Tuesday, February 14, 2012

dan kerana Allah, bersabarlah.

bismillah...

Buat aku,kamu dan kalian.

Dan kerana Allah, bersabarlah

Walaupun itu sangat melukai hatimu.
Dan kerana Allah, bersabarlah.

Walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah.
Dan kerana Allah, bersabarlah.

Pabila ada ssuatu membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, bersabarlah.
Dan kerana yakin pada Allah, bersabarlah.

Dan kerana Allah, maka bersabarlah.

Tiada ketentuan yg sia-sia.
Tiada ujian yg mlebihi kmampuan.
Tiada duka yg tsembunyi dr pengetahuanNya.
Tiada airmata yg kering tnpa diketahuiNya.

Dan pabila kamu kehilangan sebab untuk bersabar..
Pujuklah hatimu.

Dan kerana Allah, bersabarlah!

[AQ 74:7]

alhamdulillah..


*aduiii... study week, more like a facebooking week for me.. dush2. insaf! final is NEXT WEEK!!!!!!! @_@

Saturday, February 11, 2012

aku cinta kamu kerana Allah

bismillah....

tidak ada satu perkara pun y berlaku di dunia ini secara kebetulan. Allah tak bagi kita saje2 penat, Allah tak bagi kita saje2 sedih, Allah tak bagi kita saje2 jatuh cinta, Allah tak bagi kita saje2 je sakit, Allah tak bagi kita saje2 je lalai, Allah tak bagi kita saje2 je fail exam..

semua y berlaku tak pernah berlaku hanya kerana Allah saje2, suke2 je nak bg.(ape kau igt Allah xde keje.? -_-" astaghfirullah)...

setiap perkara y berlaku PASTI ada 'ibrah(pengajaran) disebaliknya. cuma kita ni sebagai manusia, tgk mcm mna cara kita menilai situasi tu.

khusnuzon(bersangka baik)lah dgn Allah. Allah takkan bagi kt kita something y kita tak boleh handle! Allah tau kita boleh handle the situation, sbb tu Dia bg.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al-Baqarah : 286)

see, Allah trust us but why didn't we trust in ourself? why didn't we trust in Him? :'(

astaghfirullah..

*masalah takkan selesai if mengharapkan org lain menyelesaikannya. Yes other people can help but the major help will ALWAYS be coming from urself*

aku cinta dan sayang kamu kerana Allah. T_T

alhamdulillah....

10 kekejaman..

bismillah...

Sufyan Atsauri berkata: Sepuluh macam kekejaman ialah

1) Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukminin.
2) Seorang yang pandai membaca Quran, tetapi setiap hari tidak membaca 100 ayat.
3) Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak solat 2 rakaat.
4) Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5) Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat jemmah.
6) Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7) Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masin tidak menanyakan nama kawannya itu.
8) Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9) Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10) Seorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

(Petikan daripada 'Engkau Memang Cantik' karya Burhan Sodiq)

alhamdulillah...

Aku, Lim dan Islam

bismillah...

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.".

..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang", ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu.

Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...".
"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?".
"Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?".
"Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?".
"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?".

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.".

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal.. Sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.".

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Allah, Allah, Allah..... @@

alhamdulillah...

Saturday, February 4, 2012

KETIKA BERSEDIH, INGATLAH..

bismillah...

Ketika ku bersedih…
Kepada siapa aku harus mengadu…
Ketika hatiku lara…
Kepada siapa aku menyalah…
Hanya ada Allah ta’ala disampingku, yang selalu memberiku kekuatan…
Memberi ku harapan akan terangnya dunia ini

Ketika aku bersedih…
Ingatlah tentang ini :

Kenapa Rasa Frustasi?
Al-Qur’an menjawab :
“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamu lah orang2 yang paling tinggi derajatnya jika kamu orang2 yang beriman” (Surat Al-Imran : 139)

Kenapa Aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?
Al-Quran menjawab :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat sangat baik bagi mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surat Al-Baqarah : 216)

Kenapa aku di uji?
Al-Quran menjawab :
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan :”Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya dia mengetahui orang2 yang benar dan dia mengetahui orang2 yg dusta” (Surat Al-Ankabut : 2-3)

Aku tak tahan!!
Al-Quran menjawab :
“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir” (Surat Yusuf : 12)

Kenapa Ujian Seberat ini?
Al-Qur’an menjawab :
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surat Al-Baqarah : 286)

Dan bagaimana aku harus menghadapinya?
Al-Qur’an menjawab :
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan shalat dan sesungguhnya shalat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk”(surat Al-Baqarah : 45)

Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab :
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal” (surat At-Taubah : 129)

Apa yang aku dapat dari semua ini?
Al-Quran menjawab :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (surat At-Taubah : 111)

Dan selalu ingatlah ini :
“… Allah SWT tidak menjanjikan langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar. Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, berkah disetiap cobaan dan jawaban disetiap doa…”


alhamdulillah... T_T

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^