaan. "Tarbiah Dzatiyah" melalui wasilah-wasilah tarbiah. ^_^ sounds alien? wait until u be in the 'happy circle'. u will also be the alien. :P



logo ikram siswa.

"nahnu ar ruuhul jadid fi jasadil ummah" 

kami adalah ruh baru dalam jasad ummah. ^_^

nahnu ansarullah! 

alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Saturday, January 5, 2013

janji setan

bismillah..

"dan setan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, 'sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu memcerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. sesunguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dulu'. sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih" Ibrahim 14:22

alhamdulillah 'ala kulli hal..

Saturday, December 22, 2012

nafsi-nafsi

bismillah..

ramai y bertanyakan malah menyatakan aku ni "sikit2 facebook, sikit2 facebook".. ya, aku bersetuju dengan mereka. asal online je, macam satu kewajipan untuk buka facebook. tapi, bila diselak2 mukabuku aku. banyak mengenai Palestin dan Syria..

tapi have to admit kadang2 tu jadi tempat luah dan tempat share jugak bila rasa pengalaman diri tu patut dikongsi. atau if ada lagu dan nasyeed y best utk dikongsi.. atau untuk keep in touch with family members and friends. ^_^

aku merasakan tak sempurna kehidupan ni bila hidup nafsi2 (sendiri-sendiri) dan tak peduli apa y berlaku di luar sana. yelah, baca paper pon tidak. if not, my cycle hanya berkisar mengenai hospital, buku dan bilik. boleh jadi insane kalau berterusan macam tu. alhamdulillah, bulatan gembira dan seangkatan dgnnya mewarnai kehidupan. dan truely, facebook ni dh jadi macam newspaper bagi aku. pasal harimau malaya, lee chong wei, isu2 semasa Malaysia dan luar negara. everything akan ada je insan2 y post di newsfeed. :)

berbalik dgn post2 aku y dimonopoli dengan isu Palestin dan Syria. aku akan terbayang hadis ini,

"tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

umpama kisah burung kecil dan peristiwa nabi Allah Ibrahim dibakar, Allah tak tanya outcome tapi Allah tanya apa sumbangan kita, apa usaha kita. kala saudara-saudara kita disana memperjuangkan Iman dan Islam, it would be a great shame if i'm just sitting here without doing anything. Allah. malunya. sedangkan tanggungjawab untuk mempertahankan rumah Allah, agama Islam itu adalah urusan kita semua, tapi kita p serah bulat2 kat mereka. tak malukah kitaaa? tak sayangkah kita dgn saudara kita? T-T 

that's why, tanggungjawab kita adalah menyumbang dan memberi sokongan kepada mereka. ok nk p mati syahid kat sana pasti ada halangannya. lalu mana lagi laluan untuk kita menyumbang? 

1. BOIKOT bagi lumpuh ekonomi musuh kita. 
2. DOA senjata terbesar, terhebat kita. 
3. INFAQ kalau tak boleh diri, harta kita. 
4. AMBIL PEDULI DAN SEBARKAN info2 terkini apa y berlaku di sana. bila makin ramai tahu, sedar dan prihatin. makin kuat kekuatan kita utk 3 y diatas tu. insyaAllah. 

biar berderet A, bergelar usahawan, engineer, cikgu, doktor, petani, cleaner, suri rumah, akauntan y berjaya tapi andai hidup nafsi2, "asal aku happy sudah".. Allah. malu bila nk mengadap Allah dan Allah tanya apa sumbangan kita pada Islam saat jatuh bangunnya. adakah bersama atau sekadar pemerhati dari tepi. Allah. 

"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka" At TAubah: 111

orang2 mu'min y membelanjakan diri dan harta kepada Islam, Allah dah janjikan syurga untuk mereka. andai kita ni y tak belanjakan anything untuk Islam, macam mana? Allah. T-T

*** jihad terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu kita. Allah. malunya aku dgn mereka. sedang mereka berjihad mempertahankan Iman dan Islam (which mean hawa nafsu tu awal2 lagi mereka dah tawan), kita disini baru terkedek2, nafsu sndiri pon masih tak berjaya tewaskan. T-T

wallahualam. alhamdulillah 'ala kulli hal.

Sunday, November 18, 2012

kisah cinta teristimewa

 

HANZALAH BIN AMIR ♥ JAMILAH BINTI UBAY

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. 

Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw.

“Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. 

Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. 

Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”

“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”

“Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. 

“Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. 

Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. 

Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

---------------------------------------------------------------------
Wahai wanita bergelar muslimah. Usahlah asyik dengan mainan rasa hati, "wahai bakal imamku, wahai bakal suamiku". Persiapkanlah diri kalian semampunya kerana dirimu mampu melahirkan tentera-tentera Islam untuk ummah.

