Wednesday, December 22, 2010

driving on a road called LIFE!~

bismillah..

smbil tgn kiri di stereng, tgn kanan ditongkat di cermin tingkap kete (bajet cool la ni), aku terfikir... untuk apa Allah jadikan rezeki setiap orang berbeza? ada yg kaya, ada yg miskin. ada yg sihat, ada yg sakit. ada yg bahagia, ada yg sedih. dan contoh yg paling dekat dgn aku, dalam exams, ada yang lulus semua paper n ada yang sangkut 1,2 papers.

ok sekarang, cuba bayangkan pula kalau semua orang dapat benda y sama.. semua orang PERFECT. wow!! bosannya dunia.. kan??

(ok, before anything, igt!! ALLAH Maha Adil.. )

aku dapat kenal pasti analogi ni tyme driving... 

"hidup ni macam driving atas jalan raya"

*kadang2 kita lalu jalan biasa, ok its free, tapi banyak traffic light, byk bumper, kadang2 org dpn bwk too slow xleh nk potong bcoz satu lane je...

*then kadang2 kita lalu highway, syok la coz straight, byk lane so leh potong2 kalau org dpn bwk slow, tp kena bayar tol, kadang2 tu syok2 bwk laju kena speed trap plak. haih susah gk.

*n lastly, kadang2 kita lalu jalan kg, paham2 la kalau jalan kg ofcoz jalan pon xbrape nk elok, lubang sana sini, tapi kadang2 kalau pandai carik shortcut pkai jalan kg lagi cpt smpai destinasi.

hurm... mcm tu jugak hidup, in any part of the route pasti ada halangan n rintangan. xlupa juga byk kesenangan dan kemudahan y Allah dah sediakan.

**klo ada y xphm analogi aku kt atas ni, nanye ak just nk ckp, setiap pilihan y kita buat sbnrnya ada baik buruknya, xsemua y nmpk best tu best, n xsemua y nmpk teruk tu teruk. n xsemua benda y kita encounter tu indah, kadang2 ada y pahit, tawar, masin, masam. dan setiap satu tu xsemua kekal selamanya. mcm dlm lagu Raihan ni..

KEHIDUPAN..

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
.....

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
....

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
.....

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan...


yang penting kita kena sentiasa igt, Allah itu maha Adil. Allah itu maha Bijaksana, maha Pengatur segala kejadian... Dia tak akan bagi sesuatu y kita xmampu nk handle... Allah tahu baik buruk segala sesuatu dan Allah dah bagi tau awal2 lg dlm Al-Quran:

"dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu" Al-An'am: 17

dlm apa jua kejadian y Allah dah tetapkan, pasti ada pengajaran disebaliknya... sbg cth, org miskin... mne kite nk taw sbnrnya Allah sgt sygkan dia, sbb tu Allah xbg dia kaya takut dia lupa Allah.. or org y sihat, Allah sje je nk uji org tu either dia bersyukur atau x dgn nikmat kesihatan dia tu..

(*from a student's point of view...)
> mana kite nk taw sbnrnya Allah bg kita lulus semua tu just untuk warning kita agar prepare, kot2 mna tahu next time cabaran y bakal dihadapi sbnrnya LAGI besar!!

>atau Allah bg kita failed 1, 2 paper or semua papers tu sbnrnya untuk suruh kita belajar btol2, mungkin peringkat awal kta belajar tu xdpt nk absorb sgt, so Allah bg chance lg utk kte belajar lagi.. kot2 nnt apa y kte miss b4 tu dpt catch up blk.. wallahualam.

WE NEVER KNOW RIGHT???

ingat, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... ALLAH Maha Mengetahui dan ALLAH Maha Adil...

Allah tidak akan biarkan sesuatu tu berlalu dgn sia2.. setiap y bermula pasti akan berakhir. setiap y jatuh pasti akan bangun! (kalau x jatuh mcm mana nk bgn. betul?)

ak ada baca satu quote ni, dr mna ntah..

"I don't measure a man's success by how high he climb,
but how high he bounce again once he falls down"

nice kan?

hm lastly, aku rasa motivasi y paling kita perlukan sebagai seorg manusia adalah motivasi dari dlm diri kita sendiri... walau berabuk mcm mana pon org lain cuba nk motivate, kalau hati tu xdpt terima, susah gk kan? n berkait dgn soal hati, milik siapa hati itu sbnrnya? kita punya ke? xkan? ringkasan cerita, bila kita dekat dgn Allah, yakin dgn Qada' dan Qadar Allah, sentiasa igt Allah, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang.. dan automatic dr situ kite akan dpt motivate blk diri kita.. insyaAllah^_^

"... ingatlah, hanya dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenteram" Ar-Ra'ad: 28


"I LOVE U WITH ALL MY HYPOTHALAMUS!!!!~"

alhamdulillah...

