Saturday, December 31, 2011

12.12.12



bismillah...

cliche' kot topic utk post kali ni.. new year! 2012!
expected already kan?? hoho.. nevamind. gist ak tetap berbeza!!~


actually aku nk share something y for a very long time ak dah simpan..
tp rase2 almost all gurl friends pioneer batch MD UKM-AUCMS pon dh taw bende nih.. hakhak..

huh??? pebende???


its about 12.12.12....

TAPI!!!!!!!!!

malu ah nk share...
haha okay cm sengal!!

12.12.12.... for me its a very special date.. since aku mmg minat number 12... pergh.. kuno kan? 0_0 nevamind!


ok 12.12.12 ni actually target aku set mase form 4 utk kawen! haha yup. no joking. kawan2 sume gelak coz pk ak ni sangap nk kawin.. hahaha. (ok word ni cik syafiqah y aja!)

lagi pulak dulu ak mna pk nk amek medic. (ok actually xpenah pon terpk.. past spm br decision tu dibuat. hukhuk. ok, sad story taruk tepi..)

dlu aku pk nk amek anything related to kimia je.. mungkin jadik chemist je ke or simple2 sudey la.. so ak pk bajet2 dlm 21/22 tahun tu dh abes blaja lah KOT (fikiran dak f4 kot! mna tau diploma ke degree ke mende)..

neway, mula2 target ni maen2.. pastu dia jd serius.. f5,meleret even smpai pre-medical year.. lepas tu agak lama jgk la aku pgg. smpai end of 2nd year xsilap.. bajet2 serius la nk kawen 12.12.12... (hahaha. terasa betapa kesengalan diri sndiri).

the worst part is aku xde terfikir pon pasal the other person. mungkin aku fikir jodoh tu jatuh dr langit kot..

haha no la actually aku sedar setiap org tu mmg Allah dah tetapkan jodohnya.. cuma masa dan ketikanya je kite tak tau bila dia nk muncul.. mungkin di dunia dan mungkin di syurga.. atau kedua2nya... AMIN! ;)

neway, for all the moment i've been having this "impian 12.12.12" (haha ni nama aku bagi sendiri ok! ;P), aku sedar y tak perlu nk mencari dan 'menyimpan' lama2 dalam hubungan y tak halal coz Allah dah mention 'jgn MENDEKATI zina!'.. Allah didn't mention 'jgn BUAT zina" coz why??? hubungan y tak halal tu syaitan SANGATTT suka! sikit2 lama2 jadi ?????.......

so if berada dlm hubungan y Allah tak redha b4 marriage pastu berdoa rumah tangga y diredhai dunia akhirat.. hmm think by urself lah eh? wallahualam..

sbb tu in my point of view, bila kita rasa kita dlm fasa btol2/otw dah bersedia, mentally, physically, financially etc.. time tu start mencari.. xyh ler nk simpan 2,3 tahun kot..

ok tu selingan dr ceritera firasat dan falsafah aku... (-_-"") **ignore2..

sambung blk cite......

ok impian 12.12.12 tu meleret smpai end of 2nd year...
pastu bila dah masuk clinical year ni baru ak sedar diri skit... sikit2 la.. xde la drastic sgt pon.. aku mula berfikir secara logic lah..

'siapa aku insan y hina ni nk letakkan target sedemikian rupa??? aku merancang, Allah juga merancang.. TAPI Dia adalah sebaik2 perancang, dan perancangan-Nya jugalah yang pasti akan terjadi..'

maka... kalau aku boleh memikirkan y jodoh tu hak milik mutlak Allah, begitu jugak dgn masa dan ketika bila akad tu akan berlaku @ mungkin tidak akan pernah berlaku di dunia.. wallahualam..

masa ni la nk pakai ayat cliche' "jodoh pertemuan hidup mati di tangan Tuhan" FAKTA bukan? ^_^

Allah Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mengetahui... ^^

with time, aku mula berfikir secara waras dan tak memasang angan2 mat jenin.. everything aku berserah, memohon dan mengharap hanya pada Allah swt.. ^_^

so officially(!!) i want to say... 'impian 12.12.12' tu tak lebih tak kurang sekadar impian..

