HANZALAH
BIN AMIR ♥ JAMILAH BINTI UBAY
Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud.
Hanzalah
bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja
perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan
tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk
berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah
saw.
“Tetapi
saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw
berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya
Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah
selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga.
Pada malam Jumaat yang
hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay
dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang
hingga ke pagi.
Kota Madinah tiba-tiba
dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan
para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”.

“Bukankah malam ini malam
perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal
isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi
alasan bagi merebut syurga Allah”.
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat.

Sedang Nabi Muhammad yang
tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan
sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat
memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas
perak”.
Abu Said Saidi, antara
tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah
Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas
dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun
beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air
mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.
---------------------------------------------------------------------
Wahai wanita bergelar
muslimah. Usahlah asyik dengan mainan rasa hati, "wahai bakal imamku,
wahai bakal suamiku". Persiapkanlah diri kalian semampunya kerana dirimu
mampu melahirkan tentera-tentera Islam untuk ummah.
Fikir dan bertindak, biar tembus untuk 20 tahun akan datang.
Fikir dan bertindak, biar tembus untuk 20 tahun akan datang.
_copied n pasted_
alhamdulillah 'ala kulli
hal.
No comments:
Post a Comment