Fikir dan bertindak, biar tembus untuk 20 tahun akan datang.


_copied n pasted_

alhamdulillah 'ala kulli hal.

 



Thursday, November 1, 2012

hak Allah

bismillah...

pernah tak bila kita nak sangat2 sesuatu tu sampai rasa boleh menangis kalau tak dapat? contohnya bila kita mengidam sangat2 cotton candy. punya mengidam ni. cari merata kedai mamak, mini market, mall, pasar malam. tapi satu habuk pon tak jumpa. apa perasaan saat ketika detik itu? mesti frust menonggeng terguling2 kan?

bila difikirkan balik. untuk kita dapat atau tak something y kita nak sangat tu, sebenarnya siapa punya autority/kuasa mutlak untuk menentukan kita dapat atau tak benda tu?

yup. the answer would be Allah. itu hak Allah.
hanya Allah yang berhak menentukan dan memberikan apa y layak kita dapat. 

simply said.. walau kita menangis air mata darah sekali pun tapi kalau Allah dah menetapkan y benda tu bukan untuk kita, it will NEVER be ours. pehe dok? dok pehe agi? 

first point to support.

hadith ke-19 hadith 40(Arbain) Imam Nabawi.

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas r.a, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi S.A.W, maka beliau bersabda :
Wahai anak, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah[1], niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu[2]. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering[3] .

(Riwayat Tirmizi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).

related to the things i have said earlier, dalam hadis ni ada menyebut, kalau sebagai contoh satu negara nak bagi benda baik kat kita (nak kita jadi peam ke kan) tapi kalau Allah dah tetapkan y kita xkan jadi peam, maka CONFIRM sampai akhirat pon kita tak akan jadi. dan kalau contohnya satu negara ni nak buat jahat kat kita (contoh la nak rejam sampai mati ke kan) tapi kalau Allah dah tetapkan yang takkan berlaku benda jahat tu kat kita, maka takkan berlaku jugak benda tu walau usaha untuk merealisasikan perkara tu setinggi langit. 


back to basic, y mana bila kata basic je kita bajet dah pro (ala asas jer kan?) sedangkan tanpa basic boleh ke jadi pro? tanpa premedical/asasi boleh ambil medic? tanpa batu bata boleh buat rumah? tanpa benang boleh buat baju?


asasnya disini. back to basic ialah back to Allah.! tanpa 
Allah kita ada? kau ada? aku ada? 
kembali pada-Nya. harus ingat. (bukan harus dah, WAJIB ingat.) segala sesuatu di langit dan bumi milik Allah, maka WAJIB untuk kita percaya, segala baik buruk sesuatu yang berlaku, asalnya datang dari Allah.  bila terjadi sesuatu tu, redha dan tawakal kerana Dia adalah Perancang TORRRBAIK.

yes, doa itu penting. TERSANGAT penting. doa senjata orang mukmin. kenapa? kerana Dia Maha Mendengar. He listen to every single tiny little hope that we pray to Him. every doa yang kita pohon, Allah dengar. YAKIN. Dia Maha Mendengar. 


TETAPI. 

WAJIB ingat. cepat atau lambat makbulnya doa itu. bergantung kepada perancanganNya. kita rancang, doa, harap, y plan A jadi. tapi tgk2 plan A, plan B tak jadi, y jadi plan Z. why? sebab Allah juga merancang dan pastinya rancanganNya y terbaik. kerana itu, hak untuk menentukan kita dapat atau tak sesuatu benda itu adalah hak Allah. bukan hak kita. :)


second point to support.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Al-Baqarah: 286


 ayat ini kita boleh faham maksudnya kan? Allah tak akan beri kita sesuatu ujian, dugaan, cabaran, nikmat, ganjaran, rezeki MELAINKAN sesuai dgn kesanggupan kita.


bila kata sesuai dengan kesanggupanya adakah maksudnya kita boleh ckp "argh, aku tak sanggup, jgn beri aku ujian ini" atau "aku sanggup, aku sanggup, berilah aku ujian besar mana pon aku sanggup" 


NO, NO, NO.. 


di sini, Allah dah terangkan dengan cukup jelas, Allah akan bagi sesuatu tu setimpal dengan kekuatan, kemampuan kita untuk menanggung, menghadapi ujian/nikmat tu. kitakah y menentukan sanggup atau tidak, mampu atau tidak kita tanggung?


nope! 


again, itu hak Allah. Allah y menciptakan kita, maka pelikkah bila Dia boleh tahu kita mampu atau tak mampu nak handle sesuatu tu? tak pelik kan? Dia Maha Mengetahui, Dia tahu segalanya. maka tak peliklah bila Dia boleh bagi sesuatu y 'we thought' beyond our ability. 


sekarang terpulang pada kita nk percaya pada kemampuan diri sendiri atau tidak. sebab apa? Allah trust us, He know we can handle that. takkan kita tak trust our self? takkan kita tak percaya pada diri sendiri? 

wallahualam. everything come from Allah, for Allah, back to Allah.


alhamdulillah.

