Sunday, November 18, 2012

kisah cinta teristimewa

 

HANZALAH BIN AMIR ♥ JAMILAH BINTI UBAY

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. 

Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw.

“Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. 

Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. 

Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”

“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”

“Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. 

“Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. 

Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. 

Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

---------------------------------------------------------------------
Wahai wanita bergelar muslimah. Usahlah asyik dengan mainan rasa hati, "wahai bakal imamku, wahai bakal suamiku". Persiapkanlah diri kalian semampunya kerana dirimu mampu melahirkan tentera-tentera Islam untuk ummah.

Fikir dan bertindak, biar tembus untuk 20 tahun akan datang.


_copied n pasted_

alhamdulillah 'ala kulli hal.

 



Thursday, November 1, 2012

hak Allah

bismillah...

pernah tak bila kita nak sangat2 sesuatu tu sampai rasa boleh menangis kalau tak dapat? contohnya bila kita mengidam sangat2 cotton candy. punya mengidam ni. cari merata kedai mamak, mini market, mall, pasar malam. tapi satu habuk pon tak jumpa. apa perasaan saat ketika detik itu? mesti frust menonggeng terguling2 kan?

bila difikirkan balik. untuk kita dapat atau tak something y kita nak sangat tu, sebenarnya siapa punya autority/kuasa mutlak untuk menentukan kita dapat atau tak benda tu?

yup. the answer would be Allah. itu hak Allah.
hanya Allah yang berhak menentukan dan memberikan apa y layak kita dapat. 

simply said.. walau kita menangis air mata darah sekali pun tapi kalau Allah dah menetapkan y benda tu bukan untuk kita, it will NEVER be ours. pehe dok? dok pehe agi? 

first point to support.

hadith ke-19 hadith 40(Arbain) Imam Nabawi.

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas r.a, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi S.A.W, maka beliau bersabda :
Wahai anak, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah[1], niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu[2]. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering[3] .

(Riwayat Tirmizi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).

related to the things i have said earlier, dalam hadis ni ada menyebut, kalau sebagai contoh satu negara nak bagi benda baik kat kita (nak kita jadi peam ke kan) tapi kalau Allah dah tetapkan y kita xkan jadi peam, maka CONFIRM sampai akhirat pon kita tak akan jadi. dan kalau contohnya satu negara ni nak buat jahat kat kita (contoh la nak rejam sampai mati ke kan) tapi kalau Allah dah tetapkan yang takkan berlaku benda jahat tu kat kita, maka takkan berlaku jugak benda tu walau usaha untuk merealisasikan perkara tu setinggi langit. 


back to basic, y mana bila kata basic je kita bajet dah pro (ala asas jer kan?) sedangkan tanpa basic boleh ke jadi pro? tanpa premedical/asasi boleh ambil medic? tanpa batu bata boleh buat rumah? tanpa benang boleh buat baju?


asasnya disini. back to basic ialah back to Allah.! tanpa 
Allah kita ada? kau ada? aku ada? 
kembali pada-Nya. harus ingat. (bukan harus dah, WAJIB ingat.) segala sesuatu di langit dan bumi milik Allah, maka WAJIB untuk kita percaya, segala baik buruk sesuatu yang berlaku, asalnya datang dari Allah.  bila terjadi sesuatu tu, redha dan tawakal kerana Dia adalah Perancang TORRRBAIK.

yes, doa itu penting. TERSANGAT penting. doa senjata orang mukmin. kenapa? kerana Dia Maha Mendengar. He listen to every single tiny little hope that we pray to Him. every doa yang kita pohon, Allah dengar. YAKIN. Dia Maha Mendengar. 


TETAPI. 

WAJIB ingat. cepat atau lambat makbulnya doa itu. bergantung kepada perancanganNya. kita rancang, doa, harap, y plan A jadi. tapi tgk2 plan A, plan B tak jadi, y jadi plan Z. why? sebab Allah juga merancang dan pastinya rancanganNya y terbaik. kerana itu, hak untuk menentukan kita dapat atau tak sesuatu benda itu adalah hak Allah. bukan hak kita. :)


second point to support.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Al-Baqarah: 286


 ayat ini kita boleh faham maksudnya kan? Allah tak akan beri kita sesuatu ujian, dugaan, cabaran, nikmat, ganjaran, rezeki MELAINKAN sesuai dgn kesanggupan kita.


bila kata sesuai dengan kesanggupanya adakah maksudnya kita boleh ckp "argh, aku tak sanggup, jgn beri aku ujian ini" atau "aku sanggup, aku sanggup, berilah aku ujian besar mana pon aku sanggup" 


NO, NO, NO.. 


di sini, Allah dah terangkan dengan cukup jelas, Allah akan bagi sesuatu tu setimpal dengan kekuatan, kemampuan kita untuk menanggung, menghadapi ujian/nikmat tu. kitakah y menentukan sanggup atau tidak, mampu atau tidak kita tanggung?


nope! 


again, itu hak Allah. Allah y menciptakan kita, maka pelikkah bila Dia boleh tahu kita mampu atau tak mampu nak handle sesuatu tu? tak pelik kan? Dia Maha Mengetahui, Dia tahu segalanya. maka tak peliklah bila Dia boleh bagi sesuatu y 'we thought' beyond our ability. 


sekarang terpulang pada kita nk percaya pada kemampuan diri sendiri atau tidak. sebab apa? Allah trust us, He know we can handle that. takkan kita tak trust our self? takkan kita tak percaya pada diri sendiri? 

wallahualam. everything come from Allah, for Allah, back to Allah.


alhamdulillah.

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^