Tuesday, April 13, 2021

2 months old MHjr2

 Bismillah 

Tak nak lupa yang dia pernah kecil. 2 bulan lebih, skg beratnya seberat 1 kampit beras. Tangisnya seperti anak kucing. Yang hanya berbunyi apabila lapar atau ditinggalkan keseorangan. 

Tak nak aku lupa, yang dia pernah 100% bergantung kepada orang lain. Hanya mampu menggerakkan tangan dan kaki sebagai tanda marah, sedih, protes, gembira dan teruja. 

2 bulan, sudah mula pandai membalas senyuman dan gelak hingga menampakkan gusinya, penglihatan hanya dulu hanya terhad kepada bayanh mula tertarik kepada cahaya. 

Entah apa yg bermain di fikirannya, nanti dia pun sudah lupa apabila semakin besar.

Alhamdulillah 

13 Apr 2021

1 Ramadhan 1442H

66 days old MHjr2

Saturday, April 10, 2021

Campak belakang

Bismillah... 

2 tahun yang lalu. 2019. MHJr1 was 3.

-----------

Jangan ikut perangai saya.

Jangan pernah ragu2 dgn rasa hati.

Instinct tu Allah bagi untuk guide buat keputusan. 


Sejujurnya walaupun saya seorang pegawai perubatan, saya sendiri tak boleh merawat anak sendiri bila dia sakit. Sebab emosi dan perasaan.


Bermain dengan emosi dan perasaan bukan senang. Bergelut dgn emosi dan perasaan sendiri.


"Anak aku tak teruk mana ni, masih aktif dan masih mahu makan.


Tapi..


Mula dengan batuk berkahak, diikuti dengan nafas laju, batuk berterusan, nafas berbunyi, semua tanda2 asthma yang tidak terkawal. Untuk 2 minggu yang pertama masih boleh reda dgn mdi salbutamol 6-12jam. Tapi 4 hari yang terakhir disulami dengan demam panas dan simptom2 makin teruk sehingga 4jam sekali mdi salbutamol masih tak redakan simptom2 tersebut, bukan sesuatu yang biasa2. 


Tapi..


Masih bertangguh untuk bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. 2 hari demam panas masih rawat dirumah, ubat demam, mdi salbutamol sedia di sisi. Anak masih aktif dan nak minum dan makan walau bukan macam biasa. Kalau bawa jugak jumpa doktor, nanti takut orang kata terlebih risau, nanti orang kata takkan mak doktor anak boleh sakit, nanti orang kata itu, orang kata ini."


Bukan sekali dua nak bersiap ke hospital, tapi niat dibatalkan. Hmmmmm. 


Sehingga satu tahap, it hits me, "takkan nak tunggu anak lembik lemah tak bermaya baru nak bawa ke hospital? Tunggu keadaan teruk, tak cukup nafas, biru, tak bernyawa baru buat keputusan nak buat pemeriksaan?" nauzubillah. 


-----------


Dah masuk hari ketiga hawa dalam wad, dia tetap aktif, tetap lari sana sini, tapi sampai limit nanti dia berhenti sendiri dan mula batuk2. Dah improve banyak selepas mula antibiotics. 


Sampai masanya untuk terima kenyataan hawa memang ada bronchial asthma, kali ini precipitate by pneumonia (jangkitan paru2).


6 kali masuk wad. Semua sebab paru2. Sebelum ni nama diagnosis dia acute bronchiolitis, intermittent asthma, etc. Boleh dah kot terima kenyataan ini. Please.


#mayAllahbless

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^