Friday, December 10, 2010

a treasure box called A FRIEND ^_^

bismillah...

ok aku sepatutnya post psl walimah abg dlu.. but then, smpai skg xde idea lg nk tulis cmne.. hold on dlu la psl tu k.. anyway, b4 aku terlupa lg, its better i start typing now.. (huh? amende y tetiba terlupa ni? )

ok cmni, b4 masuk toilet td aku dah set 'ok pas kua toilet nk tulis blog psl blablabla...' then right after kua toilet, dok depan laptop.

PAP!

'eh? ape y aku nk tulis td? rase cm dah ade idea td..' boleh pulak terus lupa.. ayyoo..

alhamdulillah hanya short term memory loss..

ok2 actually nk comment psl lagu Demi Lovato, GIFT OF A FRIEND... all of sudden lagu ni come across my mind..

it says...

sometimes you think you'll be fine by yourself
cause a dream is a wish you make all alone
its easy to feel like you don't need help
but its harder to walk on your own

I say..

its true, sometime i think i can survive by just being alone
or should i say being 'so-call' independent..
but then, the fact is... not a single human being can survive by being alone..
easiest example, Rasulullah s.a.w. pon ada Abu Bakr, Khadijah by his side right?

then it says...

someone who knows when you're lost and you're scared
there through the highs and lows
someone to count on
someone who cares
besides you where ever you go

I say...

huh boleh naik gilo den kalau sedih sorg2, happy sorg2...
at least a friend who listen to you, care for you is more than enough compared to the thousands people around but doesn't even notice you're dying inside.

lastly,

you'll change inside, when you realize,
the world comes to life and everything's bright
from beginning to end
when you have a friend by your side.. ^_^

I say...

easy to understand right?.. once you have a friend by your side, you'll realize that everything will be fine.. insyaAllah.. ^_^


ok2 enough with the pep talk.. now here goes the full lyrics... =)

GIFT OF A FRIEND

Sometimes You think You'll Be Fine by Yourself
Cause a Dream is a Wish You Make all alone
Its Easy to Feel Like You Dont Need Help
But Its Harder To Walk On Your Own

You'll Change
Inside
When You
Realize

The World Comes To Life
and Everything's bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are
When You'll Open Your Heart and
Believe in
The Gift of a Friend
The Gift of a Friend

Someone Who knows When You're Lost and You're Scared
There through The Highs and The Lows
Someone toCount On
Someone Who Cares
Besides You Where Ever You Go

You'll Change Inside
When You
Realize

The World Comes To Life
and Everythings bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are
When You'll Open Your Heart and
Believe in
The Gift of a Friend

And When your Hope Crashes Down
Shattering To The Ground
You , You Feel All Alone
When You Don't Know Which Way To Go
And There's No signs Leading You home
You're Not Alone

The World Comes To Life
and Everything's bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are
When You'll Open Your Heart and
Believe In
When You Believe In
When you Believe
The Gift of A Friend


alhamdulillah....

Wednesday, November 17, 2010

mampus kau

bismillah...

yarkkkk.. akhirnya, setelah bermlm2 aku xleyh tidur disebabkan kau.. mampus juga kau akhirnya.. berbekalkan ridsectku y tinggal sisa dan ridsect pinjaman dr nadia.. mampus juga kau akhirnya..

ade ke patut di satu malam y dingin, tgh sedap2 aku diulik mimpi indah kau merayap kt kepala aku.. ciss..

pastu bile cari satu bilik, kau menghilang di kegelapan malam.. ceit

dan akhirnya.... mlm ni kau tumpas ditgn aku.... hahahaha(gelak evil)

dijadikan cerita, aku ragu2 gk nk membunuh kaum kerabat kau y sebelum ni dah aku bunuh.. yela haram wut bunuh binatang suka2... even nyamuk pon aku kasi chance k.. tapi bila dirujuk kembali engkau adalah vector pembawa penyakit, aku xragu2 lagi utk menjadi serial killer...

yela kau dan kaum kerabat kau mmg dah melampau.. sgt melampau...bukan takat dlm bilik air kau nk kacau, ni aku tidur pon kau nk kacau.. huh mmg sudah lebih...

yeahhh.. aku bangga(!!!!) bergelar serial killer kepada kau, wahai enche LIPAS........... nntikanlah.. kalau ada lagi kaum kerabat kau berani mengganggu ketenteraman aku, siaplah. tgk la apa aku buat nnt.. satu tong besar ridsect aku beli!!!! huh.. igt aku takut?? aku takut Allah k...



