Wednesday, August 14, 2013

Mesir berdarah.

Bismillah...

Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar. tahukah anda wahai sahabat2 sekalian apa y sedang berlaku di Mesir sekarang ini? SEKARANG? di medan Raba'ah dimana ratusan ribu penyokong Dr.Mursi telah berkumpul selama lebih sebulan sbg tnda sokongan kpd Dr. Mursi ysng telah digulingkan secara haram oleh tentera diketuai as-sisi. 

selama lebih sebulan ini ratusan telah syahid, ribuan telah tercedera. kanak2, wanita, org tua, tiada y terkecuali.

tentera, askar, pasukan keselamatan dan pihak2 y sepatutnya melindungi rakyat. mereka ini yang membunuh, melepaskan tembakan rambang, dan mencederakan rakyat mereka sendiri.

SEKARANG. NOW. within these few hours. ratusan lagi telah syahid, terkini adalah 2200 orang, ya DUA RIBU DUA RATUS ORANG.. ribuan telah tercedera, lebih dari 10 ribu orang.. mereka dikepung dari segenap penjuru, hospital lapangan telah dibakar, penembak tepat melepaskan tembakan rambang, gas pemedih mata dilemparkan, tembakan2 dilepaskan daripada helikopter, seorang ibu y sedang menyusukan anaknya digilis jentolak tentera, pengangkutan awam ditutup, ambulans dilarang memasuki kawasan medan, bekalan eletrik diputuskan, siaran tv dimatikan dan pembunuhan besar2an terus berlangsung...

dan banyak lagi y berlaku y tidak smpai beritanya kepada kita...

ya kita jauh beribu batu. bantuan fizikal tidak dpt diluhurkan. tetapi senjata terbesar, terhebat ada pada kita... DOA.

berdoalah. agar dihapuskan kezaliman, dihentikan segala kekejaman. berdoalah. berdoalah. agar y haq itu menang dan y batil itu hancur. berdoalah.

bukankah kita bersaudara? bisakah kita berdiam sahaja bila saudara kita sedang menghadapi keadaan getir di sana? Allahu Allahu Allahu.

masih mampukah kita berbicara 'syukur Malaysia masih aman' saat ini??? Allahuakhbar. la hawla wala quwwata illa billah.


ini bukan cubaan. ini betul-betul. bangunlah dari lena. umat benar telah tenat. kita telah tenat. terleka dengan dunia. Allahu Allahu. 

ampunkan dosa2 kami. dosa2 keterlekaan kami. dosa2 maksiat kami. Allahu Allah. 

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

*petikan dari blog ustaz Zaharuddin. 

usaha kita untuk membantu saudara2 kita.. pilihlah:

 1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan jihad, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
      2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat yang sedang menderita. 
      3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin2 Mesir dan sekutunya-sekutu mereka.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a-    Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b-    Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c-     Khatib bacalah doa di hujung khutbah Jumaat.
d-    Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
      4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
      5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
      6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman mereka.
      7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
      8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan2 Yahudi dan Amerika. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. 


wallahualam.. sekadar cebisan zarah ini mampu ku lakukan.. Allahu Allah. ihzimhum, ihzimhumm ihzimhum. wansurna alaihim ya Allah. :'(

Alhamdulillah..

Tuesday, August 13, 2013

23.

bismillah..

semoga Allah sentiasa merahmati kita semua... dalam setiap langkah, dalam setiap nafas.... hari ini telah sampai ke penghujungnya.. tetapi masa dan kehidupan kita akan terus berjalan.. kita tidak akan sesekali menjadi lebih muda dan kita tidak akan sesekali dapat hidup lebih lama/panjang dari apa y telah ditetapkan..

"bekerjalah seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi,
dan beribadahlah seolah2 kita akan mati esok."

"orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati." kerana ia mengingatkan kita y hidup ini bukan utk suka2, ia juga bukan selamanya. kita hidup utk mati. dan kita wajib mati utk hidup y kekal selamanya kelak.

hari yang berlalu menunjukkan kita makin berusia. TETAPI ia juga menunjukkan betapa umur kita makin pendek. dan saat kematian kita semakin dekat.

jangan ditakuti kematian, kerana ia tetap akan berlaku. tetapi takutlah apa y bakal kita hadapi sesudah itu. kerana ia ditentukan oleh apa yang kita lakukan sekarang.

"dunia adalah ladang akhirat" apa yang kita usahakan didunia, kelak kita akan tuainya di akhirat. buruk bekalan kita di dunia, buruklah hasilnya kelak di sana. wallahualam..

diri terlalu banyak dosa, salah dan silap. ampun dan maaf dipinta atas segala khilaf diri.. doakan kita semua dipertemukan di Syurga kelak. amin ya rabbal alamin.

"selamat hari raya.. Eid mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu 'am wa antum bikhair."

alhamdulillah...




*im 23 years old. officially. siapa y ckp aku budak sekolah lagi lepas ni siaplah ye...

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^