Showing posts with label my thoughts. Show all posts
Showing posts with label my thoughts. Show all posts

Wednesday, April 8, 2015

wake up call

Bismillah...

Sesuatu yang tak dijangka. Yang mengubah persepsiku.

A wake up call.

Aku terlupa yang sebenarnya telah terciptanya manusia itu dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Setiap individu dicipta dengan tugas2 yang harus/bakal dipikul disetiap satu tahap kehidupan.

Dan menjadi lumrah manusia seharusnya dia sedar akan tanggungjawab masing2.

Dan seterusnya membuat pilihan sama ada menjalankan tanggungjawab itu atau mengabaikannya.

Bukan tanggungjawab kita memikul tugas orang lain, sebaliknya membimbing/mendorong insan itu melakukan tanggungjawabnya, ya itu perlu.

Dan batas itu harus ada, kerna bukan paksaan yang akan mendorong kehadapan tetapi kerelaan hati dan kesedaran diri bahawa tanggungjawab dan amanah itu akan dipersoalkan kelak.

Terima kasih kerana membuka ruang untuk aku belajar sesuatu.

Aku cinta kamu kerana Allah.

Alhamdulillah..

Thursday, April 3, 2014

pro exam. its the end?

bismillah...

tinggal satu je lg theory paper esok n sabtu dpn exam clinical (tanya2, check2 REAL patients, susun ayat, present kt Dr, discuss2 mcm mna nk manage. not 1 but 5 patients)... then insyaAllah thats it. NO repeat. insyaAllah. amin. (aminnn)

for now dh mula terfikir whats next?? 

for 5 years anticipating this Pro Exam. now its about to come to an end. so whats next? 

yes, the politically correct answer would be: tunggu posting.

but beyond that i was actually thinking, selama ni belajar ngokngek2 memang utk Pro Exam ke? sbb bila fefeeling nk habis ni jd mcm: 'what? selama ni tunggu penuh kecuakan utk this moment, now its about to end?'

heh. dari situ lg dah nmpk sumbing. kau belajar utk jd Dr? kau belajar utk lulus exam? atau sebenarnya kau belajar utk dpt redhaNya?

tepuk dada tya iman masing2. ini general. semua course boleh apply. memang. saya berbicara dari sudut student. yela tak habis lagi. mana nk faham perasan mereka2 y dah berkerja kan? 'lain sgt masa kerja dgn masa belajar' 'aku rindu la nak belajar balik, free, xda tanggungjawab, tau study pastu jwb exam je' 'budak tak habis belajar lg mana faham, kerja ni stress bkn seronok2 je' etc. etc.

i got no comment on that issue. xkerja lg. xda pengalaman lg so biar kakak2, abg2 y bkerja y sentuh.

my major point is. niat. hadith kan. setiap amal tu bgantung pada niat.

sooo. bila niat belajar tu utk lulus exam, bila da lulus exam tu apa jd? hilang terus momentum y selama ni menolak utk terus focus.

sama juga bila niat belajar utk jadi doktor, engineer, lab technician, cikgu, etc. (sekadar menyebut beberapa pkerjaan. xda niat utk mmperkecilkan atau buat2 xnmpk y lain). bila da dpt kerja tu apa jadi? da xada dah sebab utk berusaha. sbb dah smpai target.

tapiiii.. cuba kita jadikan niat kita nak dapat redha Allah. wee.. it wont stop. the momentum, the urge to do the best, sbb ia xkan selesai selagi xjejak syurga Allah.

a friendly reminder to me n to all of us. kita masuk syurga bkn sbb amal kita, tapi sbb redha dan rahmat Allah. iyee, kita buat amal kebaikan tapi ia belum cukup utk beli tiket ke jannah, hanya bila Allah redha baru dpt pass masuk syurga. hokeyy??

as a conclusion. always recheck. and renew. our niat. whyyyy would we be doing what we are doing.. pnjg pulak post. till then. may Allah bless.


alhamdulillah...

Sunday, January 19, 2014

bahagia?

bismillah...

belum ketemu jodohnya?
nanti sudah tua tidak berkeluarga?
tidak punya kerjaya saat habis belajar?
bagaimana ingin menyara keluarga andai tidak punya mata pencarian?

mengapa risaukan yang bukan kerja kita?
bukankah kerja utama kita ibadah? khalifah?
andai bukan itu jalan yang diinginkanNya, pasti banyak lagi jalan y akan ditunjukkan.
kalau benar yakin akan ketentuanNya, mengapa perlu risaukan yang lain?

risaukan dunia?
sedang akhirat yang sepatutnya menjadi matlamat utama.
biar dunia menjadi ladang akhirat.
biar didunia penat, letih, lelah bercucuk tanam,
kerna di akhirat kelak biar kita bahagia menuai hasilnya.

