Thursday, September 30, 2010

jam pasir



Bismillah...

pejam celik pejam celik, dah minggu ke-16 sem 3. uhui final exam tiga minggu lagi. kejap je dah nk habis sem 3. lps tu sem 4.fuh. kadang2 terfikir gk, biar betik dah 2nd year?? sedar2 nnt 3rd year, 4th year, 5th year, pastu dah habis?? fuh. bunyi dia macam kacang goreng. mcm senang je kan? tapi faktanya?? hahaha. tanya la dak2 medic y bertebaran melata di bumi Allah ni. bak kata UNIC (kini UNIQUE).. di hati ini hanya Tuhan y tahu, lalala~

kan syok hidup ni ibarat jam pasir, bila dah habis satu putaran, boleh dipusing2 balik. haha. tapi hakikatnya hidup ni bukan macam tu. org selalu kata hidup cuma sekali... tapi mereka lupa, mati itu juga sekali, akhirat itu juga sekali, syurga dan neraka itu juga hanya sekali.

sekarang ni, dah mcm2 fesyen so-call 'muslimah' dah ada kt pasaran, tudung bonggol unta lah, tudung rahib kristian lah, tudung jambul terkeluarlah, baju buah nangka lah, baju kertas turas lah, mcm2 ada. haha. ntah tang mana muslimah pon xtau la.

fenomena skg jugak,
  1. profession: guru/doktor/pengurus/kerani/pelajar/etc.
  2. agama: islam/yahudi/buddha/kristian/etc.
  3. etc. etc. etc.
islam itu hanya agama kah? islam itu hanya pada ic kah? pilih penyataan berikut:
  1. saya seorang pelajar beragama Islam
  2. saya seorang Muslim y sedang belajar
mana satu kita sekarang? astaghfirulllah..


p/s: sekadar coretan dan buah fikiran di malam hari... wallahua'lam..

Alhamdulillah~

Monday, September 20, 2010

sakit itu kifarah dosa

bismillah...

sudah hampir dua minggu, selesema dan batuk tak hilang2 jugak. kadang2 smpai susah nk tidur sbb batuk. bukan degil or takut nk pergi jumpa doktor, tapi setiap kali pergi mesti dapat jawapan y sama, ubat y sama, sedangkan kt dlm bilik ni pon dah macam farmasi, mcm2 jenis ubat ada.

Tgh hari tadi, satu lagi ujian datang mengetuk pintu kesabaran. sakitnya bukan kepalang. tq so much kt kawan2 y selalu membantu saat sakit tu datang menjengah. kali kedua ke klinik sbb sakit itu, kali ni best punya, scan pon kena, cucuk pon kena, duit pon mcm air mengalir. tapi alhamdulillah, bila scan doc kata everything okay, cuma mungkin puncanya kt tmpt lain, xpe aku terima. at least alhmdulillah, uterus aku sihat wal afiat.

yang selalu aku dengar, sakit itu kifarah dosa. apa itu kifarah?


'Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.'
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).
Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihahno. 1821).
Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).


aku selalu menjadikan ayat ni sebagai pegangan.. "Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya..." ayat 286 surah al Baqarah. tapi saat sakit itu datang, habis semua hilang, habis semua lari lintang pukang. bila Allah dah kembalikan nikmat kesihatan, baru boleh fikir dgn waras blk. astaghfirullah...

sabar, sabar, sabar.. hikmah sabar itu terlalu banyak. cuma aku je y smpai sekarang masih belum dapat menanam sifat sabar tu dlm diri. sepenuhnya. astaghfirullah.

'Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Untuk membolehkan hambaNya mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.'
"......Hanya orang-orang y bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas" (az Zumar :10)

"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." [Ali Imran: 200]
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."[al-Baqarah: 153]


*la tahzan! innallahama'ana...

alhamdulillah....

Saturday, September 11, 2010

coretan di hari raya

~bismillah~

wah.. sibuk sgtkah aku di hari raya smpai xmenyempat2 nk update blog?? huhu actually demam datang menyerang... dua hari sebelum raya, aku dah start rasa xsedap badan, pening2 skit, panas2 badan skit.. malam 30 ramadhan tuhh confirm!! sah!! muktamad!! DEMAM~~ haha (ape kes tetibe gelak ni? -_-')

kt kg mmg kerja tidurrr je.. siap dibungkus 2 selimut tebal.. first time raya tahun ni xbuat kerja di dapur sgt.. tok kata 'kesian cucu tok y rajin ni.. demam la pulak' (ai senangnya dalam hati dapat kena puji.. ;P)ok itu semua kisah sehari sebelum raya..

hari raya... demam dah beransur hilang, tp still panas badan, pening2 n selesama.. y selesama tu mmg xnk tinggai la.. smpai la ni tak ilang2.. alhamdulillah.. byk foreign bodies keluar bersama sputum2 ku itu.. dari starting colour whitish, hingga kepada greenish yellow hingga saat ini kembali whitish.. infection dah ilang la tu.. ubat xyah ckp.. mmg xmakan pon.. ngehngehngeh.. ni kalau org lain sakit pandai soh p makan ubat.. sendiri sakit malas nk makan.. ;P

hari raya ke-2.. kami sekeluarga bertolak ke ketereh, kelantan.. pasai pa?? abg chek nk kawin.. jauh!! 6 jam perjalanan nk g sna dr yan.. kalau highway xpe la gk.. dush2!! raya ke 3.. abg chek bernikah la ngan org kelantan.. byk!! terlalu banyak cerita2 dari pihak kami.. mls chek nk comment.. bak kata ayah chek.. 'biarlah, xyah nk besar2kan, kurangkan spekulasi, tenaaang hati' hehe ;))

tang nk blk mai sni toksah dok habaq.... 12 jam perjalanan!!! pasai pa?? tersangkut kt traffic jam sampai 3 jam.. aishh.. tobat xmo mai kelantan lagi.. bertolak dr ketereh tu pukoi 4 ptg.. smpai yan,pukai 4 PAGI!! haish, dush2 skali lg!!

chek la ni kt kg lagi.. malaih chek nk blk kl.. satgi khamis nk blk penang blk.. buat habis tenaga, duit, n masa ja patah2 blk.. maaf la ye, chek dok kedah lagi ni.. tu y keluaq abeh semua utara2 nih.. ;P

KEPADA SEMUA INSAN YANG MENGENALI DIRI INI AMPUN DAN MAAF DIPINTA, SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI, MOGA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA ALLAH TAALA DAN MOGA KITA TETAP ISTIQAMAH DALAM MELAKUKAN AMAL IBADAH YANG TELAH KITA SEMAI DI DALAM DIRI DALAM MADRASAH RAMADHAN SEBULAN Y LALU.. TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM TAQABBAL YA KARIM.. INSYAALLAH..


oh ye.. sebelum terlupa... tahniah kepada kakandaku tersayang, SIDDIQ HAFIZ BIN HASSAN dan kakanda baruku, HUSNA BIN A.HAMID.. atas pernikahan kalian berdua.. barakallahula kuma wa barakah 'alai kuma wa jamaa' baina kuma fi khair.. ^_^
(sebak dan pilu menyelubungi diri ini saat ijab kabul dilafazkan oleh abg.. abgku bukan lagi abgku y dulu.. sudah ada tanggungjawab y perlu dipikulnya.. pasti dia bukan lagi milik kami sekeluarga shj.. semoga menjadi suami y soleh, abg.. T_T)


~wassalam~

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^