Wednesday, May 20, 2015

theme: marriage.














Tuesday, May 19, 2015

kisah kami..

Bismillah...

Ia bermula back in October 2013. Ayah mengkhabarkan ada seseorang ingin dipertemukan. Tetapi awal2 lagi sudah dipesan, don't put up any high hope, mungkin tiada apa akan berlaku next.

Raya Haji 2013. Dia bersama keluarganya y tinggal di sg petani datang menziarahi kampungku y terletak di Yan, Kedah.

Maluku tidak dpt digambarkan, aku bukanlah seorang y pemalu namun saat situasi itu berlaku aku menjadi terlalu malu, tidak dapatku angkat muka untuk memandangnya. Pertama kali berhadapan dgn situasi sebegini. Hanya ayah dan ummi berbicara bersama ibubapanya.

Sebulan berlalu, dua bulan berlalu. Tiada sebarang perkembangan. Ku mula beranggapan, mungkin dia bukan orangnya dan ini belum masanya. Aku mula menerima.

Kemudian keluarganya datang ke KL menziarahi ibubapaku disamping hadir ke majlis konvonya. Kata ibunya kepada ibuku, dia masih belum bersedia, minta diberi tempoh sehingga Mei 2015. Ibuku berkata, kalau ada y meminang dulu mungkin tidak kami menunggu. Walau aku tiada disitu ternyata aku bersetuju dgn ibuku. Kerna dari awal dipesan padaku, jangan menaruh harapan selagi masih tiada apa. Lagikan pula ingin menunggu lagi setahun.

Sebulan berlalu, 2014 menjelma. Ku jangka mungkin bukan dia. Lalu kehidupan ku teruskan dan mungkin ini jawapan kepada istikharah ku. Tidak lama kemudian tidak aku jangka ku terima mesej di Facebook. Dia menyapaku, dan perkenalan bermula.

No telephone bertukar dan bermulaan perkenalan berlangsung. Tetapi tetapku semat dalam hati, jaga diri, jaga hati. Setiap isi perbualan aku khabarkan pada ayah. Dan aku khabarkan padanya, aku ada peperiksaan besar menanti, maka fokusku lebih utama pada pelajaran saat itu.

Kehidupanku berlangsung seperti biasa, peperiksaan akhir perubatan ku tempuh akhir Mac 2014.

Ku jagai batas2 pergaulan walau pergaulan kami hanya terhad kepada whatssap sahaja. Berbicara hanya yang perlu sahaja dan begitu terhad isi perbualan kami.

April 2014, saat aku sedang bercuti sementara menunggu panggilan kerja, aku mendapat jemputan dari abang dan kakak iparku di NZ untuk berjalan ke sana.

Dan aku masih di NZ saat adik perempuannya bertanyakan ukur lilit jari manisku. Mana kan aku tahu. Aku berjanji akan kukhabarkan sekembalinya aku ke Malaysia.

Sekembalinya aku dari NZ, ayahku mengkhabarkan yang satu rombongan dari pihak dia akan hadir pada 13/5/14 nanti. Rombongan utk apa??

Dalam masa 3 minggu, persiapan pertunangan secara ringkas dilakukan. Aku masih puzzled sebenarnya. How can I be engaged to someone I don't know. I haven't even meet him in person. Lalu ku ikhtiar berbicara dgn kakak Naqibah usrahku dan menyatakan bisa kah satu sesi pertemuan dgn dia dilakukan ditemani kakak naqibahku.

Pertemuan berlangsung hanya seminggu sebelum majlis pertunangan. Ibuku sedikit gusar, apa kalau aku tidak selesa maka pertunangan y dirancang minggu depannya batal?

Alhamdulillah. Hatiku lebih tenang selepas itu. Mungkin ini jalan ku.

Kehidupan aku teruskan, urusan2 melaporkan diri sebagai pegawai perubatan siswazah diselesaikan. Namun dimana akan aku mula bertugas masih belum diketahui.