ada apa pada dunia?
isteri-isteri yang menyenangkan hatimu?
anak-anak yang membahagiakan harimu?
harta kekayaan yang membukit?
rumah, kereta, aset-asetmu?
penyokong-penyokong, pengikut-pengikutmu?

rasa tenang, gembira, apakah itu definisi bahagia?
biar cara mendapatkannya adalah maksiat, kelalaian, kealpaan,
adakah itu maknanya bahagia?

dimanakah bahagia?
bila semua yang dirasai itu sementara?

apa itu bahagia?
andai bukan syurga matlamatnya.

Monday, July 22, 2013

aku cemburu.

bismillah.

sedih, pilu jujurnya cemburu memenuhi ruang jiwa melihat mereka.. sibuk kesana kemari dengan program DnT.

ya aku cemburu. mereka memburu pahala dengan DnT. mereka memburu pahala dengan amal ibadah. mereka sibuk dengan program sana sini. mereka sibuk membina diri dan masyarakat sekeliling.

aku.. sibuk dengan urusan duniawi. berulang alik... hospital dan rumah... siang dan malam... tarikh dan masa... weekdays dan weekends... bagai repetition yang tidak lagi dapat dibezakan.. aku cemburu.

yang dikejar specialist di sana, consultant di sini, MO dan HO,
yang dikejar mencari pesakit utk ditanya tentang penyakit,
yang dikejar tutorial dan bedside teaching,
yang dikejar prosedur dan pesakit dgn good clinical findings.

bila pesakit dah meninggal, oh ada post mortem tak?
bila pesakit mengadu sakit, oh ada physical findings tak?
bila pesakit masuk wad, oh nak kena insert branula atau ambil darah tak?

eh. ini manusia atau robot.? tiada perasaankah?
yang dikejar cuma utk memenuhi logbook.
yang dikejar cuma utk lulus exam.
sedangkan hakikat y terbaring itu manusia. insan.
bukan patung mainan, bukan alatan untuk dibaiki.

itu tentang aku dan hospital. belum lagi tentang aku dan insan2 bergelar keluarga...

bagaikan munafik dirasakan diri.
berjanji tetapi tidak menepati.
membiarkan yang menanti terus menanti.
lebih sibuk mencari alasan dari sibuk mencari peluang utk pulang.
sibuk dikatakan extra sibuk.
sedang sibuk itu sebenarnya sibuk mengejar tilam dan bantal.

what kind of life actually was waiting for me ahead? where this journey leads me to? ini baru medical school, belum bekerja. ya, aku masih pelajar, belum bekerja sbg seorang doktor. yang dikatakan 100% berbeza dgn zaman belajar. kuatkah aku?

entah berapa kali mengingatkan diri.

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha". Al-Baqarah :286.

'Allah tidak membebani seseorang hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya'.

almost always reminding myself. but most of the time i always forgot. aku perlu kuat. menahan diri dari jatuh. menahan diri dari tersungkur. jujurnya aku lemah. tapi demiNya aku harus kuat.

to those who think they are alone,, never think so.. there's always extremely great reason why Allah send us where we are right now. believe that.

'kenapa diorang boleh ada banyak masa?'
'kenapa diorang boleh join macam2 program?'
'kenapa aku tercampak kat sini sorang2?'
'kenapa tak ada siapa kisah pasal aku?'
'macam mana aku nak kuat kalau takda program?'

kenapa,,, macam mana,, and thousand more of those words.

tak yakin dengan Dia? tak yakin dengan takdirNya?

dear me and those in similar situation,,,,
jangan biarkan dirimu umpama lobak dan telur yang berubah keadaannya bila direndam dalam air panas tetapi jadilah seperti serbuk kopi yang merubah air panas menjadi air kopi panas. uuu. ^_^

jangan menunggu bulan jatuh ke riba, tetapi berusahalah untuk ke bulan. 

conclusion: jangan mengharap keadaan sekeliling menjadi suitable condition for our iman to grow, tapi jadilah catalyst yang merubah diri sendiri dan sekeliling menjadi lebih baik.... find your way.. cari masa.. cari peluang.. cari ilmu itu.. cari, cari dan cari. 


"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji?"  Al-Ankabut: 2

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.... and never forget to say Alhamdulillah for nikmat Iman dan Islam y masih ada walau Iman itu sifatnya turun dan naik. Allahu Akhbar.

 this was in 2nd year i think.. 2010.
now, just a few more steps. biiznillah. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Ramadhan Kareem.

