Wednesday, May 20, 2015

theme: marriage.














Tuesday, May 19, 2015

kisah kami..

Bismillah...

Ia bermula back in October 2013. Ayah mengkhabarkan ada seseorang ingin dipertemukan. Tetapi awal2 lagi sudah dipesan, don't put up any high hope, mungkin tiada apa akan berlaku next.

Raya Haji 2013. Dia bersama keluarganya y tinggal di sg petani datang menziarahi kampungku y terletak di Yan, Kedah.

Maluku tidak dpt digambarkan, aku bukanlah seorang y pemalu namun saat situasi itu berlaku aku menjadi terlalu malu, tidak dapatku angkat muka untuk memandangnya. Pertama kali berhadapan dgn situasi sebegini. Hanya ayah dan ummi berbicara bersama ibubapanya.

Sebulan berlalu, dua bulan berlalu. Tiada sebarang perkembangan. Ku mula beranggapan, mungkin dia bukan orangnya dan ini belum masanya. Aku mula menerima.

Kemudian keluarganya datang ke KL menziarahi ibubapaku disamping hadir ke majlis konvonya. Kata ibunya kepada ibuku, dia masih belum bersedia, minta diberi tempoh sehingga Mei 2015. Ibuku berkata, kalau ada y meminang dulu mungkin tidak kami menunggu. Walau aku tiada disitu ternyata aku bersetuju dgn ibuku. Kerna dari awal dipesan padaku, jangan menaruh harapan selagi masih tiada apa. Lagikan pula ingin menunggu lagi setahun.

Sebulan berlalu, 2014 menjelma. Ku jangka mungkin bukan dia. Lalu kehidupan ku teruskan dan mungkin ini jawapan kepada istikharah ku. Tidak lama kemudian tidak aku jangka ku terima mesej di Facebook. Dia menyapaku, dan perkenalan bermula.

No telephone bertukar dan bermulaan perkenalan berlangsung. Tetapi tetapku semat dalam hati, jaga diri, jaga hati. Setiap isi perbualan aku khabarkan pada ayah. Dan aku khabarkan padanya, aku ada peperiksaan besar menanti, maka fokusku lebih utama pada pelajaran saat itu.

Kehidupanku berlangsung seperti biasa, peperiksaan akhir perubatan ku tempuh akhir Mac 2014.

Ku jagai batas2 pergaulan walau pergaulan kami hanya terhad kepada whatssap sahaja. Berbicara hanya yang perlu sahaja dan begitu terhad isi perbualan kami.

April 2014, saat aku sedang bercuti sementara menunggu panggilan kerja, aku mendapat jemputan dari abang dan kakak iparku di NZ untuk berjalan ke sana.

Dan aku masih di NZ saat adik perempuannya bertanyakan ukur lilit jari manisku. Mana kan aku tahu. Aku berjanji akan kukhabarkan sekembalinya aku ke Malaysia.

Sekembalinya aku dari NZ, ayahku mengkhabarkan yang satu rombongan dari pihak dia akan hadir pada 13/5/14 nanti. Rombongan utk apa??

Dalam masa 3 minggu, persiapan pertunangan secara ringkas dilakukan. Aku masih puzzled sebenarnya. How can I be engaged to someone I don't know. I haven't even meet him in person. Lalu ku ikhtiar berbicara dgn kakak Naqibah usrahku dan menyatakan bisa kah satu sesi pertemuan dgn dia dilakukan ditemani kakak naqibahku.

Pertemuan berlangsung hanya seminggu sebelum majlis pertunangan. Ibuku sedikit gusar, apa kalau aku tidak selesa maka pertunangan y dirancang minggu depannya batal?

Alhamdulillah. Hatiku lebih tenang selepas itu. Mungkin ini jalan ku.

Kehidupan aku teruskan, urusan2 melaporkan diri sebagai pegawai perubatan siswazah diselesaikan. Namun dimana akan aku mula bertugas masih belum diketahui.