Saturday, October 20, 2012

Paediatric Posting

Bismilahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah y Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah thummal hamdulillah i passed all of last semester postings. psychiatry, otorhinolaryngology, ophthalmology and anaesthesiology. quite blur for most of the time there (in Taiping Hospital) but alhamdulillah i survive the postings.

now, current posting is: paediatric posting!
in KULIM hospital..

i should say paediatric posting is one of the postings that i anticipate after surgery posting. KENAPA??? coz originally i wanna be a PAEDIATRIC SURGEON.

ok actually its one of the long list of career i'm looking forward to.. 1st general surgeon, 2nd paediatric, 3rd paediatric surgeon. and the 4th one emergency medicine. ;)

but anyway... here come the gist of the story which is the sad part of the story. T_T

KENAPA.. KENAPA.. KENAPA...
kenapa i lost my semangat to be BERSEMANGAT in this posting?? (ok ayat brazil.ignore.)

WHEN I'M SUPPOSE TO BE EXCITED, THRILLED AND LOOKING FORWARD FOR IT EVERYDAY LIKE I DID BACK IN SURGERY POSTING??? why??

kt rumah malas study, kat ward pon malas clerk patients. what's happening to me?
where's the spirit Muhsina???? ~_~

BUT... (here come the excuses.. @_@)
1.the posting is so tough. many things to study, to handle cranky babies and infants, examinations and assessment skills to be brush up and many others...
2.the specialists are garang. (positively said they are professional. professional healthcare personnel that expect us to be one. starting from now!)
3. i can't take the supervisor. (REASON? mls cite. tu mengumpat namenye!)
3. and last but not least... I'm LAZY. (yes, that's it. THAT'S the real reason behind all this cranky attitude.

ok enough with ALL this nonsense LAH!

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..."
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya'

"Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity."

Al-Baqarah: 286

see????????
what's there to complaint maaaa??? He mention it in His Holy Qur'an already. He KNOW that we can handle the situation given to us, that's why he give it. 

Dia Maha Pengasih lg Maha Penyayang kan. Maha means the utmost superior power beyond EVERYTHING! so Maha Pengasih and Maha Penyayang means NO ONE lg syangkan kita dari DIA. sooo... SMILE!

SMILE and face this road as it is already written for us to take it. NOT anyone else. BELIEVE!


alhamdulillah thummal hamdulillah. 

*FIGHTING!!!!!!!!!!! score A for paeds n ortho postings.. amin. insyaAllah!. :)

p/s: sorry for all the jumble mumble of broken english n bahasa pasar together with all the short forms. 

Sunday, September 16, 2012

kenapa solat tapi buat dosa gak?

bismillah...

"sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar" Al-Ankabut:45

A: tapi kenapa aku tengok ramai org y solat tp banyak je buat dosa, dedah aurat, mengumpat sana sini, tak jaga ikhtilat (pergaulan antara bukan muhrim) and banyak lagi benda tak baik?? termasuk la orang yang bertanya ni kot. hehe.

B: aku bg perumpamaan lah ek senang paham.. katakanlah kau ada sebuah kereta baru. ferrari ke, civic ke, kelisa ke, apa2lah.. then kau jaga dia baik2, kau tak nak kasi dia calar, kotor sikit kau bersihkan, tarikh service tak pernah miss, etc. kau agak2 la kereta tu berkhidmat dgn baik tak? kau boleh pergi jauh2, bawak jalan2, tak segan nk tunjuk kat org, tak payah nak spend duit banyak2 nk repair. kan?

A: ha, ok betul tapi apa kaitan kereta dengan solat? =_='

B: solat ni macam kau dengan kereta tu jugak.bila kau jaga solat kau, insyaAllah solat kau akan jaga kau balik.

A: yela tapi macam mana pulak tu? bukannya solat tu hidup nk jaga aku?