Thursday, January 31, 2013

its the end of 4th year.. o_o

bismillah...

how shall i put it into words.

Kulim hospital have been my second home since 2 years ago. now, its about time to leave Kulim hospital n headed to Alor Setar Hospital.. yerp, new hospital, new environment, new surrounding, AND new clinical year.. which is the 5th year a.k.a THE FINAL YEAR .. o_o

its like a dream. i felt like it was just last week that i came to waziria and enrolled myself as the first batch of  MD UKM-AUCMS. we go through every hardship and difficulty as the first batch, with all the deficiency in the equipment in the laboratory, the facilities, the CADAVER( a deceased body to be use for medical teaching),  the lack of lecturers and the technical issues with the teleconference thing.

then, it felt like it was just yesterday we came to Kulim Hospital for the orientation and briefing before we proceed through the klinik asas, divided into our respected group for the 3rd year postings and then come the 4th year, and PUFFF now we are in the end of 4th year and about to face our end of semester exam this 18 February. subhanallah, subhanallah. la haulawala kuwwata illa billah..

throughout this 2 years of clinical postings, we have been travel quite often. to Kuala Selangor for our public health posting, to Taiping for our Psychiatry, ENT, Opthal, Anaest postings, to HUKM, to Alor Setar Hospital, back and forth to Kepala Batas for the teaching sessions with lecturers and few others. that is why i called myself as a nomad. hidup pindah randah. :)

but truly, all these experiences challenge myself to become more independent, flexible, able to receive last minute orders (*smirk) and to think ahead for any situation that might come across in the near future.... *reflective writing mood ;)

anyhow, i'm looking forward for the next challenge, the FINAL year....

ok seriously, CUAK. =_=""

BUT to be able to face the FINAL year, i have to face this just around-the-corner challenge, which is the END OF SEMESTER 2 YEAR 4 EXAMINATION...

bismillah, may Allah ease our way, may Allah help us throughout our journey, and may Allah's blessing guided us to the right path. amin.

alhamdulillah 'ala kulli hal..

Sunday, September 16, 2012

kenapa solat tapi buat dosa gak?

bismillah...

"sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar" Al-Ankabut:45

A: tapi kenapa aku tengok ramai org y solat tp banyak je buat dosa, dedah aurat, mengumpat sana sini, tak jaga ikhtilat (pergaulan antara bukan muhrim) and banyak lagi benda tak baik?? termasuk la orang yang bertanya ni kot. hehe.

B: aku bg perumpamaan lah ek senang paham.. katakanlah kau ada sebuah kereta baru. ferrari ke, civic ke, kelisa ke, apa2lah.. then kau jaga dia baik2, kau tak nak kasi dia calar, kotor sikit kau bersihkan, tarikh service tak pernah miss, etc. kau agak2 la kereta tu berkhidmat dgn baik tak? kau boleh pergi jauh2, bawak jalan2, tak segan nk tunjuk kat org, tak payah nak spend duit banyak2 nk repair. kan?

A: ha, ok betul tapi apa kaitan kereta dengan solat? =_='

B: solat ni macam kau dengan kereta tu jugak.bila kau jaga solat kau, insyaAllah solat kau akan jaga kau balik.

A: yela tapi macam mana pulak tu? bukannya solat tu hidup nk jaga aku?

B: ha ni yang menarik. siapa cakap solat tu tak hidup, nak jaga kau dari buat perkara2 tak baik? takda  benda yang jadi secara tiba2. setiap satu tu ada sequence dia. ok macam ni, kalau kau protect solat kau, ambil wudhu betul2, solat di awal waktu dan di dalam waktu, kau jaga khusyuk kau, faham makna ayat2 dalam solat, banyakkan solat sunat. ha. insyaAllah kau akan rasa dekat dengan Dia, sayang Dia betul2, dan akan rasa Dia selalu perhatikan kau. at the same time, kau akan rasa izzah (bangga) dengan solat kau. bukan bangga diri bajet hebat tp rasa seronok, excited and bahagia bila kau dirikan solat. pastu kau nilai balik. kau masih rasa ke buat jahat ni seronok? buat kemungkaran ni seronok? buat perkara lagha(melalaikan) ni seronok? insyaAllah kau akan rasa yang hati kau dah terpaut pada Dia dan insyaAllah kau dah tak rasa nk buat kerja2 tak baik tu. so macam tu la solat tu dapat jaga kau, dengan syarat kau jaga dia dulu. itulah maksud solat yang hidup.

A: yeke? tapi susah wooo macam tu. kau ingat senang ke nak buat semua tu. solat awal waktu, khusyuk tu lagi la susah, then solat sunat tu, hmm yang wajib pon susah nak jaga.

