Tuesday, August 31, 2010

wasiat ayahanda

wasiat ayahanda sempena 10 terakhir ramadhan..


bismillah..


Anakanda sekalian, malam ini bermulalah pemburuan mencari malam Lailatul Qadr di sepuluh malam terakhir.


Jika selama 20 hari yang lalu, anakanda kurang beramal, ayuh ambil kesempatan yang ada dalam sisa sisa Ramadhan yang masih tinggal dengan memperbanyakkan amal ibadah kalian:

  • solat diawal waktu
  • berjemaah di surau/masjid bagi yang lelaki
  • tilawah setiap hari
  • memperbanyakkan sedekah
  • merapatkan hubungan silaturrahim
  • qiam dan solat terawih bersungguh-sungguh

moga diizinkan bertemu dengan Lailatul Qadr.. insyaAllah..


ayahanda berharap, semoga amalan-amalan mulia anakanda semua menjadi penyebab kepada ayahanda dan bonda yang sudah hampir dihujung usia ini mendapat keampunan dari Allah SWT.sesungguhnya hidup ini hanya sementara, akhirat jua yang kekal selamanya..


wassalam...



kiriman SMS dari ayahanda Hassan bin Unir. Taman Changkat Desa, Kuala Lumpur. 7.30 pm. 20 ramadhan 1431. 30/8/2010...

kepada anakanda-anakanda yang nakal2 belaka...

  • Siddiq Hafiz Hassan, Melaka
  • Najwana Hassan, Kuala Lumpur
  • Mus'ab Umair Hassan, Otago, New Zealand
  • Mundzir Hassan, Perlis
  • Muhsina Hassan, Pulau Pinang
  • Ahmad Faheem Hassan, Melaka
  • Farhana Hassan, Kuala Lumpur
  • Nurul Nuha Hassan, Kuala Lumpur


p/s: terima kasih tidak terhingga kepada ayahanda tercinta atas peringatan y diberi... ^_^

Thursday, August 26, 2010

perempuan dan syurga

~bismillah~

Sabda Rasulullah SAW,


"Apabila seseorang perempuan itu telah melakukan sembahyang lima
waktu, berpuasa bulan ramadhan, memelihara maruah(kehormatan) dan
mentaati suaminya, nescaya diserukan kepadanya, silalah masuk mengikut
mana-mana pintu yang kamu suka."

-Riwayat Imam At-Thabrani
menerusi Abdul Rahman bin Auf.

Hanya empat sahaja perkara yang wajib ditunaikan oleh wanita untuk masuk ke
syurga. Mungkin pada hakikatnya senang, tetapi bergantung pada keimanan
dan ketakwaan seorang wanita itu. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat
keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.
Amin.

~alhamdulillah~

Monday, August 23, 2010

Malaikat Kecil

~bismillah~

satu perkongsian...

Malaikat Kecil – Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata
“OK ayah, saya sudah bersedia”.Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya,
“Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab,
“Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya,
“Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi
“Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila
“malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkanTAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"


*air mata mengalir tiap kali membaca kisah ini..

~alhamdulillah~

free free je

~bismillah~

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2.
Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan RAMADHAN.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

~subhanallah~

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan

~bismillah~

Ramadhan dah masuk hari ke-10 malam ini. pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. Diawal Ramadhan lalu, sewaktu bercuti seminggu dirumah, aku berjaya menghabiskan satu juzuk satu hari walaupun sibuk dengan study untuk End Of Module Exam, ambil adik di sekolah, siapkan sahur dan sebagainya, tapi saat jejakkan kaki kembali di Penang seusai cuti seminggu itu habis, menghabiskan satu juzuk dalam masa dua hari pon amat payah.. hmm...

sepatutnya hari demi hari harus ada peningkatan, tapi ini dah sebaliknya. kecewa dengan diri sendiri. ku tahu alasan TIADA MASA itu alasan sampah, alasan nak sedapkan hati sendiri. sebab apa? Rasulullah s.a.w. pon ada 24 jam sehari, Salahuddin Al-Ayyubi pon ada 24 jam sehari, Hassan Al-Banna pon ada 24 jam sehari. ada sesiapa yang ada 25 jam sehari?? atau 8 hari seminggu?? siapa aku untuk mengatakan tiada masa? *sigh*

kecewa dengan diri sendiri. Allah dah bagi peluang untuk diriku agar dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi pada tahun ini untukku manfaatkan. Tapi apa yang ku lakukan? menjadikan alasan kelas, kelas dan kelas untuk merasa lelah dan penat untuk hadir bertemu denganNya di malam hari. menjadikan alasan penat otak, penat badan untuk tidak membaca ayat-ayat suciNya. sikit sekali ku berzikir, beristighfar kepadaNya. sedikit benar ku berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.... hmm... kecewa dengan diri sendiri.