B: ha ni yang menarik. siapa cakap solat tu tak hidup, nak jaga kau dari buat perkara2 tak baik? takda  benda yang jadi secara tiba2. setiap satu tu ada sequence dia. ok macam ni, kalau kau protect solat kau, ambil wudhu betul2, solat di awal waktu dan di dalam waktu, kau jaga khusyuk kau, faham makna ayat2 dalam solat, banyakkan solat sunat. ha. insyaAllah kau akan rasa dekat dengan Dia, sayang Dia betul2, dan akan rasa Dia selalu perhatikan kau. at the same time, kau akan rasa izzah (bangga) dengan solat kau. bukan bangga diri bajet hebat tp rasa seronok, excited and bahagia bila kau dirikan solat. pastu kau nilai balik. kau masih rasa ke buat jahat ni seronok? buat kemungkaran ni seronok? buat perkara lagha(melalaikan) ni seronok? insyaAllah kau akan rasa yang hati kau dah terpaut pada Dia dan insyaAllah kau dah tak rasa nk buat kerja2 tak baik tu. so macam tu la solat tu dapat jaga kau, dengan syarat kau jaga dia dulu. itulah maksud solat yang hidup.

A: yeke? tapi susah wooo macam tu. kau ingat senang ke nak buat semua tu. solat awal waktu, khusyuk tu lagi la susah, then solat sunat tu, hmm yang wajib pon susah nak jaga.

B: takde benda yang kat dunia ni senang nak buat la bro. kau ingat nk makan tu senang? macam kita ni, nak kena fikir dulu nk makan kt kedai mana, fulus cukup tak, nanti makanan tu sedap ke tak. pastu kau ingat b*rak tu senang? nak kena dapat feel dulu, cari toilet dulu, air ada tak. lagi kau ingat tidur ni senang? nak kena ada tempat tidur, nak kena fikir assignment nk hantar esok dah siap belum, nak kena fikir bangun pukul berapa. ha. cuba kau cakap benda apa y senang?? slow2 la. yang penting nawaitu (niat) dan effort tu mesti kena ada la. mana ada manusia semalam dia baby hari ni dh 20 tahun. mana ada manusia yang lahir2 dah boleh menyanyi lagu siti. kan? manusia ni memang lahir untuk belajar dan improve diri. lagi satu. kita boleh bandingkan diri kita dengan orang lain, tapi ada pantang2 dia.

A: lorh, nk bandingkan diri dengan orang lain pon ada pantang? pantang apa lak?

B: macam ni, kalau kau tgk budak yang lg muda dari kau, kau kena bandingkan budak tu muda, tak banyak buat dosa tapi kita ni banyak. kalau kau tengok orang lagi tua dari kau, kau kena bandingkan orang tua tu banyak ilmu, byk makan garam tapi ilmu kita sikit. lepas tu kalau kau jumpa orang jahil, kau kena anggap orang tu buat dosa kerana dia tak tahu tapi kita ni tahu tapi buat jugak. lepas tu kalau kau jumpa orang kafir, kau kena bandingkan dengan diorang, mungkin bila diorang beriman nanti diorang lagi banyak beribadah, bertaqwa daripada kita. so kesimpulannya, jangan bandingkan dengan orang lain dengan harapan kita ni lagi mulia dari mereka, kerana riak (bangga diri) tu penghapus segala pahala.

A: oooo... Astaghfirullah, astaghfirullah. thanks bro. banyak aku belajar hari ni. so conclusion yang aku dapat hari ni, first, solat tu menjaga diri dari buat benda tak baik TAPI dengan syarat aku kena jaga solat aku betul2 dulu. then second, aku kena optimist, khusnuzon( bersangka baik) dengan orang2 sekeliling aku, tak boleh rasa diri dah cukup bagus, bajet bagus ke sebab aku tak tahu sebenarnya diorang ni lebih baik lagi dari  aku y banyak dosa ni..

B: ha betul2. tapi aku pon kena sentiasa beringat jugak, sebab mana tahu mungkin masa aku bercerita ni ada tertimbul perasaan riak tu ke. astaghfirullah. astaghfirullah. aku nk tmbh last boleh bro? ada 2 perkara kita kena ingat n ada 2 perkara kita kena lupa. yang kena ingat ialah kebaikan orang pada kita n kejahatan kita pada orang. yang kena lupa tu kejahatan orang pada kita n kebaikan kita pada orang.

A: hmm. yang ni pon ko kena kupas bro. baru boleh lebih faham.