*pengakuan: lipas dan saya cannot be in the same line... (but i already did.. wut de? -_-")

oh ye, salam Eidul Adha kepada semua.. 1st time being far from home during hari raya.. but well, i survive it.. (with quite few tears.. haha)


alhamdulillah...

Saturday, November 13, 2010

postpartum lactating period (hahaha)

bismillah...

akhirnya!!! setelah 3 minggu berjuang (hoho bukan la straight 3 minggu pon).. tamatlah sudah semua exams... alhamdulillah!!! =DD yippi!!!~ ;P

hoh next Monday dah start new sem.. erk.. redha la.. pastu 17hb a.k.a 10 Zulhijjah raya haji... 20hb hr Sabtu walimah abg Siddiq... haish.. kalau cuti raya haji tu smpai ahad kan seronok.. ape la dorg ni, xtaw ke raya haji smpai 13 Zulhijjah?? kasi la cuti gk khamis n jumaat tu.. haha, suke hati je.. ;P

kalau la khamis n jumaat tu pon cuti gk, boleh la blk umah awal skit.. xde la jumaat ptg tu br nk blk umah, haish mesti la pnt utk get ready for the next day.. haha mcm aku lak y nk kawin... ;P

anyway, ada ura2 mengatakan result exam ritu dah nk kua.. hoh cpt btol la.. efficient pulak la ACMS ni, kalau x, xnk lmbt lg result kua.. xtaw le result cmne nnt.. unimaginable, unpredictable.. mintak2 ler lulus semua.... aminnn...

alhamdulillah....

p/s: tajuk di atas tiada kaitan antara y hidup atau y sudah meninggal dunia k... ;P

Monday, October 18, 2010

urm what's up doc?

bismillah...

erm itu hari sy br lps pergi tgk MZ kt Shah Alam.. best! xde word nk gmbrkn.. tapi itu hal dah lps.. skg ni for the future. or lebih tepat lg, utk y around the corner ni.. erm sy cuak. seriously sy cuak. smptkah? hr sabtu br blk dr kl, xsentuh buku lgsg. hr ahad english class, xsentuh buku jugak. skg sudah isnin mlm selasa, td MUET, mmg sentuh MUET semata, lps habis MUET, sakit itu dtg lg,sy kerja itu tidur cuma. buku dan nota xdisentuh juga.

erm. sy cuak. betul2 cuak. esok sudah selasa, lps itu rabu, kemudian khamis, dan esoknya jumaat, tolak sabtu kelas english lg, campur ahad satu hr lg, kemudian isnin itu ianya bermula. erm sempatkah? nota2 y ketinggiannya lebih kurang 6 inci bila di stack together itu byk x disentuh.

erm. bagaimanakah? tp dlm kecuakkan ini sy masih sempat update blog. bagaimanakah? rasa nk lempang diri sendiri pon ada. *dush2* ok, sy kena terima hakikat. sebelum mencuba jgn mengalah. oh silap, sepatutnya bila dah cuba pon xboleh sesekali mengalah. haih.

ok, statement utk hari ini 'MANUSIA MEMANG TIDAK TAHU BERSYUKUR'. sy rungkai bersama2 rakan2 di tmpt MUET exam td. mengapa? pandai2 lah fikir sendiri. kita pon dah besar, akal Allah dah bagi. haih, sy mmg dah makin merepek tmbh2 bila makan kerepek. isk3.

ok, cukup3. kemerepekan dah melampau2. hakikatnya, END OF SEMESTER EXAMINATIONS tetap akan sy tempuhi minggu hadapan, itu pun andai masih diberi kesempatan waktu utk hidup dimuka bumi Allah ini. assalamualaikum.


alhamdulillah...


p/s: erm, sy cuak.. terima kasih..