masih berbaki 20 hari lagi untukku tingkatkan amal ibadahku kembali sebelum Ramadhan meninggalkanku. itupon andai Allah Taala masih memberi kesempatan waktu untukku sebelum nyawaku diambil. hmm.. mati itu pasti. dan sesungguhnya kematian itu saat dekat denganku. hanya aku yg tak tahu bila ia akan datang.

khiamat itu juga pasti. cuma waktunya shj y aku tak ketahui. kalau dizaman Rasulullah s.a.w. jaraknya antara jari telunjuk dan jari tgh. agak2nya diakhir zaman ini berapakah jaraknya? wallahu'alam. tanda-tanda kecil macam semua je telah berlaku, tanda-tanda besar pulak makin banyak yang berlaku. Allahuakhbar.

"Ya Allah, selamatkan daku dan insan disekelilingku dari murkaMu, selamatkan kami dari siksaMu, selamatkan kami dari azab api nerakaMu, rahmati kami didunia dan diakhirat, permudahkan urusan kami di dunia dan di akhirat, moga Ramadhan kali ini menjadi batu loncatan untuk kami lebih dekat denganMu, moga Ramadhan kali ini amal ibadah kami lebih baik berbanding Ramadhan sebelum ini, perkenankan doaku ini Ya Rabbal Alamin.. amin"

~alhamdulillah~

Tuesday, August 17, 2010

Berus Gigi Adakah Sama Dengan Siwak?


~bismillah~

Soalan


Adakah penggunaan berus gigi pada zaman sekarang menyamai fadhilat menggunakan siwak?Harap penjelasan daripada ustaz.

Jawapan (Ustaz Nazrul Nasir)

Terima kasih kepada yang bertanya.Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتكم بالسواك عند كل الصلاة

Maksudnya:
Kalaulah tidak menjadi keberatan kepada ummatku, maka aku akan mewajibkan bagi mereka bersiwak setiap kali ingin menunaikan solat.

(hadis riwayat Bukhari no.847, Muslim no.252, Abu Daud 1/11, al-Baihaqi 1/35)

Berdasarkan hadis ini, penggunaan siwak adalah merupakan perkara sunnah. Ini kerana syarak sangat-sangat menekankan perkara ini. Siwak merupakan perkara yang dituntut di dalam semua keadaan. Lima keadaan yang sangat-sangat dituntut kepada seorang Muslim untuk bersiwak ialah :

1. Ketika ingin menunaikan solat

2. Ketika sedang berwudhuk

3. Ketika gigi berubah menjadi kekuningan

4. Ketika ingin membaca al-Quran (sebagai adab yang dituntut)

5. Ketika berubah bau mulut disebabkan bangun daripada tidur ,meninggalkan makan, terlalu lama berdiam diri,atau memakan sesuatu yang mengubah bau mulut seperti petai, jering, bawang dan lain-lain yang berbau.

Waktu yang makruh untuk seseorang berpuasa (samaada sunat atau wajib) untuk bersiwak menurut Mazhab al-Imam Syafie ialah selepas tergelincir matahari. Tetapi menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, tidaklah menjadi makruh kepada seseorang yang berpuasa untuk bersiwak walaupun setelah matahari tergelincir.

Saya masih belum menjawab persoalan yang ditanyakan. Baiklah sebelum itu sama-sama kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan siwak.

SIWAK DAN MAKSUDNYA

Siwak menurut istilah syarak ialah
penggunaan kayu siwak atau yang seumpama (seperti berus gigi pada zaman sekarang)dengannya bagi membersihkan gigi dan apa-apa yang berada disekitarnya seperti lidah dan gusi bagi menghilangkan kesan , bau makanan dan sebagainya yang mengubah bau mulut.

Jika kita perhatikan dengan baik maksud siwak menurut syarak, maka secara langsungnya berus gigi yang digunakan pada zaman sekarang juga termasuk di dalam penggunaan siwak.
Hatta para ulama Islam membahaskan adakah boleh seseorang tersebut menggunakan hujung kain yang kesat bagi bersiwak. Para ulama mazhab Syafie menyebutkan bahawa perkara ini juga boleh dianggap bersiwak.