Sewaktu awal perkenalan dulu aku pernah bertanya pada dia, di negeri mana harus aku pohon utk penempatanku andai benar kami akan bernikah. Pilihanku, setelah berbincang dgn ayah dan jua input dari dia, adalah wilayah persekutuan.

29/8/14. Saat aku pulang dari program Induksi, ibu ayah serta adik beradiknya datang menziarah. Jua untuk membincangkan tarik pernikahan kami.

Kemudian, aku mula melapor diri sebagai pegawai perubatan siswazah (houseman) di hospital Putrajaya pada 2/9/14. Kehidupan yang berbeza dan alhamdulillah masih aku teruskan..

Walaupun aku rasakan pertunangan kami agak lama, tetapi hikmah utamanya adalah aku punya masa utk bersedia. Dari segi persiapan perkahwinan dan selepas perkahwinan.

Benar aku rasakan pertunangan ini beri peluang utk berkenalan mana yang perlu. Dan juga dgn keluarganya. Walau tidaklah begitu aku kenali, tetapi biar lah selebihnya selepas perkahwinan nanti.

Tidak ada urusan keluar berdua, walau jarak kami tidaklah jauh mana. Kerna tidak perlu sebegitu. Biarlah apa orang kata, insyaAllah yang terbaik itu atas keredhaanNya.

Dan kerna keterbatasan waktu akibat kerjaku, persediaan dilakukan berperingkat. Mana waktu cuti digunakan utk menyelesaikan urusan kad, baju, dan sewaktu dgnnya. Alhamdulillah. DipermudahkanNya.

Saat ini, masih ada perasaan ragu dan keliru, benarkah aku akan menikah? Malah dgn insan y ku kira masih stranger.

Suka utk aku igtkn diri sendiri,

"Don't built your marriage on your feelings that constantly change, but built it with the faith in Allah"

Kerna Dia yang menentukan dan setiap ketentuanNya adalah yang TERBAIK.

Allahuakhbar.

*30/5/15. Hanya tinggal beberapa HARI. May Allah ease.

Alhamdulillah 'ala kulli.

Friday, May 8, 2015

Day 7 of Life. in NICU.

Alhamdulillah. Tamat tempoh tagging di posting ke-3 ku. Paediatrics posting, the 1st two months will be in NICU (neonatal intensive care unit/unit jagaan rapi bayi)

Too much tension, antara moments yang aku rasakan 'kalau quit HO lebih baik'. Tetapi saat perasaan paling negative aku muncul, hanya 'nothing last forever' yang dapat memujuk hati. Ya aku akui 'nothing last forever' itu sangat low dan seperti apa yang dilakukan sangat sia2 kerana aku tidak merasakan keikhlasan itu ada. Shame on me. Sama seperti, 'When the only option is to move on'. As a Muslim, I feel ashamed for having these thoughts.

Perasaan berkecamuk, terutama sewaktu mengambil darah bayi2 kecil mungil itu. Bayangkan, sekurang2nya dua, tiga kali sehari perlu mengambil darah mereka. Terutama kes2 neonatal jaundice. Utk mengetahui adakah rawatan lampu y diberikan dapat mengurangkan kadar bilirubin y menyebabkan kuning itu. It is sickening and heartbreaking to watch the babies cry and you know it is because of the needles. Seniors kata, 'utk kebaikan mereka juga', 'kalau level bilirubin masih tinggi, kan lagi banyak masalah', 'bukan saja2 kita nk cucuk mereka', 'ingat kita ni seronok tgk baby menangis disebabkan kita cucuk?' Dan banyak lagi.

Kes2 resuscitation, bila mana mendapat panggilan dari labour room (bilik bersalin) ada kes fetal distress (anak lemas dalam kandungan) dan emergency caesarean section akan dilakukan keatas ibu maka kami harus bersedia utk resuscitate bayi yang akan dilahirkan. No its not fun. Its sad and heartbreaking. Alhamdulillah sepanjang seminggu tagging aku masih belum berkesempatan membantu kes2 seperti bayi meninggal dalam kandungan, bayi meninggal sejurus setelah dilahirkan atau kes y sewaktu dgnnya. Ya, mungkin aku masih belum kuat utk berdepan dengan situasi sebegitu.