Saturday, October 9, 2010

EXAM!!!!!

bismillah....

jadual End Semester Examination Year 2 Semester 3 dah keluar!!!! fuhhh.. sekali tgk je meremang bulu roma... waa sem 3 dah nk habis dah!! scary3!! cuak GILA!!!! (maaf ye skg ni blogger ini emo skit.. T-T)

mengikut jadual y tlh diberikan:


25 okt, hari Isnin start with Blood n Lymph module followed by Cardiovascular module 26 hb, Respiratory module 27 hb and Urinary module 28 hb (Khamis).... ok y semua ni aku pasrah redha, tekad tabah untuk menghadapi....

then followed by Medicine n Society module hr Jumaat... okay takat ni ok lagi...

then followed by Community Service module hr SABTU 30 okt... fuhh da makin anxious...

then the following week, 2 hb okt hr Selasa, exam OSCE/OSPE (practical/clinical exam).. ok fine this one cannot run, have to endure.

pastu selang seminggu lepas tu, 9 okt hr Selasa, exam ZT hubungan insan.. fuhh sabar3.... makin anxious...

3 hari lps tu, 12 okt hr Jumaat, exam Academic Communication 1 a.k.a English laaa.. huhu pasrah2...

THEN, hari sabtu 13 okt tu, EXAM MUET!! semua y tiga tu lah, Reading, Writing, Listening.... (exclude Speaking bakal dihadapi 18 okt ni)

total up semua exams adalah 10!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! huahuahua...

DAN..............................

yang paling 'SERONOK' sekali........ 15hb Okt tu a.k.a selepas 2 hari habis semua exam......... new semester a.k.a 4rd semester bermula............. waduh2!!!! syok bangat!!!!!!!! mana ntah hilang cuti semester saya?????????? ada sesiapa nmpk?? kalau jumpa tlg pulangkan boleh?????? T-T

'dimana dia cuti semester saya,
cuti semester saya,
saya nak cuti semester saya!!!,
can mali can oi oi,
can mali can oi oi,
can mali can,
ketipung payung'

p/s: sila menyanyi ikut nada lagu 'anak kambing saya' ye...

sob3..... saya TIADA cuti semester a.k.a semester break.... huhu pasrah la, siapa suruh masuk course ni.. lalalalala... T-T


alhamdulillah...


Friday, October 1, 2010

aegophony

bismillah...

saya mmg TIDAK suka menunggu. dan saya TIDAK suka orang yang TIDAK menepati masa. paling tidak,individu y mempunyai alasan y SANGAT, TERAMAT KUKUH masih boleh diterima. maka dgn itu, saya sentiasa akan cuba untuk menepati masa agar orang lain tidak merasai apa y saya rasa bila diperlakukan sebegitu rupa. tetapi, aduh. pintu kesabaran sering diketuk2, dihempas2, dan ditonyok2 dgn nafsu amarah. aduh. astaghfirullah. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. tarik nafassss.. hembusss.. fuh. sabar3!!!

alhamdulillah...


p/s: aegophony itu?? kambing mengembek.. haha (tiada kaitan langsung -_-")

Thursday, September 30, 2010

jam pasir



Bismillah...

pejam celik pejam celik, dah minggu ke-16 sem 3. uhui final exam tiga minggu lagi. kejap je dah nk habis sem 3. lps tu sem 4.fuh. kadang2 terfikir gk, biar betik dah 2nd year?? sedar2 nnt 3rd year, 4th year, 5th year, pastu dah habis?? fuh. bunyi dia macam kacang goreng. mcm senang je kan? tapi faktanya?? hahaha. tanya la dak2 medic y bertebaran melata di bumi Allah ni. bak kata UNIC (kini UNIQUE).. di hati ini hanya Tuhan y tahu, lalala~

kan syok hidup ni ibarat jam pasir, bila dah habis satu putaran, boleh dipusing2 balik. haha. tapi hakikatnya hidup ni bukan macam tu. org selalu kata hidup cuma sekali... tapi mereka lupa, mati itu juga sekali, akhirat itu juga sekali, syurga dan neraka itu juga hanya sekali.

sekarang ni, dah mcm2 fesyen so-call 'muslimah' dah ada kt pasaran, tudung bonggol unta lah, tudung rahib kristian lah, tudung jambul terkeluarlah, baju buah nangka lah, baju kertas turas lah, mcm2 ada. haha. ntah tang mana muslimah pon xtau la.

fenomena skg jugak,
  1. profession: guru/doktor/pengurus/kerani/pelajar/etc.
  2. agama: islam/yahudi/buddha/kristian/etc.
  3. etc. etc. etc.
islam itu hanya agama kah? islam itu hanya pada ic kah? pilih penyataan berikut:
  1. saya seorang pelajar beragama Islam
  2. saya seorang Muslim y sedang belajar
mana satu kita sekarang? astaghfirulllah..


p/s: sekadar coretan dan buah fikiran di malam hari... wallahua'lam..

