Bismillah...
2 tahun yang lalu. 2019. MHJr1 was 3.
-----------
Jangan ikut perangai saya.
Jangan pernah ragu2 dgn rasa hati.
Instinct tu Allah bagi untuk guide buat keputusan.
Sejujurnya walaupun saya seorang pegawai perubatan, saya sendiri tak boleh merawat anak sendiri bila dia sakit. Sebab emosi dan perasaan.
Bermain dengan emosi dan perasaan bukan senang. Bergelut dgn emosi dan perasaan sendiri.
"Anak aku tak teruk mana ni, masih aktif dan masih mahu makan.
Tapi..
Mula dengan batuk berkahak, diikuti dengan nafas laju, batuk berterusan, nafas berbunyi, semua tanda2 asthma yang tidak terkawal. Untuk 2 minggu yang pertama masih boleh reda dgn mdi salbutamol 6-12jam. Tapi 4 hari yang terakhir disulami dengan demam panas dan simptom2 makin teruk sehingga 4jam sekali mdi salbutamol masih tak redakan simptom2 tersebut, bukan sesuatu yang biasa2.
Tapi..
Masih bertangguh untuk bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. 2 hari demam panas masih rawat dirumah, ubat demam, mdi salbutamol sedia di sisi. Anak masih aktif dan nak minum dan makan walau bukan macam biasa. Kalau bawa jugak jumpa doktor, nanti takut orang kata terlebih risau, nanti orang kata takkan mak doktor anak boleh sakit, nanti orang kata itu, orang kata ini."
Bukan sekali dua nak bersiap ke hospital, tapi niat dibatalkan. Hmmmmm.
Sehingga satu tahap, it hits me, "takkan nak tunggu anak lembik lemah tak bermaya baru nak bawa ke hospital? Tunggu keadaan teruk, tak cukup nafas, biru, tak bernyawa baru buat keputusan nak buat pemeriksaan?" nauzubillah.
-----------
Dah masuk hari ketiga hawa dalam wad, dia tetap aktif, tetap lari sana sini, tapi sampai limit nanti dia berhenti sendiri dan mula batuk2. Dah improve banyak selepas mula antibiotics.
Sampai masanya untuk terima kenyataan hawa memang ada bronchial asthma, kali ini precipitate by pneumonia (jangkitan paru2).
6 kali masuk wad. Semua sebab paru2. Sebelum ni nama diagnosis dia acute bronchiolitis, intermittent asthma, etc. Boleh dah kot terima kenyataan ini. Please.
#mayAllahbless
No comments:
Post a Comment