Friday, April 20, 2012

al- Aqsa.. the fact..

Masjid al-Aqsa bukanlah masjid Umar (kubah hitam) dan bukan pula kubah sakhrah (kubah kuning).



Sebaliknya masjid al-Aqsa ialah kawasan yang di kelilingi tembok yang terdapat padanya dua bangunan utama iaitu Masjid Umar (kubah hitam) dan Kubah Sakhrah (kubah kuning) dan pelbagai bangunan lain yang terdapat padanya. Ini bererti tembok buraq; masjid Buraq (atau disebut sebagai 'the western wall) dan Masjid Djin (yang terdapat dalam kawasan kompleks masjid al- Aqsa) juga adalah sebahagian dari Masjid al-Aqsa.

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat pada malam isra' mikraj dan menjadi imam kepada ratusan ribu nabi dan rasul, maka seluruh perkarangan iaitu kawasan yang di kelilingi tembok empat penjuru yang di dalamnya terdapat masjid Umar dan kubah sakhrah (kedua-duanya belum dibina pada waktu itu) dipenuhi jamaah para ruh nabi dan rasul yang mulia. Maka perkarangan ini seluruhnya adalah masjid al aqsa. Luas kawasan ini ialah 144,000 meter persegi iaitu 1/6 dari kawasan yang disebut sebagai kota lama (old city) Baitul Maqdis.

Kubah sakhrah dijadikan simbol kepada masjid al-Aqsa kerana kedudukannya di tengah kompleks masjid al-Aqsa dan kelihatan sebagai mercu tanda yang jelas dari kejauhan. Kerana itu banyak NGO dan pertubuhan yang menjadikan kubah sakhrah sebagai logo dan simbol perjuangan pembebasan masjid al-Aqsa. Bahkan HAMAS sendiri menggunakan kubah sakhrah sebagai logo pertubuhan mereka (di pamerkan di sini). Kataib (Briged) Izzuddin al-Qassam (sayap bersenjata HAMAS) juga menggunakan logo kubah skahrah.

Penggunaan kubah sakharah sebagai logo masjid al-aqsa dan perjuangan Palestin bukan agenda Zionis dan bukan terperangkap dengan tipu daya zionis yahudi. Ia diambil sebagai lambang kerana kedudukannya di tengah kompleks Masjid al-Aqsa yang menyerlah dan begitu sinonim dengan masjid al-Aqsa

Maka diperjelaskan di sini Masjid al-Aqsa bukan bagunan-bangunan yang ada di perkarangannya (samada kubah sakhrah atau masjid Umar yang disebut sebagai masjid aqsa) tetapi kawasan yang dikelilingi oleh tembok yang menempatkan kedua-dua bangunan masjid dan bangunan-bangunan lain di situ.


Pengerusi Aqsa Syarif

No comments:

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^