Sunday, January 19, 2014

70 days left.

bismillah...

tinggal 70 hari. sebelum bermulanya peperiksaan ikhtisas akhir a.k.a Professional Exam..
akan tiba saat yang menentukan lulus atau tidak bergelar pemegang ijazah MD UKM..
setelah 5 tahun. bermula Julai 2009 hingga Mac 2014.

bersedia atau tidak. belum kutemui jawapannya.
nebes itu sudah pasti.
T_T

bismillahi tawakkaltu 'alallah la hawlawa quwwata illa billah...

bahagia?

bismillah...

belum ketemu jodohnya?
nanti sudah tua tidak berkeluarga?
tidak punya kerjaya saat habis belajar?
bagaimana ingin menyara keluarga andai tidak punya mata pencarian?

mengapa risaukan yang bukan kerja kita?
bukankah kerja utama kita ibadah? khalifah?
andai bukan itu jalan yang diinginkanNya, pasti banyak lagi jalan y akan ditunjukkan.
kalau benar yakin akan ketentuanNya, mengapa perlu risaukan yang lain?

risaukan dunia?
sedang akhirat yang sepatutnya menjadi matlamat utama.
biar dunia menjadi ladang akhirat.
biar didunia penat, letih, lelah bercucuk tanam,
kerna di akhirat kelak biar kita bahagia menuai hasilnya.

ada apa pada dunia?
isteri-isteri yang menyenangkan hatimu?
anak-anak yang membahagiakan harimu?
harta kekayaan yang membukit?
rumah, kereta, aset-asetmu?
penyokong-penyokong, pengikut-pengikutmu?

rasa tenang, gembira, apakah itu definisi bahagia?
biar cara mendapatkannya adalah maksiat, kelalaian, kealpaan,
adakah itu maknanya bahagia?

dimanakah bahagia?
bila semua yang dirasai itu sementara?

apa itu bahagia?
andai bukan syurga matlamatnya.

Friday, January 3, 2014

"What Hurts The Most" Rascal Flatts


bismillah.. tersirat itu lebih mendalam berbanding tersurat.. 

"What Hurts The Most" Rascal Flatts


I can take the rain on the roof of this empty house
That don’t bother me
I can take a few tears now and then and just let them out
I’m not afraid to cry every once in a while
Even though going on with you gone still upsets me
There are days every now and again I pretend I’m OK
But that’s not what gets me

What hurts the most
Was being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was tryin’ to do

It’s hard to deal with the pain of losing you everywhere I go
But I’m doin’ It
It’s hard to force that smile when I see our old friends and I’m alone
Still Harder
Getting up, getting dressed, livin’ with this regret
But I know if I could do it over
I would trade give away all the words that I saved in my heart
That I left unspoken

What hurts the most
Is being so close
And having so much to say (much to say)
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do, oh.

What hurts the most
Was being so close
And having so much to say (to say)
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do

Not seeing that loving you
That’s what I was trying to do

luka berdarah lagi

bismillah..

aku cuba untuk menerima keadaan seadanya.
tapi ternyata ia satu fakta yang amat sukar untuk ditelan.
tidak berani utk ku memandai2 berbicara kerna ku risau akan silap faktanya.
tetapi ternyata berdiam diri sebegini tidak dapat membantu apa2.

Allahu..
pasti besar hikmahnya atas segala yang berlaku.
aku cuba utk menerima 'things do happen'.
dan di akhirnya ternyata yang salah itu aku.
kerna tidak berusaha bersungguh2 mencari penerusan.
kerna pada awalnya penerusan hanya difikirkan utk diri sendiri.
akhirnya aku sendirian merawat luka yang semakin lama semakin bernanah.
semakin lama semakin perit utk ditelan, semakin sakit utk dibiarkan.
dan ternyata tidak memberi kesan kepada selain aku.

aku petik comment dari seorang insan tidak dikenali... 

"kerna kelak di akhirat nanti, Allah tidak tanya jemaah mana yg antum ikuti..

cukup lah masing2 yakin dan faham bahawa fikrah mngenai Islam perlu disebarkn agar individu Muslim dpt dibentuk seterusnya akan terbinanya empayar Islam.. setiap jemaah ada manhajnya yg tersendiri,. ada agenda tersendiri.. tp ingatan utk ana dan juga antum semua, bahawa kita mahu membawa Islam kepasa masyarakat.. dekatkan masyarakat dgn Islam yg sebenar,. bknnya attach dan taksub dgn jemaah masing2.. ya benar, kita berlainan jemaah.. tp matlamat kita sama bkn??"

ya pada akhirnya matlamat kita sama bukan.
menuju mardhatillah. keredhaan Allah.
ikhlaskan diri. ikhlaskan diri.
moga Allah ampunkan segala dosa2 kami,
jauhkan kami dari siksa neraka,
 tempatkan kami di syurga. Amin ya Rabbal Alamin..

Friday, December 20, 2013

pesan buat hati

bismillah...

tidaklah kau berasa bangga saat temanmu ramai,
kerana ia tidak menjaminmu tempat disyurga.
tidak juga kau berasa sedih saat kau bersendirian, 
kerana Allah bersamamu sentiasa.

jangan bilangan teman menjadi ukuranmu,
sebaliknya biarlah amalanmu yang menjadi penjaminmu.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
kau pegang dan kau percayalah, Allah itu Maha Kaya.

jangan kau harapkan sesuatu dari orang lain, 
jangan kau harapkan balasan manusia, 
kerna yang dilihat Dia adalah keikhlasanmu,
barangkali diakhirnya kosong, kerana secebis riak didalam hatimu. 

setiap sesuatu yang terjadi PASTI ada hikmahnya.
jangan kau lepaskan kekecewaanmu pada manusia, 
bukan jua pada makhluk selainnya,
tetapi luahkanlah pada Allah Taala.

Dia yang mentadbir segalanya,
segala yang berlaku tidak pernah sia-sia puncanya.

kau merancang, mereka merancang,
Allah juga merancang dan Allahlah sebaik-baik perancang.
dan percayalah sesungguhnya hanya perancangan Allah jualah yang bakal berlaku.

maka,
ubat dukamu dengan sapuan kasih sayangNya, 
rawat lukamu dengan basuhan cintaNya, 
balut hatimu dengan balutan rindu dan pengharapan hanya padaNya.

masih terlalu banyak kesilapanmu,
masih terlalu banyak dosa-dosamu,
terlalu sedikit doa dan pergantunganmu padaNya,
dan  mungkin kerana itu Dia mentakdirkan apa yang terjadi,
supaya kau kembali padaNya,
bersujud dan merayu pengampunan dariNya.

mendung takkan selamanya hadir,
mentari tak akan sentiasa bersinar.
yang suram pasti berlalu, 
yang kelam pastikan cerah kembali.
apa jua yang terjadi, hanya Allah tempatmu kembali.

wallahu'alam...
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA Kuantan

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^