Friday, June 14, 2013

insan teristimewa

bismillahirrahmanirrahim...

wahai Tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
terima kasih y tidak terhingga ku ucapkan padaMu.
kerana menghadirkan seorang insan y begitu istimewa buatku.

dia sentiasa ada disisiku.
walau dekat atau jauh. dia sentiasa ada dalam hatiku.
saatku berduka. dia sentiasa ada. memberi sepenuh sokongan.
saatku gembira. dia tersenyum mesra. melambai penuh kebanggaan.

hadirnya mengundang kedamaian.
senyumnya mengundang ketenangan.
usikannya menguntum senyuman.

ya Allah.
Kau dakapilah dia dengan sepenuh kasih sayangMu.
Kau peliharalah dia dengan sepenuh kekuasaanMu.
Kau lindungilah dia dengan sepenuh kekuatanMu.

dia terlalu istimewa utkku ya Allah.
jangan biarkan kesedihan melanda dirinya.
jangan biarkan kepayahan menimpa dia.
Kau bantulah dia, Kau kuatkanlah dia dgn kekuatanMu ya Allah.

ku merayu ya Allah.
Kau ampunkan semua dosa-dosanya dan Kau peliharalah dia dari azab nerakaMu
jangan Kau biarkan walau sedikit bara api neraka itu menyentuhnya.
lindungilah dia dari siksaMu ya Allah.

ya Allah.
Kau masukkanlah dia kedalam syurgaMu, yang penuh kenikmatan itu.
dia begitu layak mendapat kurniaMu, dia begitu layak mendapat syurgaMu.
kerana terlalu banyak jasa yang telah dia curahkan.
kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah dia taburkan.

ya Allah.
ku bersyukur tidak terhingga atas nikmat kehidupan y Kau berikan padaku.
walau penuh dugaan dan cabaran.
Engkau telah menghadiahkan insan teristimewa utkku.
tidak dapat aku bayangkan dia tiada disisiku.
mungkin akan ku tangisi sampai tiada lagi deru air y mampu mengalir.

ya Allah.
pintaku..
jangan Engkau ambil dia sebelum aku ya Allah.
biarlah aku dahulu y menemuiMu. kerna..
tidak mampu aku menghadapi saat Kau mengambilnya dulu ya Allah. tidak ya Allah.

ya Allah.
Kau tuntunnya kejalanMu, dan pimpinlah kami sekeluarga kearahMu ya Allah..
Kau makbulkanlah permintaan hambaMu yang hina ini.
Kau perkenankanlah doa insan penuh dosa ini.
amin ya Rabbal Alamin..

beribu2 kesyukuran ku panjatkan padaMu atas kurniaan seorang insan bergelar AYAH.

to my most beloved person in the whole world. ayah... Hassan bin Unir.

alhamdulillah 'ala kulli hal....

No comments:

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^