*tapi impian jadi kenyatan ponn boleyy... biar mimpi sampai bintang kan?? kurang2 tak smpai bintang sampai langit.. ;) (hahaha randy pangalila, elfira loy punya badi lah nih)


ok serius2. -_-

its true when people say 'with time, there come the wisdom'.. ececece wisdom aku mai dah kot la ni.. haha.. ;P


ok, selingan...

lagu ni quite best... tittle :istikharah cinta.. ;)




another song.. tittle: maharku utkmu.. ;)





p/s: aku mungkin tak boleh nk berformal2, penggunaan dan penulisan bahasa pon mcm org tak blaja bm kot.. ish2.. dan banyak posts sblm ni pon byk unsur2 ketidakkeseriusan.. tapi aku harap kurang2 orang y baca ***SOME of my posts y ada ala2 cm advice ni boleh dpt few things when they read between the lines...

i'm nobody to condemn, i'm nobody to talk bad about people, i'm nobody superior to anyone, n i'm sorry if there is anything hurtful up there.. cuma aku meluahkan apa y aku rasa mungkin beneficial somewhere here n there in ur life..

segala yang baik dan buruk datang dari Dia y Maha Memiliki tapi yang buruk berlaku diatas kelemahan aku sendiri.. wallahualam....

oh! tak cliche' lah kalau tak tulis...

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!



alhamdulillah...

Sunday, December 18, 2011

officially ^^

PERKARA : KELULUSAN PENDAFTARAN AHLI IKRAM
IKRAM NEGERI : SEMUA IKRAM DAERAH : KULIM
Ruj. Kami : IKRAM/2011/00015
Tarikh : 13-Dec-2011 (17 Muharram 1433H)


MUHSINA BINTI HASSAN
No. KEAHLIAN: IM6246
No. KP: 900812105726
JENIS KEAHLIAN: AHLI BIASA MODUL 01 (AB01)
NO. 33, JALAN 3/7, TAMAN CHANGKAT DESA,
68100 KUALALUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN


Saudara / Saudari,
KELULUSAN PENDAFTARAN AHLI IKRAM
Merujuk perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pusat IKRAM telah meluluskan permohonan saudara/saudari sebagai ahli IKRAM.

Nombor Pendaftaran Ahli IKRAM adalah: IM6246

Ahli IKRAM DAERAH: KULIM

Ahli IKRAM NEGERI: KEDAH
Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Pusat IKRAM menerima ketetapan Jawatankuasa Pemeringkatan Pusat (JPP) yang telah meneliti butiran peribadi dan pengalaman saudara /saudari dengan berpandukan kepada Peraturan Pemeringkatan Ahli IKRAM yang digunapakai ketika ini telah menetapkan jenis keahlian Saudara/Saudari sebagai:

AHLI BIASA MODUL 01 (AB01)
Dengan ini Jawatankuasa Pusat IKRAM merakamkan ucapan tahniah dan berharap serta mendoakan agar kita dapat bersama menunaikan tanggungjawab dakwah dalam manhaj Rabbani dan diterima oleh Allah swt dari golongan orang-orang muttaqin.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,

Hj. Zaid Kamaruddin
Setiausaha Agung IKRAM


*next is MERCY MALAYSIA.. ^^

alhamdulillah...

a must pass posting to be a doctor.

bismillah...

finally i'm entering the last posting in third year before entering fourth year. (insyaAllah) erk. ok cuak jgk. but life must go on..

internal medicine. hurm. sounds easy. BUT who knows whats waiting ahead. for me its a MUST pass posting to become a doctor. ok passing exams tu satu la but literally, what i mean by passing is we HAVE to, we MUST masters all the medical specialties in it, for instance cardiovascular system and respiratory system to become a skill-full, functional doctor. (haha xtaw nk describe doctor y bagus cne).. dalam dua ni jer, fuh. thousand illnesses ade. thousand ek? KOT.

neway, all the best to all 3rd year medical students AUCMS-UKM n UKM students.. ^^ fighting!! lets go to year 4 together!!! amin..

alhamdulillah...

Friday, December 9, 2011

sebaik2 pakaian adalah pakaian taqwa..

bismillah..

Perbezaan Tudung Labuh dan Tudung Biasa


Mungkin tudung biasa pun dah kira menutup aurat, tapi tudung labuh tu lebih berhati-hati (taqwa) daripada tudung biasa kot-kot ditiup angin dan sebagainya.

Saya andaikan disini tudung biasa tu adalah tudung yang tak labuh, cukup-cukup makan je tutup aurat menurut al-Quran. Tudung bungkus aurat tak termasuk penulisan saya ni sebab saya tak iktiraf tudung berkenaan sebagai menutup aurat.