Sewaktu awal perkenalan dulu aku pernah bertanya pada dia, di negeri mana harus aku pohon utk penempatanku andai benar kami akan bernikah. Pilihanku, setelah berbincang dgn ayah dan jua input dari dia, adalah wilayah persekutuan.

29/8/14. Saat aku pulang dari program Induksi, ibu ayah serta adik beradiknya datang menziarah. Jua untuk membincangkan tarik pernikahan kami.

Kemudian, aku mula melapor diri sebagai pegawai perubatan siswazah (houseman) di hospital Putrajaya pada 2/9/14. Kehidupan yang berbeza dan alhamdulillah masih aku teruskan..

Walaupun aku rasakan pertunangan kami agak lama, tetapi hikmah utamanya adalah aku punya masa utk bersedia. Dari segi persiapan perkahwinan dan selepas perkahwinan.

Benar aku rasakan pertunangan ini beri peluang utk berkenalan mana yang perlu. Dan juga dgn keluarganya. Walau tidaklah begitu aku kenali, tetapi biar lah selebihnya selepas perkahwinan nanti.

Tidak ada urusan keluar berdua, walau jarak kami tidaklah jauh mana. Kerna tidak perlu sebegitu. Biarlah apa orang kata, insyaAllah yang terbaik itu atas keredhaanNya.

Dan kerna keterbatasan waktu akibat kerjaku, persediaan dilakukan berperingkat. Mana waktu cuti digunakan utk menyelesaikan urusan kad, baju, dan sewaktu dgnnya. Alhamdulillah. DipermudahkanNya.

Saat ini, masih ada perasaan ragu dan keliru, benarkah aku akan menikah? Malah dgn insan y ku kira masih stranger.

Suka utk aku igtkn diri sendiri,

"Don't built your marriage on your feelings that constantly change, but built it with the faith in Allah"

Kerna Dia yang menentukan dan setiap ketentuanNya adalah yang TERBAIK.

Allahuakhbar.

*30/5/15. Hanya tinggal beberapa HARI. May Allah ease.

Alhamdulillah 'ala kulli.

Friday, May 8, 2015

Day 7 of Life. in NICU.

Alhamdulillah. Tamat tempoh tagging di posting ke-3 ku. Paediatrics posting, the 1st two months will be in NICU (neonatal intensive care unit/unit jagaan rapi bayi)

Too much tension, antara moments yang aku rasakan 'kalau quit HO lebih baik'. Tetapi saat perasaan paling negative aku muncul, hanya 'nothing last forever' yang dapat memujuk hati. Ya aku akui 'nothing last forever' itu sangat low dan seperti apa yang dilakukan sangat sia2 kerana aku tidak merasakan keikhlasan itu ada. Shame on me. Sama seperti, 'When the only option is to move on'. As a Muslim, I feel ashamed for having these thoughts.

Perasaan berkecamuk, terutama sewaktu mengambil darah bayi2 kecil mungil itu. Bayangkan, sekurang2nya dua, tiga kali sehari perlu mengambil darah mereka. Terutama kes2 neonatal jaundice. Utk mengetahui adakah rawatan lampu y diberikan dapat mengurangkan kadar bilirubin y menyebabkan kuning itu. It is sickening and heartbreaking to watch the babies cry and you know it is because of the needles. Seniors kata, 'utk kebaikan mereka juga', 'kalau level bilirubin masih tinggi, kan lagi banyak masalah', 'bukan saja2 kita nk cucuk mereka', 'ingat kita ni seronok tgk baby menangis disebabkan kita cucuk?' Dan banyak lagi.

