smbil tgn kiri di stereng, tgn kanan ditongkat di cermin tingkap kete (bajet cool la ni), aku terfikir... untuk apa Allah jadikan rezeki setiap orang berbeza? ada yg kaya, ada yg miskin. ada yg sihat, ada yg sakit. ada yg bahagia, ada yg sedih. dan contoh yg paling dekat dgn aku, dalam exams, ada yang lulus semua paper n ada yang sangkut 1,2 papers.
ok sekarang, cuba bayangkan pula kalau semua orang dapat benda y sama.. semua orang PERFECT. wow!! bosannya dunia.. kan??
(ok, before anything, igt!! ALLAH Maha Adil.. )
aku dapat kenal pasti analogi ni tyme driving...
"hidup ni macam driving atas jalan raya"
"hidup ni macam driving atas jalan raya"
*kadang2 kita lalu jalan biasa, ok its free, tapi banyak traffic light, byk bumper, kadang2 org dpn bwk too slow xleh nk potong bcoz satu lane je...
*then kadang2 kita lalu highway, syok la coz straight, byk lane so leh potong2 kalau org dpn bwk slow, tp kena bayar tol, kadang2 tu syok2 bwk laju kena speed trap plak. haih susah gk.
*n lastly, kadang2 kita lalu jalan kg, paham2 la kalau jalan kg ofcoz jalan pon xbrape nk elok, lubang sana sini, tapi kadang2 kalau pandai carik shortcut pkai jalan kg lagi cpt smpai destinasi.
hurm... mcm tu jugak hidup, in any part of the route pasti ada halangan n rintangan. xlupa juga byk kesenangan dan kemudahan y Allah dah sediakan.
**klo ada y xphm analogi aku kt atas ni, nanye ak just nk ckp, setiap pilihan y kita buat sbnrnya ada baik buruknya, xsemua y nmpk best tu best, n xsemua y nmpk teruk tu teruk. n xsemua benda y kita encounter tu indah, kadang2 ada y pahit, tawar, masin, masam. dan setiap satu tu xsemua kekal selamanya. mcm dlm lagu Raihan ni..
KEHIDUPAN..
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
.....
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
....
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
.....
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan...
yang penting kita kena sentiasa igt, Allah itu maha Adil. Allah itu maha Bijaksana, maha Pengatur segala kejadian... Dia tak akan bagi sesuatu y kita xmampu nk handle... Allah tahu baik buruk segala sesuatu dan Allah dah bagi tau awal2 lg dlm Al-Quran:
"dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu" Al-An'am: 17
dlm apa jua kejadian y Allah dah tetapkan, pasti ada pengajaran disebaliknya... sbg cth, org miskin... mne kite nk taw sbnrnya Allah sgt sygkan dia, sbb tu Allah xbg dia kaya takut dia lupa Allah.. or org y sihat, Allah sje je nk uji org tu either dia bersyukur atau x dgn nikmat kesihatan dia tu..
(*from a student's point of view...)
> mana kite nk taw sbnrnya Allah bg kita lulus semua tu just untuk warning kita agar prepare, kot2 mna tahu next time cabaran y bakal dihadapi sbnrnya LAGI besar!!
>atau Allah bg kita failed 1, 2 paper or semua papers tu sbnrnya untuk suruh kita belajar btol2, mungkin peringkat awal kta belajar tu xdpt nk absorb sgt, so Allah bg chance lg utk kte belajar lagi.. kot2 nnt apa y kte miss b4 tu dpt catch up blk.. wallahualam.
WE NEVER KNOW RIGHT???
ingat, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... ALLAH Maha Mengetahui dan ALLAH Maha Adil...
Allah tidak akan biarkan sesuatu tu berlalu dgn sia2.. setiap y bermula pasti akan berakhir. setiap y jatuh pasti akan bangun! (kalau x jatuh mcm mana nk bgn. betul?)
ak ada baca satu quote ni, dr mna ntah..
"I don't measure a man's success by how high he climb,
but how high he bounce again once he falls down"
nice kan?
hm lastly, aku rasa motivasi y paling kita perlukan sebagai seorg manusia adalah motivasi dari dlm diri kita sendiri... walau berabuk mcm mana pon org lain cuba nk motivate, kalau hati tu xdpt terima, susah gk kan? n berkait dgn soal hati, milik siapa hati itu sbnrnya? kita punya ke? xkan? ringkasan cerita, bila kita dekat dgn Allah, yakin dgn Qada' dan Qadar Allah, sentiasa igt Allah, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang.. dan automatic dr situ kite akan dpt motivate blk diri kita.. insyaAllah^_^
"... ingatlah, hanya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenteram" Ar-Ra'ad: 28
"I LOVE U WITH ALL MY HYPOTHALAMUS!!!!~"
alhamdulillah...