But sooner or later I know I will face it. Kerna itu aku harus bersedia. Mentally prepared.

Ya Rabb, permudahkanlah urusanku, ringankanlah bebananku, dan kuatkanlah aku dalam menempuh hari2 mendatang. Kerna hanya Engkaulah tempat bergantung harap.

Alhamdulillah...

tagging period for dummies

Bismillah..

Tagging: tag along seniors dan adaptation di department baru. Masa: 7am-10mlm. Tempoh: Seminggu-2minggu @ bergantung kepada prestasi anda.

Tugasan: bergantung kepada department. Hari pertama: ambil logbook utk posting tersebut di admin. Dan masa utk orientasi ward/ot/clinic/etc. Perkenalkan diri kepada sister ward dan briefing akan diberikan.
Hari kedua: di kebanyakan dept, anda akan mula diberikan 1st task. Eg; in charge pts/ tag di clinic/etc.
Hari ketiga dan seterusnya: tugasan akan makin bertambah dan terus bertambah.
Hari 'expected' last tagging: anda perlu approach any designated MO/ MO in charge HO to offtag you. Kalau MO tidak berpuas hati dgn prestasi anda sepanjang tagging--> Extend tagging.

Offtag: tamat tempoh tagging dan mula bertugas office hour/ shift system (according to each dept in each hospital)
*hospital Putrajaya tiada shift system. Hanya on call system.

Extend tagging: tempoh masa tagging dipanjangkan. Seminggu/2 minggu/ terpulang kepada mereka.

Sepanjang  tempoh tagging:
Tension akan mula beranak pinak. Kerana anda diharap utk berfungsi. Belajar tetap belajar. Tetapi lebih kpd how things work. Knowledge will come later. Tetapi siapa yang dapat adaptasi sepantas kilat bukan? Maka disaat dan ketika tagging lah selalunya peak moment anda akan dimarahi/dimaki/ditengking kerana kurang cekap. Ya, response kepada situasi ini 'takkan nk marah, baru je belajar kot'. Tetapi percayalah, jika anda lihat dari sudut positif, situasi ini akan menyebabkan anda tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama lalu akan berusaha utk perbaiki prestasi anda. ULANG SUARA, jika anda melihat situasi ini dari sudut positif. Dan berusaha memperbaiki diri dan prestasi kerja anda. Maka anda akan make an effort utk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Maka tamat tempoh tagging juga membawa maksud anda sudah bersedia untuk on call. Bersama MO of course.

Tempoh tagging adalah tempoh paling menyiksakan utk setiap posting. Kerna anda akan kepenatan yang amat, balik belum tentu pukul sepuluh (pukul 12mn/1am tidak mustahil) tetapi tetap harus datang sebelum 7pg keesokan harinya. Tiada life, ya itu mungkin betul. Kerna pergi kerja gelap, balik kerja gelap.
Tetapi percayalah, the least yang anda boleh harapkan adalah, ini hanya sementara, nothing last forever. Worst come to worse, anda akan tetap offtag soooooner or laaater. Dan pejam celik posting bakal berakhir. Extend posting atau tidak, posting setiap dept akan berakhir dan sesuatu y baru menanti anda.

**hanya berdasarkan pengalaman y taklah byk mana, seciput y bisa dikongsi. Kerna aku juga mengalami apa y kalian rasa. May Allah bless.