Alhamdulillah~

Monday, September 20, 2010

sakit itu kifarah dosa

bismillah...

sudah hampir dua minggu, selesema dan batuk tak hilang2 jugak. kadang2 smpai susah nk tidur sbb batuk. bukan degil or takut nk pergi jumpa doktor, tapi setiap kali pergi mesti dapat jawapan y sama, ubat y sama, sedangkan kt dlm bilik ni pon dah macam farmasi, mcm2 jenis ubat ada.

Tgh hari tadi, satu lagi ujian datang mengetuk pintu kesabaran. sakitnya bukan kepalang. tq so much kt kawan2 y selalu membantu saat sakit tu datang menjengah. kali kedua ke klinik sbb sakit itu, kali ni best punya, scan pon kena, cucuk pon kena, duit pon mcm air mengalir. tapi alhamdulillah, bila scan doc kata everything okay, cuma mungkin puncanya kt tmpt lain, xpe aku terima. at least alhmdulillah, uterus aku sihat wal afiat.

yang selalu aku dengar, sakit itu kifarah dosa. apa itu kifarah?


'Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.'
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).
Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihahno. 1821).
Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).


aku selalu menjadikan ayat ni sebagai pegangan.. "Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya..." ayat 286 surah al Baqarah. tapi saat sakit itu datang, habis semua hilang, habis semua lari lintang pukang. bila Allah dah kembalikan nikmat kesihatan, baru boleh fikir dgn waras blk. astaghfirullah...

sabar, sabar, sabar.. hikmah sabar itu terlalu banyak. cuma aku je y smpai sekarang masih belum dapat menanam sifat sabar tu dlm diri. sepenuhnya. astaghfirullah.

'Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Untuk membolehkan hambaNya mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.'
"......Hanya orang-orang y bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas" (az Zumar :10)

"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." [Ali Imran: 200]
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."[al-Baqarah: 153]


*la tahzan! innallahama'ana...

alhamdulillah....

Saturday, September 11, 2010

coretan di hari raya

~bismillah~

wah.. sibuk sgtkah aku di hari raya smpai xmenyempat2 nk update blog?? huhu actually demam datang menyerang... dua hari sebelum raya, aku dah start rasa xsedap badan, pening2 skit, panas2 badan skit.. malam 30 ramadhan tuhh confirm!! sah!! muktamad!! DEMAM~~ haha (ape kes tetibe gelak ni? -_-')

kt kg mmg kerja tidurrr je.. siap dibungkus 2 selimut tebal.. first time raya tahun ni xbuat kerja di dapur sgt.. tok kata 'kesian cucu tok y rajin ni.. demam la pulak' (ai senangnya dalam hati dapat kena puji.. ;P)ok itu semua kisah sehari sebelum raya..

hari raya... demam dah beransur hilang, tp still panas badan, pening2 n selesama.. y selesama tu mmg xnk tinggai la.. smpai la ni tak ilang2.. alhamdulillah.. byk foreign bodies keluar bersama sputum2 ku itu.. dari starting colour whitish, hingga kepada greenish yellow hingga saat ini kembali whitish.. infection dah ilang la tu.. ubat xyah ckp.. mmg xmakan pon.. ngehngehngeh.. ni kalau org lain sakit pandai soh p makan ubat.. sendiri sakit malas nk makan.. ;P

hari raya ke-2.. kami sekeluarga bertolak ke ketereh, kelantan.. pasai pa?? abg chek nk kawin.. jauh!! 6 jam perjalanan nk g sna dr yan.. kalau highway xpe la gk.. dush2!! raya ke 3.. abg chek bernikah la ngan org kelantan.. byk!! terlalu banyak cerita2 dari pihak kami.. mls chek nk comment.. bak kata ayah chek.. 'biarlah, xyah nk besar2kan, kurangkan spekulasi, tenaaang hati' hehe ;))

tang nk blk mai sni toksah dok habaq.... 12 jam perjalanan!!! pasai pa?? tersangkut kt traffic jam sampai 3 jam.. aishh.. tobat xmo mai kelantan lagi.. bertolak dr ketereh tu pukoi 4 ptg.. smpai yan,pukai 4 PAGI!! haish, dush2 skali lg!!

chek la ni kt kg lagi.. malaih chek nk blk kl.. satgi khamis nk blk penang blk.. buat habis tenaga, duit, n masa ja patah2 blk.. maaf la ye, chek dok kedah lagi ni.. tu y keluaq abeh semua utara2 nih.. ;P

