Tuesday, September 11, 2012

September 11th


bismillah....

Sep 11th.. igt peristiwa itu? 2 bangunan berkembar diruntuhkan, dan dikatakan penjenayah yang diSYAKI (bukan disabit dgn kesalahan itu) adalah seorg Muslim. dan sejak itu Islam dilabel sebagai pengganas. tentera Amerika membunuh beratus ribu, bahkan jutaan Muslim di seantero dunia. dengan alasan 'menjaga' keamanan, mencari 'penjenayah', membunuh suspek y 'disyaki', 'mengawal' keadaan dan sebagainya.
undang2 mana y menyatakan bila anda disyaki, maka ANDALAH penjenayahnya? undang2 dunia mana pula y mengatakan bila ada y disyaki, insan lain y tidak berdosa boleh dibunuh?

saya tidak belajar undang2 tapi melalui pemikiran logik, apa yang menyebabkan bila manusia berperang mempertahankan tanah airnya dari dihancurkan pihak luar, dikatakan extremist? dikatakan pengganas?
apa hak y dipegang oleh manusia luar y dikatakan 'penjaga' keamanan itu ada utk datang ke tanah org lain dan melakukan pembunuhan kanak2 dan org tua, merogol gadis2 dan wanita, mengaibkan mayat2 "pemberontak' dgn alasan menjaga keamanan? undang2 dunia mana itu? planet mana? marikh?

bukti sudah ada, nk gambar? video? saksi2? semua ada, semua maklumat ada. mana tindakannya?? mana mahkamah dunia y dikatakan menjaga keamanan dunia? ini bukan masalah Islam, ini masalah perabadan, masalah hak asasi manusia. bolehkah manusia lain memegang kunci utk kehidupan org lain? dipagar, ditembok sekeliling kota, dihalang keluar dari negeri sendiri. apa itu semua? apa y menjustifikasikan perbuatan itu adalah sesuatu y betul? siapa y menentukannya? anda? negara2 kroni anda? negara2 y ekonominya disokong anda?

bagaimana dengan manusia2 y lain? anda merasa kita tidak terlibat? itu negara mereka? itu tanggungjawab mereka? biarkan si luncai terjun dgn labu2nya? kita tidak ada kaitan, kita jauh dr mereka. begitu?
bagaimana pula andai apa y berlaku di sana berlaku di negara kita? seronok bila tiada siapa y menolong? seronok bila kita ditindas tanpa keadilan? seronok? fikirkan. dengan hati dan akal fikiran y waras. tiada batasan agama, bangsa, umur atau jantina y mengatakan anda tidak boleh berhenti sejenak dan berfikir tentang mereka.

apa boleh kita yang tiada kudrat tenaga, tiada masa, tiada keberanian dan sebagainya untuk bantu mereka? doakan mereka, hulurkan bantuan kewangan, sebarkan mengenai mereka. agar satu dunia tahu. y kita PEDULI. agar satu dunia bergabung, menentang kezaliman, menentang ketidakwarasan pemikiran manusia2 berhati batu, menentang penafian hak asasi y berlaku.

*agar Dia tahu (y sememangnya Maha Mengetahui). akan usaha kita. insyaAllah.


alhamdulillah...

Friday, July 20, 2012

perutusan presiden. ^^

PERUTUSAN PRESIDEN
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
SEMPENA KEDATANGAN BULAN RAMADHAN 1433H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji-pujian kepada Allah s.wt, Pemilik Alam Semesta. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabah, tabi’in serta ummah yang meneruskan perjuangan yang Haq dengan ehsan hingga ke hari kiamat.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kita ucapkan lantaran diberi peluang menyambut bulan Ramadhan sekali lagi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 dan 185:

“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa “.


“(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Ikhwah dan Akhawat yang dihormati !