Tuesday, May 5, 2015

the hero inside you

Mariah Carey*Hero

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

[Chorus]

Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way

[Chorus]


Tuesday, April 14, 2015

rules of thumb

"You all ni housemen, lain kali approach specialist awal2 untuk viva (verbal exam utk layak 'grad' from each posting). Ni tak, last2 minute baru approach nak viva, kalau we all extend (menyambung posting di department terbabit melebihi dari yang sepatutnya yakni 4 bulan) you all, jangan salahkan kami sebab you all yang tak prepare betul2, last minute approach and then no more time for re-viva"

-------
MAC

"Miss (panggilan untuk Surgeon wanita), bila saya boleh viva dengan Miss?"

"Bila you habis?"

"End of April Miss"

"Hmmm, lambat lagi, minggu dpn la you approach I balik"

--------

APRIL (1st week)

"Miss, bila saya boleh viva dgn Miss?"

"Minggu depan hari selasa tengah hari you jumpa I"

--------

"Miss, hari ni boleh ke viva?"

"Ala I on call hari ni and I banyak kerja nak settle, bila you habis?"

"End of April Miss"

"minggu depan selasa petang kita viva"

**rules of thumb:
1) boss always correct
2) if boss is incorrect, please refer to rules no1.

Kbai.

Wednesday, April 8, 2015

wake up call

Bismillah...

Sesuatu yang tak dijangka. Yang mengubah persepsiku.

A wake up call.

Aku terlupa yang sebenarnya telah terciptanya manusia itu dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Setiap individu dicipta dengan tugas2 yang harus/bakal dipikul disetiap satu tahap kehidupan.

Dan menjadi lumrah manusia seharusnya dia sedar akan tanggungjawab masing2.

Dan seterusnya membuat pilihan sama ada menjalankan tanggungjawab itu atau mengabaikannya.

Bukan tanggungjawab kita memikul tugas orang lain, sebaliknya membimbing/mendorong insan itu melakukan tanggungjawabnya, ya itu perlu.

Dan batas itu harus ada, kerna bukan paksaan yang akan mendorong kehadapan tetapi kerelaan hati dan kesedaran diri bahawa tanggungjawab dan amanah itu akan dipersoalkan kelak.

Terima kasih kerana membuka ruang untuk aku belajar sesuatu.

Aku cinta kamu kerana Allah.

Alhamdulillah..

Monday, February 23, 2015

selamat datang ke dunia HO

Bismilah...

Just a small things that I've learn so far and would like to share.

1. NOTHING last forever. good things or bad things. It will pass. So move on.

2. Never take things to your heart. Be it lots of scoldings, makian, pujian or achievement ke, acknowledge it then let it go. Open a new chapter everyday.

3. Be good to people, surely they'll be good to u. Be it nurses, ppk, colleagues, (some) MO n specialists.. Just be good anyway. LOL.

4. Whatever happen, reflect back. Stop finding other people mistakes, find your own mistakes n CORRECT it. you can never change people but you can change yourself.

5. The first death, the first on call, the first procedure assisted, etc. There's always first time for everything. Learn and improvise. Practice makes perfect anyway.

6. Cry as much as you want but never give up. Crying won't solve problems but it never fails to make you feel better afterward. So seriously, nothing wrong bout crying.

7. Never silent your phone while you are working. Who knows some super dedicated pharmacist/nurses/MO or anyone gonna call you even when you are in the toilet.

8. Keep all your MOs, specialists phone number inside your phone. You surely gonna need it somewhere somehow.

9. Sila download my blue book dr Google app store. Its really useful. Utk noob (like me) regarding all medications. Tapi details pls contact your pharmacist. They know best. Medscape not to be forgotten. Useful.

10. Tak tahu. TANYA. Biar bodoh sesaat dari bodoh selamanya. (Sorry direct)

11. Socialize. Never stay alone. You are NOT alone.

12. To muslims. Never tinggal solat ye. Tiada alasan utk sesaja tinggalkan solat utk jama' dikemudian masa disebabkan settling works y boleh hold dulu. *T&C applied.

*selamat menempuh alam super berbeza. Tp sila sentiasa berpegang teguh 2:286. Tq ^_^

Friday, January 30, 2015

one random act of kindness

#hopecouragestrength

One random act of kindness say it all.