B: part tu ko kena berfikir sikit, banyak pon boleh. nanti kau pulak kupas untuk aku. ;)


*alhamdulillah 'ala kulli hal

Friday, June 29, 2012

perasaan itu....

bismillah.....

perasaan itu. perasaan itu, yang apabila ia datang, seluruh darah bagai mengalir ke muka. peluh bertitisan merembes ke seluruh organ kulit. jantung berdegup kencang. nafas turun naik.

ya, perasaan itu. perasaan y hanya Allah y benar2 tahu akan ia.

perasaan itu...... adalah perasaan amarahmu.

andai ia kau suburkan lagi dengan prasangka buruk, dengki, dendam. maka ia akan menjadi sesuatu y membakarmu. merosakkan pemikiranmu dan hanya akan membawamu ke jalan y lebih hina. hina di mata Allah dan hina di mata manusia.

tapi, andai amarahmu kau baluti ia dgn kesabaran, kau jiruskan dgn ketenangan, kau palitkan dgn keredhaan kepadaNya. maka lihatlah hasilnya. kau sndiri akan terpesona...

kau sendiri harus sedar, yang segalanya datang dari Dia, ditentukan oleh Dia dan akan kembali kepadaNya. arakian, andai apa yang kau hilang itu adalah yang kau cari di dunia ini. maka hidupmu ini umpama tiada apa-apa. kerana? apa yang kau hilang tatkala ini TIDAK AKAN SESEKALI PERNAH kau bawa ke akhirat nnt. sebaliknya apa y kau akan bawa hanyalah amalmu.

amalmu. amalmu. amalmu.

apakah dia amalmu???

apa y kau hilang itu bukan amalmu, tapi amalmu adalah apa y kau lakukan tatkala ia hilang darimu, amalmu adalah perasaanmu bila ia hilang darimu, amalmu adalah.... apa yang kau beranggapan pada Allah tatkala segala ini berlaku.

DAN....

maka bersaksilah sekalian yang membaca post ini. bahawasanya, pemulis ini yang dari asalnya penuh dgn perasaan itu, akhirnya mampu bertenang dan tersenyum malah menarik nafas kelegaan tatkala dia percaya bahawa segala y terjadi, PASTI ada kebaikan disebaliknya... insyaAllah.. ;)

alhamdulillah, thummal hamdulillah..

Saturday, June 2, 2012

the first step


bismillah...

assalamualaikum n good day everyone!~ ^^

a fruit full discussion between me and one non-Muslim MO in psychiatric dept...

me: I am frustrated on how ignorance people are regarding the humanitarian issues in Palestine, Syria and lots of other places that really need our attention. people are preoccupied with all the other things; sports, entertainment, etc EXCEPT this one. it makes me really upset and angry and i keep on wondering on how would i change the mind-setting of people around me.

Dr: u can't never change people's thought by asking them to change. u'll just making yourself become angrier, restless and  upset by doing that. what should u do is change yourself first, do what u expect them to do, show good examples, and sooner or later, they'll realize it. Though the process might takes days, months or even years. for example, when u expect your siblings to take out the rubbish, you yourself have to make the move. 1st week, 2nd week, 3rd week, just do it without saying a word. at one point, they surely will realize it. At the same time, u'll be more relax, calm and not stressing yourself out.

*subhanallah.. it is really hard for me to listen to other people advise (because u know how stubborn i am)... but listening to the Dr advise was really an eye opening event...

it makes me think again..... Allah have mention,

"wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu menyatakan apa yang tidak kamu kerjakan." As-Saff 61: 2-3

"mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri." Al-Baqarah 2: 44

astaghfirullahal 'azim. so instead of getting upset by the situation.. it is ME MYSELF that should start the first step. and not expecting other people to start it first.

"dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata, 'sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)?'" Fussilat 41: 33

In other situation, thought i might already do it but surely the efforts was just not enough!

"dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." Fussilat 41: 35

i was embarrassed with myself because as a Muslim who read the Qur'an, i should have know this.. but surely, i should realize that

 'man always do mistakes, 
 a good man realize his mistakes, 
a better man learn from the mistakes,
but the best man realize the mistakes, learn from it and not doing it again'

Allah always have reason for everything that happen and i'm DEFINITELY not a perfect person.
not a single person in this world is perfect EXCEPT him, Muhammad (peace be upon him)..

*"sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah." Al-Ahzab 33: 21

that's why, for every single thing that we do, we must ALWAYS come back to Allah. He's The One PERFECT Planner of all and its in His hand everything that happen, happen.. AllahuAkhbar.

"dan apa pun yang kamu perselisihkan padanya tentang sesuatu, keputusannya (terserah) kepada Allah. (Yang memiliki sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya aku kembali" Asy-Syura 42: 10

in conclusion.... CHANGE to a BETTER muslim, not a PESSIMIST one.. ^^

alhamdulillah thummal hamdulillah...

Tuesday, February 14, 2012

dan kerana Allah, bersabarlah.

bismillah...

Buat aku,kamu dan kalian.

