Tuesday, August 31, 2010

wasiat ayahanda

wasiat ayahanda sempena 10 terakhir ramadhan..


bismillah..


Anakanda sekalian, malam ini bermulalah pemburuan mencari malam Lailatul Qadr di sepuluh malam terakhir.


Jika selama 20 hari yang lalu, anakanda kurang beramal, ayuh ambil kesempatan yang ada dalam sisa sisa Ramadhan yang masih tinggal dengan memperbanyakkan amal ibadah kalian:

  • solat diawal waktu
  • berjemaah di surau/masjid bagi yang lelaki
  • tilawah setiap hari
  • memperbanyakkan sedekah
  • merapatkan hubungan silaturrahim
  • qiam dan solat terawih bersungguh-sungguh

moga diizinkan bertemu dengan Lailatul Qadr.. insyaAllah..


ayahanda berharap, semoga amalan-amalan mulia anakanda semua menjadi penyebab kepada ayahanda dan bonda yang sudah hampir dihujung usia ini mendapat keampunan dari Allah SWT.sesungguhnya hidup ini hanya sementara, akhirat jua yang kekal selamanya..


wassalam...



kiriman SMS dari ayahanda Hassan bin Unir. Taman Changkat Desa, Kuala Lumpur. 7.30 pm. 20 ramadhan 1431. 30/8/2010...

kepada anakanda-anakanda yang nakal2 belaka...

  • Siddiq Hafiz Hassan, Melaka
  • Najwana Hassan, Kuala Lumpur
  • Mus'ab Umair Hassan, Otago, New Zealand
  • Mundzir Hassan, Perlis
  • Muhsina Hassan, Pulau Pinang
  • Ahmad Faheem Hassan, Melaka
  • Farhana Hassan, Kuala Lumpur
  • Nurul Nuha Hassan, Kuala Lumpur


p/s: terima kasih tidak terhingga kepada ayahanda tercinta atas peringatan y diberi... ^_^

2 comments:

syahirahlahmi said...

salam..ina..nanti ina nak post artikel ina besarkan ckit font nya.. berpinar nak baca..anyway..jzkk atas artikel yg menarik nih..suka singgah utk membaca..tapi disebabkan skrg x bleh nk bce tulisan kecik2 dan rapat2..take time nak bce..bleh kan ina besarkan font nye..=))
terima ksih ina..=))

muhsina hassan said...

salam.. hohoho... thanks syira for the feedback.. ina xtaw lak y tu.. hoho.. ok insyaAllah next post ina perbesarkan font.. sorry for all the inconvenience... hee~ ^_^

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^