I'm on my way back from hospital that day. 12 noon. I'm post on call. When my car suddenly stop at traffic light and won't start even it does make a sound when I turn the key. I remember I haven't fill the tank since earlier last week and the light has been on since 5 days ago. I am procrastinating again. Since I thought the distance between the quarters and hospital is not that far. Maybe later. And yeah the consequence is here. Stuck at the traffic light and even with the hazard signal is on the people still honking around and giving the annoyed-don't care face. And suddenly a white car pull over and a gentleman with his wife come out from the car. Asking any problem with the battery. Then I said it's solely because of the fuel. The tank are empty. Then he said if it is a battery problem he has a jumper cables with him. Might be useful. Nope, with confident (dalam hati nak menangis) I said it's because the tank are empty. Then he said, ok wait here with my wife and I'll go and buy some fuel for ya. AMAZING. Why would he want to help a stranger? When no one else wanted to? The wife said he really like to help people who had problem with the car. He always kept the jumper cables and some bottles for fuel just in case something like this happen. AMAZING. Then he's back with some fuel and fill the tank for me. N wallah, the engine started! Not much but I offer the couple some money. Of course they insist to refuse. But when i say its for the kids, they finally agree to take it. If not because of them, I might stuck there till who knows when.

Saturday, January 24, 2015

sinarMu

Bismillah...

Ini kisahku..

Aku mula kembali padaNya setelah aku tersedar dari lamunan mimpi yang sementara.

Dan semenjak itu aku terus maju ke hadapan, kadang kala perlahan, kadang kala sedikit terbabas dan kadang kala penuh halangan. Tetapi aku berjanji dgn diriku, dgnNya yang aku tidak akan kembali ke belakang.

Janji itu masih bersemat, ku genggam erat sehingga kini.

Dan setelah bertahun lama aku berjalan, sinar itu. Sinar itu muncul kembali.

Dihujung jalan sana, yang masih belum pasti akan aku tempuhi, ada suatu pintu bakal dibuka.

Pintu yang belum ku ketahui apa disebaliknya.

Namun aku sedar, perjalanan ku masih panjang, ia tidak akan berakhir saat pintu itu dibuka.

Perjalanan yang akan tetap ku tempuh hingga saat segalanya kembali padaNya. Yang membezakan perjalanan itu adalah siapa diriku selepas pintu dibuka.

Sinar yang menyala, biar ia sinaran dariNya, bukan dari yang lain. Sinar itu, saat ia menerangi kelam, biar ia terang yang nyata, bukan khayalan semata.

Aku percaya tidak ada yang akan bisa menafikan sinar itu. Kerna sinar itu sebenarnya datang dariNya. Yang membezakan bagaimana ia dipancarkan.

Saat ia menerobos setiap sudut dimensi diri, moga mampu ku pandu ia tetap ke arahNya.

Ya muqallibal qulub tsabit qalbi 'ala deenik.

Ternyata ia berbeza. Ternyata aku kini berbeza. Alhamdulillah. syukur ku panjatkan padaNya. Aku bersyukur kerana kini aku bisa menyatakan segala yang berlaku ada hikmahnya. Dengan hati yang terbuka. Tidak lagi aku bersembunyi disebalik bayang2 sendiri.

Tidak aku katakan aku tidak sesali, tetapi aku bisa menyatakan syukur ia terjadi kerana ia menjadi pengalaman diri.

Moga aku terus dipandu dan terus dipanduNya. CintaNya, kasih sayangNya. I love Allah. ^_^

Alhamdulillah, Allahuakhbar.

Wednesday, January 14, 2015

hello, I'm Muhsina. new HO. I'm 2nd poster

Bismillah.

New posting..

Surgery.

Day 12 of tagging.

Conclusion: time do fly.

To be update later. InsyaAllah.
(Too many things to share, little time to spare)

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^