Dan kerana Allah, bersabarlah

Walaupun itu sangat melukai hatimu.
Dan kerana Allah, bersabarlah.

Walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah.
Dan kerana Allah, bersabarlah.

Pabila ada ssuatu membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, bersabarlah.
Dan kerana yakin pada Allah, bersabarlah.

Dan kerana Allah, maka bersabarlah.

Tiada ketentuan yg sia-sia.
Tiada ujian yg mlebihi kmampuan.
Tiada duka yg tsembunyi dr pengetahuanNya.
Tiada airmata yg kering tnpa diketahuiNya.

Dan pabila kamu kehilangan sebab untuk bersabar..
Pujuklah hatimu.

Dan kerana Allah, bersabarlah!

[AQ 74:7]

alhamdulillah..


*aduiii... study week, more like a facebooking week for me.. dush2. insaf! final is NEXT WEEK!!!!!!! @_@

Saturday, February 11, 2012

aku cinta kamu kerana Allah

bismillah....

tidak ada satu perkara pun y berlaku di dunia ini secara kebetulan. Allah tak bagi kita saje2 penat, Allah tak bagi kita saje2 sedih, Allah tak bagi kita saje2 jatuh cinta, Allah tak bagi kita saje2 je sakit, Allah tak bagi kita saje2 je lalai, Allah tak bagi kita saje2 je fail exam..

semua y berlaku tak pernah berlaku hanya kerana Allah saje2, suke2 je nak bg.(ape kau igt Allah xde keje.? -_-" astaghfirullah)...

setiap perkara y berlaku PASTI ada 'ibrah(pengajaran) disebaliknya. cuma kita ni sebagai manusia, tgk mcm mna cara kita menilai situasi tu.

khusnuzon(bersangka baik)lah dgn Allah. Allah takkan bagi kt kita something y kita tak boleh handle! Allah tau kita boleh handle the situation, sbb tu Dia bg.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al-Baqarah : 286)

see, Allah trust us but why didn't we trust in ourself? why didn't we trust in Him? :'(

astaghfirullah..

*masalah takkan selesai if mengharapkan org lain menyelesaikannya. Yes other people can help but the major help will ALWAYS be coming from urself*

aku cinta dan sayang kamu kerana Allah. T_T

alhamdulillah....

10 kekejaman..

bismillah...

Sufyan Atsauri berkata: Sepuluh macam kekejaman ialah

1) Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukminin.
2) Seorang yang pandai membaca Quran, tetapi setiap hari tidak membaca 100 ayat.
3) Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak solat 2 rakaat.
4) Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5) Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat jemmah.
6) Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7) Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masin tidak menanyakan nama kawannya itu.
8) Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9) Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10) Seorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

(Petikan daripada 'Engkau Memang Cantik' karya Burhan Sodiq)

alhamdulillah...

Aku, Lim dan Islam

bismillah...

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.".

..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang", ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu.

Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...".
"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?".
"Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?".
"Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?".
"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?".

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.".

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal.. Sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.".

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Allah, Allah, Allah..... @@

alhamdulillah...

Monday, January 30, 2012

Dia Maha Pengampun.. ;)

bismillah...

‘Everyone deserve a second chance’

with Allah, not only the 2nd chance.. the 3rd, 4th n the next thousand chances pon Dia bagi…

Allah berfirman…

‘dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, niscaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang’ An-nisa’: 110

Maka apa lagi????

‘dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.’ Ali Imran: 133

Siapa orang-orang yang bertaqwa??

‘(iaitu) orang-orang yang berinfak (sedekah), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang MENAHAN AMARAHNYA dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,
’ Ali Imran: 134

Tak habis di situ, Allah berfirman lagi..

‘dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri*, (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.’ Ali Imran: 135

*perbuatan keji: dosa besar yang akibatnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain. Seperti zina, riba.
*menzalimi diri sendiri: melakukan dosa yang akibatnya hanya menimba diri sendiri baik dosa besar ataupun dosa kecil.

orang mukmin, melihat SATU dosanya umpama melihat 1 gunung di atasnya dan akan menghempapnya.
orang yang selalu berbuat dosa, melihat DOSA-DOSANYA (bukan takat 1 tapi banyak!)umpama melihat lalat yang hinggap di hidung, dan boleh dihalau2 mcm tu shj..

astaghfirullah... moga kita tak tergolong dalam golongan y kedua... :'(

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

alhamdulillah....

Thursday, January 26, 2012

sejahtera ke atasmu ya Rasulullah!

bismillah...

'ummi, masamnya limau jiran kita bg ni.. >_<’

Luah si anak smbil mengeyitkan matanya sewaktu memakan limau yg dihadiahkan jirannya yg menyambut Tahun Baru Cina..