BERSIWAK MENGGUNAKAN JARI

Menggunakan jari sendiri untuk bersiwak tidak dianggap sebagai siwak menurut syarak.Menurut al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang terputus(dengan syarat jari tersebut kesat) untuk bersiwak adalah dikira bersiwak menurut syarak. Tetapi menurut al-Imam Ramli rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang tidak terputus juga boleh dianggap bersiwak(dengan syarat jari tersebut kesat).

KESIMPULAN

Jelaslah bagi kita segala perkara yang kesat maka ianya boleh digunakan untuk bersiwak. Sebaiknya kita mengambil cara baginda sallallahu alaihi wasallam bersiwak iaitu dengan menggunakan kayu uud yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Tetapi penggunaan berus gigi pada zaman sekarang juga fadhilatnya sama.

Perlu diambil perhatian,
siwak memerlukan niat ketika kita menggunakannya. Jika kita tidak berniat untuk mengikut sunnah maka perkara tersebut tidak akan beroleh fadhilat dan pahala.Menurut al-Imam Syamsuddin al-Ramli rahimahullah, jika siwak dilakukan bersama perkara ibadah yang lain seperti ketika berwudhuk dan ingin mendirikan solat, maka tidak lagi perlu berniat ketika itu.

Wallahu a’lam

dipetik dari jomfaham.blogspot
~alhamdulillah~

Saturday, August 14, 2010

Tolong Sampaikan Sedekahku Ini Kepada Para Pelacur

~bismillah~

Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “
Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami,moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “
Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?

Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.


Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.

wallahualam.. petikan dari... nazrulnasir.blogspot

~alhamdulillah~

Thursday, August 12, 2010

khutbah Rasulullah

bismillah...

khutbah Rasulullah SAW menjelang bulan Ramadan. Diriwayatkan oleh Imam Ali R.A.

"Wahai manusia, sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat, dan maghfirah, bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama, malam-malam di bulan Ramadan adalah malam-malam yang paling utama, jam demi jamnya adalah jam yang paling utama.

"Inilah bulan yang ketika engkau diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Pada bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah, Rab-mu dengan hati yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan ibadah dan membaca kitab-Nya. Sungguh
celakalah orang yang tidak mendapatkan ampunan Allah pada bulan yang agung ini.
"Kenanglah rasa lapar dan hausmu sebagaimana kelaparan dan kehausan pada hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakan orang tuamu.

sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jaga lidahmu. Tahan pandangan dari apa yang tidak halal kamu memandangnya. Dan tahan pula pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.

"Kasihilah anak-anak yatim, niscaya anak-anak yatimmu akan dikasihani manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa di waktu salatmu karena saat itulah saat yang paling utama ketika Allah Azza Wajalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menjawab ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan doa-doa ketika mereka bermunajat kepada-Nya.

"Wahai manusia! Sesungguhnya diri kalian tergadai karena amal-amal kalian, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban dosamu, maka ringankanlah dengan
memperpanjangkan sujudmu. Ketahuilah, Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang bersujud, tidak mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul'alamin.

"Wahai manusia! Barang siapa di antaramu
memberi makan untuk berbuka kepada kaum mukmin yang melaksanakan puasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. Para sahabat bertanya, 'Kami semua tidak akan mampu berbuat demikian.' Lalu Rasulullah melanjutkan khutbahnya. Jagalah diri kalian dari api neraka walau hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walau hanya dengan setitik air.

"Wahai manusia! Barang siapa yang memperelokkankan akhlaknya di bulan ini, dia akan berjaya melewati sirathol mustaqim, pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya dan membantunya di bulan ini, maka Allah akan meringankan pemeriksaannya di hari kiamat.

"Barang siapa yang
menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari dia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya di hari berjumpa dengan-Nya, dan barang siapa yang menyambungkan tali silaturahim di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari dia berjumpa dengan-Nya. Dan barang siapa yang memutuskan silaturahim di bulan ini, Allah akan memutuskan dia dari rahmat-Nya.

"Siapa yang melakukan
solat sunat di bulan Ramadan, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barang siapa yang melakukan solat fardu, baginya ganjaran seperti 70 salat fardu di bulan yang lain.

"Barang siapa yang
memperbanyak salawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barang siapa yang pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama dengan mengkhatamkan Al-Quran di bulan-bulan yang lain.

"Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonkanlah kepada Rab-mu agar tidak akan pernah dibukakan bagimu. S
etan-setan terbelenggu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar mereka tidak pernah lagi menguasaimu.

"Lalu Amirulmukminin Ali bin Abi Thalib berdiri dan berkata: 'Ya Rasulullah, amal apa yang paling utama di bulan ini?.' Rasul yang mulia menjawab, 'Ya Abul Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah SWT."

subhanallah..