Sebagai golongan yang beriman, kita menyambutnya dengan penuh keimanan, penuh kesyukuran dan penuh keredhaan. Ia bagaikan peluang yang di kurniakan Allah s.w.t untuk kita mendekatkan diri kepadanya dengan bayaran ganjaran yang berlipat kali ganda, amalan sunat dibalasi dengan ganjaran amalan fardhu dan amalan fardhu diganjari dengan 70 kali ganda ganjaran amalan fardhu yang dilaksanakan pada hari-hari biasa dalam lain-lain bulan. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, ia merupakan bulan pengampunan , bulan rahmat dan bulan pembebasan daripada seksaan api neraka. 

Di bulan ini kita di galakan memuhasabah diri, menyesali kesalahan-kesalahan lalu, bertaubat, memperbanyakan amal soleh, membaca al-Quran, bersedeqah, solat sunat tarawih, menghidupkan malam dengan solat sunat tahajjud serta zikir, memuji Alah s.w.t siang dan malam, menyampaikan bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukannya, seperti golongan faqir miskin, anak-anak yatim dan lain-lain, samada di dalam negara atau di luar negara.


Pesanan-pesanan Nabi kita sempena bulan Ramadhan 

Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : “Solat lima waktu, Solat Jum'at sampai Solat Jum'at berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." (H.R.Muslim)

Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : “ bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut " Rayyaan". Pada hari kiamat dikatakan : Di manakah orang yang berpuasa? (untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir di antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu."(HR. Bukhary Muslim).

Abu Hurairah ra telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu“. (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik di dalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). (HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy)

Imam Al-Thabrani telah meriwayatkan daripada Ubadah bin Al-Somet, bahawa Rasullullah telah bersabda sewaktu bulan Ramadhan telah tiba: “Kamu telah didatangi bulan Ramadhan, bulan keberkatan, kamu akan dinaungi Allah.s.w.t, diturunkannya rahmat, digugurkannya (dosa-dosa) kesalahan-kesalahan, diperkenankan doa, Allah akan melihat persaingan sesamamu di dalam bulan Ramadhan. Dia akan berbangga dengan kamu berhadapan dengan para malaikat... maka perlihatkan Allah kebaikan daripada diri-diri kamu. Sesungguhnya orang yang celaka ialah orang yang diharamkan daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan” 

Berdasarkan nas-nas di atas jelaslah kepada kita semua bahawa pengampunan, rahmat Allah s.w.t dan peluang untuk memperolehi ganjaran amal soleh yang berlipat ganda, mencapai maqam taqwa terbuka luas kepada semua kita yang beriman dengan Allah dan Rasulnya menerusi amal-amal soleh yang disempurnakan pada bulan Ramadhan.

Oleh itu, marilah kita semua memanfaatkan detik-detik umur sepanjang bulan Ramadan, peluang-peluang yang terbuka luas di dalamnya sebaik-baik mungkin, jangan dipersia-siakan peluang yang di kurniakan kepada kita semua. Perkuatkan keazaman! Lakukan amalan-amalan soleh sebanyak dan sebaik munkin. Semoga kita beroleh kebaikan yang melimpah ruah daripadanya.

Marilah kita membimbing seluruh ahli keluarga kita dan jiran tetangga mengajak mereka melakukan amal soleh dan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Kita juga harus mengambil peluang memakmorkan dan menghidupkan 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan dengan melakukan ibadah I’tikaf di masjid bersama-sama ikhwah dan anggota keluarga kita semua.

Firman Allah dalam Sural Al-Qadr: 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Apakah yang kamu ketahui tentang malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Sabda Nabi s.a.w:

Diriwayatkan dari Salman; dia berkata: Rasulullah saw telah berucap pada hari terakhir bulan Shaaban, Baginda bersabda: “ wahai manusia ! telah menaungi kamu bulan yang agong dan berkat. Bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu kewajiban, qiam pada malamnya satu amalan sunat. 


