bismillah..
ini pesan pada diri sendiri.
serius. sebelum saya bekerja, apa yang saya fikirkan adalah nak cari kerja, nak cari duit, nak isi masa cuti semester ni. yes, memang niat asal saya adalah nak utilise masa cuti ni untuk cari extra money. itu je..
tapi bila dah confirm dapat kerja dan dah nak mula kerja dan masa start kerja, saya setting niat balik... saat amanah ini tiba, niat sy benar2 ingin berbakti. sy kerja lillahi taala. sy nk berbakti sehabis mungkin, sebaik boleh. saya dah anggap macam saya benar2 bekerja tetap. saya tak kisah. benar2 saya letakkan lillahi taala.
semalam adalah hari pertama saya bekerja balik di Al-Amin. tahun lepas, Mac until May 2012, saya pernah bekerja di al-amin, juga sebagai cikgu ganti. dari pengalaman yang lepas, banyak yang cuba saya perbaiki. alhamdulillah. semalam saya sgt bahagia walau baru first day, saya dah kena ganti kelas tambahan cg lain sbb anak dia sakit. saya senyum sampai ke telinga. sbb saya betul2 letakkan niat utk mengajar kerana Allah. walau saya tak byk ilmu, tapi saya bahagia sebab saya dah cuba sehabis baik.
hari ni. masih. saya balik lambat kerana kelas tambahan yang dipegang oleh guru yang saya ganti. saya tak banyak tanya ini kelas under sekolah atau under guru ini sendiri. kerana apa? saya bahagia cukup utk mengajar anak2 murid ni... ya saya kerap terfikir, kalaulah saya jadi cikgu di al-amin ni je. seronok jugak. tapi perkataan kalau tu tak patut saya ungkapkan. kerana Allah dah letakkan saya di tempat y terbaik untuk saya. dan Allah telah tetapkan y masa cuti ini saya utilize untuk jadi guru ganti. oh yeahh. perancangan Allah sangat cantik. kerana Dia beri juga peluang utk saya mengajar walau bidang saya merawat. ^____^
dulu saya takut untuk mengajar. malah adik2 saya kata saya ni tak pandai mengajar. they prefer and i prefer kakak kami yang ajar mereka. serius. saya rasa tanggungjawab guru ni sangat berat. amanah mendidik anak2 mengenal ilmu di atas bahu guru. maka saya selalu terfikir hanya mereka y mulia dapat memikul amanah ini. kerana ternyata saya ni tak mulia, malah banyak kelemahannya.
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk mengajar. dan ternyata mengajar itu seronok malah kadang kala membahagiakan.
alhamdulillah 'ala kulli hal.. pesanan diri kepada diri. untuk sentiasa setting niat kembali. hanya keranaNya. lillahi taala..
^_____^