‘Adik..adik nk tahu tak kisah Rasulullah dan buah limau, bila ummi tgk keadaan adik ni, ummi ingat kat satu kisah ’

Si anak terus menjawab,..’nak2’

‘Erm suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir, masa tu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk nabi. Cantik sgt buahnya. Siapa2 yang tengok pasti terliur dik. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan jemputlah para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak pula dik. Pelik kan?Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka tanyalah lepas tu,mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya jika kalian turut makan bersama, aku bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut
Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu aku habiskan semuanya.".

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. dik, Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pula pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa ya dik? Erm sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w...hebatkan Rasulullah punya akhlak yg sgt baik..

Si anak tersenyum ^^, dan menyimpulkan bhw....

‘kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Kena ucp terima kasih dan menerima dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.’
Kan ummi?

‘Betul...jom kita tiru akhlak nabi, insyaAllah..'

alhamdulillah...

Wednesday, January 25, 2012

hidayah milik Allah



bismillah...

before proceed to main thing... nk habaq skit nih...

*kisah ini kisah benar.. bukan rekaan.. its copied n pasted but yang terlibat semua adalah my friends... tujuan reshare kt blog ni xde niat langsung utk aibkan orang tapi utk jadi pengajaran utk kita semua yang sebenarnya hidayah itu MEMANG milik Allah.. Dia boleh campakkan kt siapa2 y Dia mahu dan pada bila2 masa.. ALLAHUAKHBAR..


~THE CHANGE~...

Beberapa bulan yang lepas, ak telah menghadiri sebuah event di sekolah lama.. event utk junior2 ku.. hehe.. mendaftarkan diri sebagai fesi.. ak pergi ke sana bersama dgn seorang kawanku y berpangkat MPP.. hebat tak?? Hehe.. begitu seronok lah di sana.. berkongsi pengalaman sebagai seorang mahasiswa.. teringat masa zaman sekolah dulu.. budak2.. hehe..

banyak betul budak2 tu mengadu pasal senior dorang dulu.. “adat la tu dek.. mmg da mcm tradisi kat sini hubungan senior dgn junior begitu..” itu je la y mampu ku katakan.. aku faham perasaan mereka.. aku telah menghadapinya.. letih seharian melayan kerenah adik2, majlis pun bersurai..

aku dan rakan MPP ku ingin bergerak pulang... seorang sahabat batch ku, F meng'offer'kan diri utk menghantar kami ke KL sentral.. sejuk mata memandangnya.. kalau dulu terkenal dgn lenggok tarinya, olah raganya tapi sekarang berbeza... sopan ayu dengan tudung labuhnya.. “apa y menyebabkan dia berubah??” lama soalan tu bersarang dlm hatiku.. sejak aku terlihat gambarnya di Fb tak lama dulu..

masa tengah dalam bas rapid KL dalam perjalanan ke kampus, mula lah perbualan menarik antara aku dan kawan MPP ku sekali gus menjawab persoalan y di atas........

MPP: malam semalam ade la sesi muhasabah diri tau, F yang handle. (F: kawan batchku y diceritakn diatas) die buat sharing mcmne die boleh berubah..
Aku: ye?? Ala rugi betul x de smlm... cerite la... tringin sgt nak tahu nih..
MPP: die kan dulu kat skolah kite mmg join dance group kn... so die ckp die continue dance mase kat uni jgk.. hebat woo.. sampai jadi wakil Negara.. hujung tahun lepas die pegi ke Korea.. wakil Malaysia la..
Aku: serius??! Hebat betul...!
MPP: emm... hebat la..! kat Korea tu la die start ade kesedaran tok brubah..
Aku: how come??
MPP: kat korea, dancer x bole pakai tudung.. so, jurulatih F soh la die cabut tudung.. dah polisinye gitu.. F ni teragak-agak jugak pd mulanye, tapi bukak jugak la at last... kat korea jugak, dancer bole di tarik oleh mane2 penonton utk menari bersama-sama mereka.. so dancer kene layan.. so, Begitu la kehidupan F utk seminggu di korea.. start dari tu die dah rase x sedap hati.. mane x nye, berbeza sungguh dgn culture kite katenye.. sampai la last night dorang kat sane.. ade la buat gala night, ala mcm dinner la.. die x nak pegi.. ni perbualan die ngan kengkawan die..