Sunday, August 8, 2010

muhasabah cinta

click sini utk lagunya ^_^

by: edcoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

~wassalam~

Thursday, August 5, 2010

astaghfirullah T-T

Bismillah...

Dalam sebuah riwayat hadith... dikisahkan...

..ketika itu Nabi Muhammad SAW sdg duduk bersama para sahabat diantaranya Saidina Umar, Osman, Ali, Abu Bakar dan lainnya... lalu kemudian baginda bertanya pada para sahabat..

"wahai sahabatku, tahukah kalian, siapakah hamba Allah yg mulia di sisi Nya..."

para sahabat terdiam.. lalu kemudian salah seorang sahabat mengatakan...
"para malaikat ya Rasulullah.. merekalah yg mulia.."

Baginda berkata, "ya para malaikat itu mulia... kerna mereka dekat dgn Allah... mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah...sudah tentu malaikat mulia, tapi... bukan itu yg ku maksudkan.."

lalu kemudian para sahabat kembali terdiam...
tiba2 seorang sahabat pula berkata... '" tentulah para Nabi itu mulia ya Rasulullah..."

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, "ya, para Nabi itu mulia... mereka adalah utusan dari Allah.. sudah tentu mereka mulia... tapi ada lagi yg lainnya.."

para sahabat terdiam lagi.... lalu bertanya, "siapa lagi yg mulia???"
lalu seorang lagi sahabat bertanya, "apakah kami sahabatmu ya Rasulullah yg mulia itu..?"

Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dgn penuh kasih syg... baginda tersenyum melihat mereka.. lalu berkata, "tentulah kalian mulia.. kalian dekat dgnku malah kalain membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia.. tentulah kalian mulia... tapi.. ada lagi lain yg mulia..."

para sahabat terdiam semuanya... mereka xmampu berkata apa2 lagi..

lalu.. bayangkan, tiba2 Baginda Nabi Muhammad SAW merundukkan wajahnya,
bayangkan tiba2 Nabi Muhammad SAW menangis dihadapan para sahabatnya..

penuh sayu para sahabat pun tertanya, "kenapa kau menangis ya Rasulullah.."

lalu bayangkan Baginda mengangkat wajahnya kelihatan air mata yg berlinangan membasahi pipi dan janggut Baginda dan berkata...

"wahai saudaraku sahabatku, tahukah kalian siapa yg mulia itu?"

"mereka adalah manusia2 yg akan lahir lama selepas wafatku nanti..."

"mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka xpernah memandangku.. mereka xpernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian.."

"tetapi mereka begitu rindu kepadaku..."

dengan penuh kasih syg Baginda berkata...
"dan.. saksikanlah wahai sahabtku semua... AKU PUN RINDU KEPADA MEREKA...."

"dan mereka, mereka yg mulia itu......."

"merekalah........ UMATKU............"

bayangkan pada saat itu Baginda menitiskan air matanya semua sahabat menangis..

** Disini tolong nyatakan siapa yg dirindui Baginda, siapa yg selalu di doakan oleh Baginda setiap waktu???

Demi ALLAH, sekarang tolong tanya pada diri kita semua, pejamkan mata dan tanya pada hatimu teman2ku.. SUDAHKAH KAU SUDAH MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW..??

RENUNG KEMBALI SIAPA YG KAMU SYG SEBELUM INI...... DUNIAMU??? ATAU KEKASIHMU????

ADAKAH KITA SUDAH LUPA PADA PENGORBANAN BAGINDA..??? ADAKAH KITA LALAI TERHADAP BAGINDA....?? KITA MELEBIHKAN DUNIA DAN KEKASIH KITA BERBANDING BAGINDA... SUBHANALLAH...

TANYA PADA DIRI KALIAN SEMULA... SUDAH BERAPA LAMA KITA LALAI HIDUP DI DUNIA INI..:'(

JIKA KITA UMATNYA TOLONG TANYA PADA DIRI SENDIRI... SUDAHKAH KITA MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW..?? SUDAHKAH ADA AIR MATA YG BERLINANG KERANA RINDU KITA KEPADA BAGINDA..??

Maka mulai saat ini, waktu ini.. kita hadirkan rasa CINTA kepada NABI MUHAMMAD SAW... semoga kelak di hari akhirat kita akan mendapat SYAFAAT Baginda....

Allahumma Solli Ala Muhammad....

Wassalam.....

Wednesday, August 4, 2010

damba kasih

click sini untuk lagunya ^_^

munsyid: inteam

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Monday, August 2, 2010

Menjadi Diriku

click sini utk lagunya ^_^

by: edcoustic

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^