Sesiapa yang mendekatkan diri (kepada Allah) dengan melakukan satu kebaikan (amalan sunat), seolah-olah dia melaksanakan satu kewajiban pada bulan selain bulan Ramadhan, dan sesiapa yang menunaikan satu kewajiban di dalamnya (bulan Ramadhan) , dia seolah-olahnya menunaikan 70 kewajiban pada bulan selain bulan Ramadhan. Ia adalah bulan kesabaran. Kesabaran itu balasannya ialah syurga dan bulan pembelaan kerana dalam bulan tersebut rezeki seseorang mukmin itu ditambah di dalamnya. 


Sesiapa yang menyediakan majlis berbuka puasa kepada seseorang yang berpuasa, ia akan mengampuni dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, dan baginya ganjaran pahala saperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa kurang. Lalu mereka berkata: bukan semua kami berupaya menyediakan jamuan orang yang berbuka puasa. Lalu Rasulullah menjawab: Allah akan memberikan ganjaran yang sama ke atas sesiapa sahaja yang memberikan sebutir tamar untuk saorang yang berpuasa membuka puasanya dengannya atau menerusi seteguk air minuman atau sesudu susu. 


Ia adalah satu bulan yang awalnya rahmat, dipertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka. Barang siapa yang meringankan (beban) hambanya di bulan Ramadan, Allah akan mengampunkan dosanya dan membebaskannya daripada api neraka.


Perbanyakkan di dalamnya 4 perkara. 2 daripadanya akan meredhakan (menyukakan) tuhan kamu dan 2 perkara yang lain, kamu tak dapat tidak. Amat menghendakinya: Ada pun 2 perkara yang akan mengembirakan tuhan kamu, iaitu: pernyataan tiada tuhan (yang benar) melainkan Allah dan kamu memohon pengampunannya . Dan 2 perkara yang kamu amat menghendakinya iaitu: kamu memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungannya daripada api neraka. Barang siapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berbuka puasa, Allah akan memberinya minuman daripada telagaku satu minuman yang membuatnya tidak akan dahaga sehinggalah dia memasuki syurga” (sahih Ibnu Khuzaimah)

Kepada saudara-saudara kita di bumi Palestian, Syria, Iraq dan lain-lain. Hulurkanlah bantuan dan sumbangan secara lumayan, atau sekurang-kurangnya, panjatkan doa munajat kepada Allah s.w.t, semoga mereka dapat merasai nikmat berbuka puasa dan bergembira di bulan yang mulia ini meskipun mereka masih terpaksa menghadapi kehidupan yang penuh dengan kesukaran dan tekanan yang dahsyat. Semoga derita mereka tidak berpanjangan dan negara mereka yang masih dijajah akan dapat dibebaskan segera dan kehidupan mereka pulih kembali dan mereka bebas dari cengkaman musuh yang zalim dengan izin Allah SWT.

Semoga dengan usaha yang gigih dan berterusan, niat yang ikhlas, melakukan amalan soleh dengan bersungguh-sungguh akan mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t, memperolehi keredhaanNya yang berpanjangan dan berkekalan , mencapai maqam taqwa dan kesudahan yang baik di dunia dan akhirat serta pembebasan diri dari api neraka.

Sekian, selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak , selamat berpuasa dan berbuka. Semoga Allah s.w.t memelihara kita sepanjang tahun 1433H dan tahun-tahun seterusnya.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Ustaz Dr Mohd Parid Bin Sheikh Ahmad
Presiden
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
19 Julai 2012 / 29 Syakban 1433H

Friday, June 29, 2012

perasaan itu....

bismillah.....

perasaan itu. perasaan itu, yang apabila ia datang, seluruh darah bagai mengalir ke muka. peluh bertitisan merembes ke seluruh organ kulit. jantung berdegup kencang. nafas turun naik.

ya, perasaan itu. perasaan y hanya Allah y benar2 tahu akan ia.

perasaan itu...... adalah perasaan amarahmu.