“aku x nak g malam nih.. korang pegi je la..”
“knape x nak pegi.. mlm last kite kot..”
“x nak la.. seteruk-teruk aku pon, aku x penah masuk pub tau..!”
“ala.. F, jom la pegi..”
“aku x de baju...”
“nah, kitorang bagi kau pinjam baju... kau pilih je..” (dorang susun baju bederet atas katil)
“agak2 la wei... kalo nak suruh aku pegi pon bagi la baju y sopan sikit..”

Aku: Ya Allah.. 'bagusnye' kawan2 die.. supportive betol.. dah tu?? Die g tak??
MPP: pegi la.. kawan2 die sungguh2 ajak nih..
Aku: Ya Allah.. then pe jadi??
MPP: kat pub die pilih tempat belakang skali, tapi kengkawan die tarik bawak g depan.. so, bmula la majlis... mula2 majlis formal la... habis je majlis formal tu, pub pon bmula, semua naik atas stage tok menari2 mcm kat disco tuh.. kawan2 F ni bawak F naik atas stage dn keliling die.. ajak die menari.. F akui y iman die lemah, die kalah, so die ikut kawan2 die menari... F cerita la jgk, kat atas meja makan malam tu mmg di sediakan wine (arak).. die memang x sentuh.. minum kat gelas kosong pon tidak... F risau.. tapi kawan2 die mmg hanyut la...
Aku: astaghfirullah hal ‘azim...
MPP: balik je dari majlis tu, F terus call kawan die kat Terengganu... kawan die tu baik la... x marah pun.. kawan die just ckp btaubat la sebelum balik ke Malaysia, risau2 x sempat sampai ke Malaysia ni utk bertaubat.. so, die pun lakukanlah apa y patut utk bertaubat.. sampai je kat Malaysia, F nekad, die nak berubah!! Die quit dance, dn die tukar penampilan die.. then, jadilah mcm mane die skang..
Aku: Alhamdulillah.. x sangka die dpt dugaan mcm tu skali utk die berubah dn x sangka die bole berubah...
MPP: heemm.. last tu die ckp pd adik2, “menari tu mmg haram dalam Islam... so, pandai2 la ye, sape y masuk tarian tu.. fikir lah sendiri..”.. sekolah kite kan mmg active dance group... itu je la y bole die pesan.. F ade jgk ckp y die x bole drastik berubah, yang pasti die cuba utk jadi y lebih baik dari y sebelumnye...
Aku: betul... kite pun x bole la judge die terus berubah dari atas sampai bawah, dalam dn luar... perubahan ni takes time... slow2.. tapi kene istiqomah la..
MPP: hemm.. Betul..

Begitu lah perbualan kami berdua... bagi aku, cerita tu satu kisah y menarik dan hebat.. dah lama aku x dengar crita2 mcm nih lepas tinggal kan matrik.. aku share kan kisah shbt ku ini buat shbt2 ku y lain.. jgn takut utk berubah.. org akan lebih hormat dan pandang tinggi pd kita, percayalah.. lagi satu, sahabat atau kawan disekeliling kite mmg sgt mempengaruhi kite.. so, cari la kawan y support kite utk buat kebaikan bukan support kite utk buat kejahatan.. begitu juga dgn kite, jadilah kawan y support kawan kite utk lakukan kebaikan dn bukan kejahatan... wallahu’alam.


*subhanallah.. hidayah memang milik Allah.. :')

alhamdulillah..

Wednesday, January 4, 2012

its God's job.. not doctor's..

bismillah...

A very HEART Touching Story...


A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery.
He answered the call asap, changed his clothes & went directly to the surgery block.

He found the boy's father pacing in the hall waiting for the doctor.

On seeing him, the dad yelled:
"Why did U take all this time to come? Don't U know that my son's life is in danger? Don't U have any sense of responsibility?"

The doctor smiled & said:
"I am sorry, I wasn't in the hospital & I came as fast as I could after receiving the call...... And now, I wish you'd calm down so that I can do my work"

"Calm down?! What if your son was in this room right now, would U calm down? If your own son dies now what will U do??" said the father angrily

The doctor smiled again & replied: "I will say what Job said in the Holy Book "From dust we came & to dust we return, blessed be the name of God". Doctors cannot prolong lives. Go & intercede for your son, we will do our best by God's grace"

"Giving advises when we're not concerned is so easy" Murmured the father.

The surgery took some hours after which the doctor went out happy,
"Thank goodness!, your son is saved!" And without waiting for the father's reply he carried on his way running. "If U have any question, ask the nurse!!"

"Why is he so arrogant? He couldn't wait some minutes so that I ask about my son's state" Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left.

The nurse answered, tears coming down her face: "His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son's surgery. And now that he saved your son's life, he left running to finish his son's burial."

Moral of the story : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through"

alhamdulillah... :')

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^