KEPADA SEMUA INSAN YANG MENGENALI DIRI INI AMPUN DAN MAAF DIPINTA, SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI, MOGA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA ALLAH TAALA DAN MOGA KITA TETAP ISTIQAMAH DALAM MELAKUKAN AMAL IBADAH YANG TELAH KITA SEMAI DI DALAM DIRI DALAM MADRASAH RAMADHAN SEBULAN Y LALU.. TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM TAQABBAL YA KARIM.. INSYAALLAH..


oh ye.. sebelum terlupa... tahniah kepada kakandaku tersayang, SIDDIQ HAFIZ BIN HASSAN dan kakanda baruku, HUSNA BIN A.HAMID.. atas pernikahan kalian berdua.. barakallahula kuma wa barakah 'alai kuma wa jamaa' baina kuma fi khair.. ^_^
(sebak dan pilu menyelubungi diri ini saat ijab kabul dilafazkan oleh abg.. abgku bukan lagi abgku y dulu.. sudah ada tanggungjawab y perlu dipikulnya.. pasti dia bukan lagi milik kami sekeluarga shj.. semoga menjadi suami y soleh, abg.. T_T)


~wassalam~

Tuesday, August 31, 2010

wasiat ayahanda

wasiat ayahanda sempena 10 terakhir ramadhan..


bismillah..


Anakanda sekalian, malam ini bermulalah pemburuan mencari malam Lailatul Qadr di sepuluh malam terakhir.


Jika selama 20 hari yang lalu, anakanda kurang beramal, ayuh ambil kesempatan yang ada dalam sisa sisa Ramadhan yang masih tinggal dengan memperbanyakkan amal ibadah kalian:

  • solat diawal waktu
  • berjemaah di surau/masjid bagi yang lelaki
  • tilawah setiap hari
  • memperbanyakkan sedekah
  • merapatkan hubungan silaturrahim
  • qiam dan solat terawih bersungguh-sungguh

moga diizinkan bertemu dengan Lailatul Qadr.. insyaAllah..


ayahanda berharap, semoga amalan-amalan mulia anakanda semua menjadi penyebab kepada ayahanda dan bonda yang sudah hampir dihujung usia ini mendapat keampunan dari Allah SWT.sesungguhnya hidup ini hanya sementara, akhirat jua yang kekal selamanya..


wassalam...



kiriman SMS dari ayahanda Hassan bin Unir. Taman Changkat Desa, Kuala Lumpur. 7.30 pm. 20 ramadhan 1431. 30/8/2010...

kepada anakanda-anakanda yang nakal2 belaka...

  • Siddiq Hafiz Hassan, Melaka
  • Najwana Hassan, Kuala Lumpur
  • Mus'ab Umair Hassan, Otago, New Zealand
  • Mundzir Hassan, Perlis
  • Muhsina Hassan, Pulau Pinang
  • Ahmad Faheem Hassan, Melaka
  • Farhana Hassan, Kuala Lumpur
  • Nurul Nuha Hassan, Kuala Lumpur


p/s: terima kasih tidak terhingga kepada ayahanda tercinta atas peringatan y diberi... ^_^

Thursday, August 26, 2010

perempuan dan syurga

~bismillah~

Sabda Rasulullah SAW,


"Apabila seseorang perempuan itu telah melakukan sembahyang lima
waktu, berpuasa bulan ramadhan, memelihara maruah(kehormatan) dan
mentaati suaminya, nescaya diserukan kepadanya, silalah masuk mengikut
mana-mana pintu yang kamu suka."

-Riwayat Imam At-Thabrani
menerusi Abdul Rahman bin Auf.

Hanya empat sahaja perkara yang wajib ditunaikan oleh wanita untuk masuk ke
syurga. Mungkin pada hakikatnya senang, tetapi bergantung pada keimanan
dan ketakwaan seorang wanita itu. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat
keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.
Amin.

~alhamdulillah~

Monday, August 23, 2010

Malaikat Kecil

~bismillah~

satu perkongsian...

Malaikat Kecil – Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata
“OK ayah, saya sudah bersedia”.Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya,
“Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab,
“Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya,
“Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi
“Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila
“malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkanTAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"


*air mata mengalir tiap kali membaca kisah ini..

~alhamdulillah~

free free je

~bismillah~

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2.
Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan RAMADHAN.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

~subhanallah~

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^