B: takde benda yang kat dunia ni senang nak buat la bro. kau ingat nk makan tu senang? macam kita ni, nak kena fikir dulu nk makan kt kedai mana, fulus cukup tak, nanti makanan tu sedap ke tak. pastu kau ingat b*rak tu senang? nak kena dapat feel dulu, cari toilet dulu, air ada tak. lagi kau ingat tidur ni senang? nak kena ada tempat tidur, nak kena fikir assignment nk hantar esok dah siap belum, nak kena fikir bangun pukul berapa. ha. cuba kau cakap benda apa y senang?? slow2 la. yang penting nawaitu (niat) dan effort tu mesti kena ada la. mana ada manusia semalam dia baby hari ni dh 20 tahun. mana ada manusia yang lahir2 dah boleh menyanyi lagu siti. kan? manusia ni memang lahir untuk belajar dan improve diri. lagi satu. kita boleh bandingkan diri kita dengan orang lain, tapi ada pantang2 dia.

A: lorh, nk bandingkan diri dengan orang lain pon ada pantang? pantang apa lak?

B: macam ni, kalau kau tgk budak yang lg muda dari kau, kau kena bandingkan budak tu muda, tak banyak buat dosa tapi kita ni banyak. kalau kau tengok orang lagi tua dari kau, kau kena bandingkan orang tua tu banyak ilmu, byk makan garam tapi ilmu kita sikit. lepas tu kalau kau jumpa orang jahil, kau kena anggap orang tu buat dosa kerana dia tak tahu tapi kita ni tahu tapi buat jugak. lepas tu kalau kau jumpa orang kafir, kau kena bandingkan dengan diorang, mungkin bila diorang beriman nanti diorang lagi banyak beribadah, bertaqwa daripada kita. so kesimpulannya, jangan bandingkan dengan orang lain dengan harapan kita ni lagi mulia dari mereka, kerana riak (bangga diri) tu penghapus segala pahala.

A: oooo... Astaghfirullah, astaghfirullah. thanks bro. banyak aku belajar hari ni. so conclusion yang aku dapat hari ni, first, solat tu menjaga diri dari buat benda tak baik TAPI dengan syarat aku kena jaga solat aku betul2 dulu. then second, aku kena optimist, khusnuzon( bersangka baik) dengan orang2 sekeliling aku, tak boleh rasa diri dah cukup bagus, bajet bagus ke sebab aku tak tahu sebenarnya diorang ni lebih baik lagi dari  aku y banyak dosa ni..

B: ha betul2. tapi aku pon kena sentiasa beringat jugak, sebab mana tahu mungkin masa aku bercerita ni ada tertimbul perasaan riak tu ke. astaghfirullah. astaghfirullah. aku nk tmbh last boleh bro? ada 2 perkara kita kena ingat n ada 2 perkara kita kena lupa. yang kena ingat ialah kebaikan orang pada kita n kejahatan kita pada orang. yang kena lupa tu kejahatan orang pada kita n kebaikan kita pada orang.

A: hmm. yang ni pon ko kena kupas bro. baru boleh lebih faham.

B: part tu ko kena berfikir sikit, banyak pon boleh. nanti kau pulak kupas untuk aku. ;)


*alhamdulillah 'ala kulli hal

Friday, September 14, 2012

public healthcare vs private sectors


bismillah....

from my humble observation in a short period of 2 weeks in anaest posting, Taiping hospital..
(or perhaps an accumulations of thoughts and ideas since I'm entering this field, which now it finally able to come out from my brain.*smirk)

the issue that i would like to raise is:
-patients@relatives would pay a sum of money just to get the best service and treatment from the private healthcare facilities. but without they notice, even the privates have to send the patients to the public government hospital once the patients were in a great need of intensive care, emergency interventions etc.

the question is:
-why would they choose the privates in the first place?

the answer is:
-of course to look for the answer we would have to go back to the services provided by the government healthcare facilities. what's wrong with it? everyone knows the answer, especially those who have been receiving treatment in district clinics, outpatient clinics or the emergency units just to name a few. the inpatient would rather complaint about the food, the air conditioner, etc but rarely the treatment they receive.
-Yes i would say my statement is quite bias because not all public healthcare facilities are like that. (if you know what issue that I' talking about.) Nonetheless, it is the small things that would affect the image of the healthcare providers compared to the great contributions they have made. In conclusion, steps should be taken to improvise the customer service quality of the healthcare providers rather than to ignore the calling of the people that were gasping for a better quality healthcare services without spending large sum of money.

#people respect us for what we did, not for what we say. so practice what we preach.

*mood reflective writing. ;)

alhamdulillah 'ala kulli hal.

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^