Monday, September 20, 2010

sakit itu kifarah dosa

bismillah...

sudah hampir dua minggu, selesema dan batuk tak hilang2 jugak. kadang2 smpai susah nk tidur sbb batuk. bukan degil or takut nk pergi jumpa doktor, tapi setiap kali pergi mesti dapat jawapan y sama, ubat y sama, sedangkan kt dlm bilik ni pon dah macam farmasi, mcm2 jenis ubat ada.

Tgh hari tadi, satu lagi ujian datang mengetuk pintu kesabaran. sakitnya bukan kepalang. tq so much kt kawan2 y selalu membantu saat sakit tu datang menjengah. kali kedua ke klinik sbb sakit itu, kali ni best punya, scan pon kena, cucuk pon kena, duit pon mcm air mengalir. tapi alhamdulillah, bila scan doc kata everything okay, cuma mungkin puncanya kt tmpt lain, xpe aku terima. at least alhmdulillah, uterus aku sihat wal afiat.

yang selalu aku dengar, sakit itu kifarah dosa. apa itu kifarah?


'Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.'
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).
Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihahno. 1821).
Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).


aku selalu menjadikan ayat ni sebagai pegangan.. "Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya..." ayat 286 surah al Baqarah. tapi saat sakit itu datang, habis semua hilang, habis semua lari lintang pukang. bila Allah dah kembalikan nikmat kesihatan, baru boleh fikir dgn waras blk. astaghfirullah...

sabar, sabar, sabar.. hikmah sabar itu terlalu banyak. cuma aku je y smpai sekarang masih belum dapat menanam sifat sabar tu dlm diri. sepenuhnya. astaghfirullah.

'Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Untuk membolehkan hambaNya mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.'
"......Hanya orang-orang y bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas" (az Zumar :10)

"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." [Ali Imran: 200]
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."[al-Baqarah: 153]


*la tahzan! innallahama'ana...

alhamdulillah....

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^