Tuesday, June 25, 2019

Apa lagi kau mahu


Bismillah.

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh, melainkan yang berpesan-pesan dgn kebenaran dan kesabaran.
Al-Asr: 1-3

Perasaan itu,
perasaan yang nyata. 
Bukan seketika. 

Perasaan itu,
Masa yang bernilai terhabis kepada sesuatu yang tak pasti,
Sesuatu yang kau tak pasti apa yang kau dapat
Apa yang kau mahu
Apa pengakhiran

Kurang bersyukurkah kau
Terlalu memilihkah kau

Perasaan itu,
Setiap hari setiap saat
Kau tak tahu apa yang kau buat
Kau tak tahu apa yang kau dpt

Manusia akan berkata,
Apa lagi kau mahu
Apa lagi yang kau nak

Kau ada kerjaya
Kau ada tempat berlindung
Kau ada kenderaan utk bergrk
Kau ada keluarga tercinta

Mungkin kau juga akan bertanya,
Apa lagi kau mahu wahai diri,
Kau ada apa seadanya

Kau punya kasih sayang
Kau punya keselamatan
Kau punya kesihatan
Kau punya iman
Kau punya akal

Apa lagi kau mahu?

Aku mahu ketenangan.
Belum aku jumpa.
Aku mahu kepastian.
Aku belum tahu.

Tapi kau bukan Tuhan,
Bukan kau punya rasa untuk kepastian,
Bukan kau punya rasa untuk ketentuan,
Itu kerja Tuhan.

Dan kau, Bukan Tuhan.

Bersyukurlah,
Berimanlah,
Kau masih punya Tuhan.
Kembali pada Dia,
kerna kerja kau hanya meminta,
Berharap dan berdoa,
Yang menentukan bukan kau,
Tapi Dia.

Allahuakhbar.

10.03am
25/6/2019
Manusia mencari makna

No comments:

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^