Friday, December 20, 2013

pesan buat hati

bismillah...

tidaklah kau berasa bangga saat temanmu ramai,
kerana ia tidak menjaminmu tempat disyurga.
tidak juga kau berasa sedih saat kau bersendirian, 
kerana Allah bersamamu sentiasa.

jangan bilangan teman menjadi ukuranmu,
sebaliknya biarlah amalanmu yang menjadi penjaminmu.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
kau pegang dan kau percayalah, Allah itu Maha Kaya.

jangan kau harapkan sesuatu dari orang lain, 
jangan kau harapkan balasan manusia, 
kerna yang dilihat Dia adalah keikhlasanmu,
barangkali diakhirnya kosong, kerana secebis riak didalam hatimu. 

setiap sesuatu yang terjadi PASTI ada hikmahnya.
jangan kau lepaskan kekecewaanmu pada manusia, 
bukan jua pada makhluk selainnya,
tetapi luahkanlah pada Allah Taala.

Dia yang mentadbir segalanya,
segala yang berlaku tidak pernah sia-sia puncanya.

kau merancang, mereka merancang,
Allah juga merancang dan Allahlah sebaik-baik perancang.
dan percayalah sesungguhnya hanya perancangan Allah jualah yang bakal berlaku.

maka,
ubat dukamu dengan sapuan kasih sayangNya, 
rawat lukamu dengan basuhan cintaNya, 
balut hatimu dengan balutan rindu dan pengharapan hanya padaNya.

masih terlalu banyak kesilapanmu,
masih terlalu banyak dosa-dosamu,
terlalu sedikit doa dan pergantunganmu padaNya,
dan  mungkin kerana itu Dia mentakdirkan apa yang terjadi,
supaya kau kembali padaNya,
bersujud dan merayu pengampunan dariNya.

mendung takkan selamanya hadir,
mentari tak akan sentiasa bersinar.
yang suram pasti berlalu, 
yang kelam pastikan cerah kembali.
apa jua yang terjadi, hanya Allah tempatmu kembali.

wallahu'alam...
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA Kuantan

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^