Kes2 resuscitation, bila mana mendapat panggilan dari labour room (bilik bersalin) ada kes fetal distress (anak lemas dalam kandungan) dan emergency caesarean section akan dilakukan keatas ibu maka kami harus bersedia utk resuscitate bayi yang akan dilahirkan. No its not fun. Its sad and heartbreaking. Alhamdulillah sepanjang seminggu tagging aku masih belum berkesempatan membantu kes2 seperti bayi meninggal dalam kandungan, bayi meninggal sejurus setelah dilahirkan atau kes y sewaktu dgnnya. Ya, mungkin aku masih belum kuat utk berdepan dengan situasi sebegitu.

But sooner or later I know I will face it. Kerna itu aku harus bersedia. Mentally prepared.

Ya Rabb, permudahkanlah urusanku, ringankanlah bebananku, dan kuatkanlah aku dalam menempuh hari2 mendatang. Kerna hanya Engkaulah tempat bergantung harap.

Alhamdulillah...

tagging period for dummies

Bismillah..

Tagging: tag along seniors dan adaptation di department baru. Masa: 7am-10mlm. Tempoh: Seminggu-2minggu @ bergantung kepada prestasi anda.

Tugasan: bergantung kepada department. Hari pertama: ambil logbook utk posting tersebut di admin. Dan masa utk orientasi ward/ot/clinic/etc. Perkenalkan diri kepada sister ward dan briefing akan diberikan.
Hari kedua: di kebanyakan dept, anda akan mula diberikan 1st task. Eg; in charge pts/ tag di clinic/etc.
Hari ketiga dan seterusnya: tugasan akan makin bertambah dan terus bertambah.
Hari 'expected' last tagging: anda perlu approach any designated MO/ MO in charge HO to offtag you. Kalau MO tidak berpuas hati dgn prestasi anda sepanjang tagging--> Extend tagging.

Offtag: tamat tempoh tagging dan mula bertugas office hour/ shift system (according to each dept in each hospital)
*hospital Putrajaya tiada shift system. Hanya on call system.

Extend tagging: tempoh masa tagging dipanjangkan. Seminggu/2 minggu/ terpulang kepada mereka.

Sepanjang  tempoh tagging:
Tension akan mula beranak pinak. Kerana anda diharap utk berfungsi. Belajar tetap belajar. Tetapi lebih kpd how things work. Knowledge will come later. Tetapi siapa yang dapat adaptasi sepantas kilat bukan? Maka disaat dan ketika tagging lah selalunya peak moment anda akan dimarahi/dimaki/ditengking kerana kurang cekap. Ya, response kepada situasi ini 'takkan nk marah, baru je belajar kot'. Tetapi percayalah, jika anda lihat dari sudut positif, situasi ini akan menyebabkan anda tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama lalu akan berusaha utk perbaiki prestasi anda. ULANG SUARA, jika anda melihat situasi ini dari sudut positif. Dan berusaha memperbaiki diri dan prestasi kerja anda. Maka anda akan make an effort utk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Maka tamat tempoh tagging juga membawa maksud anda sudah bersedia untuk on call. Bersama MO of course.

Tempoh tagging adalah tempoh paling menyiksakan utk setiap posting. Kerna anda akan kepenatan yang amat, balik belum tentu pukul sepuluh (pukul 12mn/1am tidak mustahil) tetapi tetap harus datang sebelum 7pg keesokan harinya. Tiada life, ya itu mungkin betul. Kerna pergi kerja gelap, balik kerja gelap.
Tetapi percayalah, the least yang anda boleh harapkan adalah, ini hanya sementara, nothing last forever. Worst come to worse, anda akan tetap offtag soooooner or laaater. Dan pejam celik posting bakal berakhir. Extend posting atau tidak, posting setiap dept akan berakhir dan sesuatu y baru menanti anda.

**hanya berdasarkan pengalaman y taklah byk mana, seciput y bisa dikongsi. Kerna aku juga mengalami apa y kalian rasa. May Allah bless.


Tuesday, May 5, 2015

the hero inside you

Mariah Carey*Hero

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

[Chorus]

Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way

[Chorus]


ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^