andai ia kau suburkan lagi dengan prasangka buruk, dengki, dendam. maka ia akan menjadi sesuatu y membakarmu. merosakkan pemikiranmu dan hanya akan membawamu ke jalan y lebih hina. hina di mata Allah dan hina di mata manusia.

tapi, andai amarahmu kau baluti ia dgn kesabaran, kau jiruskan dgn ketenangan, kau palitkan dgn keredhaan kepadaNya. maka lihatlah hasilnya. kau sndiri akan terpesona...

kau sendiri harus sedar, yang segalanya datang dari Dia, ditentukan oleh Dia dan akan kembali kepadaNya. arakian, andai apa yang kau hilang itu adalah yang kau cari di dunia ini. maka hidupmu ini umpama tiada apa-apa. kerana? apa yang kau hilang tatkala ini TIDAK AKAN SESEKALI PERNAH kau bawa ke akhirat nnt. sebaliknya apa y kau akan bawa hanyalah amalmu.

amalmu. amalmu. amalmu.

apakah dia amalmu???

apa y kau hilang itu bukan amalmu, tapi amalmu adalah apa y kau lakukan tatkala ia hilang darimu, amalmu adalah perasaanmu bila ia hilang darimu, amalmu adalah.... apa yang kau beranggapan pada Allah tatkala segala ini berlaku.

DAN....

maka bersaksilah sekalian yang membaca post ini. bahawasanya, pemulis ini yang dari asalnya penuh dgn perasaan itu, akhirnya mampu bertenang dan tersenyum malah menarik nafas kelegaan tatkala dia percaya bahawa segala y terjadi, PASTI ada kebaikan disebaliknya... insyaAllah.. ;)

alhamdulillah, thummal hamdulillah..

Saturday, June 2, 2012

the first step


bismillah...

assalamualaikum n good day everyone!~ ^^

a fruit full discussion between me and one non-Muslim MO in psychiatric dept...

me: I am frustrated on how ignorance people are regarding the humanitarian issues in Palestine, Syria and lots of other places that really need our attention. people are preoccupied with all the other things; sports, entertainment, etc EXCEPT this one. it makes me really upset and angry and i keep on wondering on how would i change the mind-setting of people around me.

Dr: u can't never change people's thought by asking them to change. u'll just making yourself become angrier, restless and  upset by doing that. what should u do is change yourself first, do what u expect them to do, show good examples, and sooner or later, they'll realize it. Though the process might takes days, months or even years. for example, when u expect your siblings to take out the rubbish, you yourself have to make the move. 1st week, 2nd week, 3rd week, just do it without saying a word. at one point, they surely will realize it. At the same time, u'll be more relax, calm and not stressing yourself out.

*subhanallah.. it is really hard for me to listen to other people advise (because u know how stubborn i am)... but listening to the Dr advise was really an eye opening event...

it makes me think again..... Allah have mention,

"wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu menyatakan apa yang tidak kamu kerjakan." As-Saff 61: 2-3

"mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri." Al-Baqarah 2: 44

astaghfirullahal 'azim. so instead of getting upset by the situation.. it is ME MYSELF that should start the first step. and not expecting other people to start it first.

"dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata, 'sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)?'" Fussilat 41: 33

In other situation, thought i might already do it but surely the efforts was just not enough!

"dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." Fussilat 41: 35

i was embarrassed with myself because as a Muslim who read the Qur'an, i should have know this.. but surely, i should realize that

 'man always do mistakes, 
 a good man realize his mistakes, 
a better man learn from the mistakes,
but the best man realize the mistakes, learn from it and not doing it again'

Allah always have reason for everything that happen and i'm DEFINITELY not a perfect person.
not a single person in this world is perfect EXCEPT him, Muhammad (peace be upon him)..

*"sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah." Al-Ahzab 33: 21

that's why, for every single thing that we do, we must ALWAYS come back to Allah. He's The One PERFECT Planner of all and its in His hand everything that happen, happen.. AllahuAkhbar.

