bismillah..
aku cuba untuk menerima keadaan seadanya.
tapi ternyata ia satu fakta yang amat sukar untuk ditelan.
tidak berani utk ku memandai2 berbicara kerna ku risau akan silap faktanya.
tetapi ternyata berdiam diri sebegini tidak dapat membantu apa2.
Allahu..
pasti besar hikmahnya atas segala yang berlaku.
aku cuba utk menerima 'things do happen'.
dan di akhirnya ternyata yang salah itu aku.
kerna tidak berusaha bersungguh2 mencari penerusan.
kerna pada awalnya penerusan hanya difikirkan utk diri sendiri.
akhirnya aku sendirian merawat luka yang semakin lama semakin bernanah.
semakin lama semakin perit utk ditelan, semakin sakit utk dibiarkan.
dan ternyata tidak memberi kesan kepada selain aku.
aku petik comment dari seorang insan tidak dikenali...
"kerna kelak di akhirat nanti, Allah tidak tanya jemaah mana yg antum ikuti..
cukup lah masing2 yakin dan faham bahawa fikrah mngenai Islam perlu disebarkn agar individu Muslim dpt dibentuk seterusnya akan terbinanya empayar Islam.. setiap jemaah ada manhajnya yg tersendiri,. ada agenda tersendiri.. tp ingatan utk ana dan juga antum semua, bahawa kita mahu membawa Islam kepasa masyarakat.. dekatkan masyarakat dgn Islam yg sebenar,. bknnya attach dan taksub dgn jemaah masing2.. ya benar, kita berlainan jemaah.. tp matlamat kita sama bkn??"
ya pada akhirnya matlamat kita sama bukan.
menuju mardhatillah. keredhaan Allah.
ikhlaskan diri. ikhlaskan diri.
moga Allah ampunkan segala dosa2 kami,
jauhkan kami dari siksa neraka,
tempatkan kami di syurga. Amin ya Rabbal Alamin..
"ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit" Ibrahim 14: 38
Friday, January 3, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ALLAH know!
"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60
motivating one-self!~
"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286
~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^
1 comment:
its so true dear..dalam jemaah apa pun kita bergabung yang pasti jemaah lain juga membawa misi yang sama. sedangkan para ulama juga menghormati perbezaan pendapat lagilah kita yg setahun jagung bersama jemaah...apa yg penting tajdid niat dan ikhlas dlm beramal..semoga trus tsabat dan diredhai Allah selalu insyaallah
Post a Comment