"dan apa pun yang kamu perselisihkan padanya tentang sesuatu, keputusannya (terserah) kepada Allah. (Yang memiliki sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya aku kembali" Asy-Syura 42: 10

in conclusion.... CHANGE to a BETTER muslim, not a PESSIMIST one.. ^^

alhamdulillah thummal hamdulillah...

Saturday, May 19, 2012

critical reflection on my elective posting. ^^

bismillah.. 

*this is a true copy of the critical reflection on my elective posting which was done during my 3th year semester breaks... at first i thought to take this one as THE elective posting but surely, being a teacher give me the most memorable experiences.. ;)

CRITICAL REFLECTION

When I first ask my mother to help me find a job as a teacher in Al-Amin Islamic Secondary School, Gombak (SMIAAG), I was skeptical either I can teach or not. To tell the truth, I really looked down to myself because in my head, I always believe that I am a very bad teacher. Even my 2 younger sisters keep on telling me I am a bad teacher because whenever they ask me questions regarding their homework; I rarely knew how to cater them with guides on how to answer the questions. Which then I subsequently will ask them to go and ask my elder sister which in my opinion is a much better teacher than I am.

Though initially I doubt my ability to teach, I challenge myself to prove that I can teach. That is why I choose my elective posting to be a teacher. I work there as a substitute teacher for about 2 months or more accurately for the whole semester breaks. For the first month, I substitute a teacher who teaches Chemistry form 4 and Science form 3. It was unimaginable at first to teach such heavy subjects to form four students and PMR candidates. However, I believe that everything happen for a reason and God will always give the best for His servants. That is why I put my best effort to teach the students.  

Whereas, for the other 1 month I have to substitute a teacher who teaches History form 4 and Geography form 3 and 1. This time, it really strikes me because previously during my time as a school student, History is one of the subjects that I dislike because of the factual and its long explanations. But likewise, I believe that everything that comes in my way is always for my best interest and therefore I put my best to revise and restudy the subject for the good of my students.

I can clearly remember for the first class I enter, which is a form 4 Chemistry class; my hand was shaking and trembling. It is a completely different feeling from sitting next to patient, taking history and examines the patient. I could feel that all eyes are on me and ready to condemn me because I am a new teacher. Furthermore, I am scared I might give them wrong information about the topics that I need to teach. I already did my best to prepare for the class; I do notes, I read the books but I am still surrounded by worries that I might teach the students inadequately.

In addition, as an Islamic secondary school, all the students have additional classes of tilawah and hafazan every morning. So, the teachers have to teach and guide the students during these tilawah and hafazan classes. At first, a lot of thoughts come to my mind, for examples, am I good enough in these areas to correct and guide them? Or what if it is me who need the guidance? Then I quickly erase these thoughts and plant in new thoughts. If I do mistakes, I will apologize, if I need guidance, I will quickly find one, and if I lack of knowledge, I will seek more knowledge before entering the classes. With these thoughts I embrace myself with a hope that I can do well, insyaAllah.

From this experience I have learned that we will never know our true capability whether we are good or bad at something until we try to do it by ourselves. I never knew that I can teach but this experience have prove that I can, insyaAllah. Secondly, I have learned that to be successful in some area, we need to master that area first. As for me, I really thought that teaching all those subjects are very difficult, but with great effort and luck, Alhamdulillah I manage to do it.

From this experience, I have also learned that a good teacher is someone who teaches not only with mind, but also with heart. Because I believe that being a teacher is a really noble job. There is a saying, "GIVE ME A FISH AND I EAT FOR A DAY, TEACH ME TO FISH AND I EAT FOR A LIFE TIME". This must be a philosophy of a good teacher. In my opinion, a teacher should be patient and kind, flexible and resourceful, tolerant and open minded with a good sense of humor. A teacher should also be honest, helpful, humble and modest. I really would like to express thousand millions of gratitude to all my teachers since I was a school child until now. It is true that learning process never end until the day we took our last breath.

*alhamdulillah thummal hamdulillah... ;)

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^