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-A'raf: 26)

===================================================

Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:

Ertinya: Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?

Jawab Ubay: Pernah

Umar: Bagaimana kamu lakukan?

Ubay: Aku sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri.

Umar: Itulah juga sifat taqwa.


===================================================

Seorang lagi sahabat, iaitu Abu Darda r.a berkata:

"Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram."

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini BERSUMBERKAN sebuah hadis nabi, yang ertinya :

"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah." (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh)


===================================================

Ali Bin Abi Talib merumuskan ciri taqwa itu sebagai :

"Taqwa itu adalah TAKUT kepada (azab dan murka) Al-Jalil (Allah), YAKIN teguh dengan apa yang diturunkan (seluruh inti Al-Quran), REDHA dengan sedikit (nikmat dunia), SEDIA menghadapi hari pemergian kematian)."

===================================================

Jadi, pada asalnya, bertudung labuh adalah ciri-ciri pakaian orang yang bertaqwa.. Namun, telah banyak diselewengkan oleh orang lain... Ada yang mencampur adukkan pakaian syuhrah, ketat sendat di leher dan sebagainya..

Allahurobbi....
Jadi, pakailah pakaian yang bertaqwa.....
InsyaAllah... Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa..



alhamdulillah...

Monday, December 5, 2011

few random pic


few randomly selected jkm pictures. if care enough to note... some good news is happening. ;P



























more pictures to come (if the internet co-op well lah..)
daa~

its the thought that matter...

bismillah....

2nd entry within this 6 weeks JKM posting in tg karang... skg dah masuk minggu ke 6... ok now ak dah cool down skit... tak de emo mcm post lepas. hohoho... *malu lak emo terlebih*

okayyy,,, as i said CLEARLY up there! (sila pndang ke bhgian atas blog ini dan baca tittle dia)

INI KISAHKU!.. so now ...its MY point of view of thingss... (not what i think what other people might think. ok?! )



different people different point of view. my first stand.

negative thought : different point of view means ARGUMENTS!!

positive thought : different point of views means... a collection of IDEAS which could generates THOUSANDS more fantastic ideas...

conclusion: its the man that decide the rules. not the rules decide the man.



some people are born-leader. some other people.. just waiting like the star to shine.
*stars shine at? : night only. why? because they worth it. ^^ second stand.

the difference?

some people know their capabilities by themselves.

negatively thinking: ala org2 y suka mencapub nk jadi ketua tuh. y nk tunjuk bajet hebat tuh.

positively thinking: hello! org tu berani kot nk ke depan. y kau tu pandai ckp blakang2 je ke? ade beran ke nk pikul tanggung jawab jd ketua?


some other people... they need perangsang. why? because sometimes, its the people around u who sees u best. sometimes these kind of people are way much better in leading. unsangkarable btol. (-_-"?)

conclusion: neither one is superior from the other. both leaders have pros n contras. its the thought that makes the decision.


oklah thats the end of story. cukuplah 2 stands for now. my left shoulder is killing me right now. daa~

alhamdulillah...

Thursday, November 24, 2011

tak fahamlah!!

bismillah....

sekarang dah minggu ke 4 JKM posting di tanjung karang, kuala selangor. one word to describe. d*mn. urgh. (ok agk kasar di situ)tapi seriously aku kurang mengerti kenapa org ckp jkm ni masa utk relax. sakit kepala hari2 adalah.

ok minus the sleeping time when no briefings or fieldwork activities. n the movie time bila takde report or slides to settle. but to put it all together, there are 9 presentations and 7 reports to be done!. kalah secretary nk mengadap komputer tiap2 hari ok.

dealing with people u barely know lagi satu hal. eh. bukan barely know, baru nk kenal ok... nk menghafal nama dah satu kes. nk work together with them lagi satu kes. plus nk lead dorg lagi. urgh. pastu nk pegang duit intervention lagi. urgh. hari2 macam ni boleh kena migraine!!

okay.... SANGAT EMO!!!

okay2.... in the positive side, dptlah kenal ramai new friends... actually diorg ni sume baik2 tapi itulah, berkenalan dlm keadaan nk kne siapkan kerja y berlambak2.. haihh.. dush2!

DISCUSSIONS and MEETINGS satu hal lagi..........

3rd week is the worse week so far, every night dari isnin sampai ahad meetings!! kejap reproductive hazard, next SOCSO, then walkthrough survey, plus the specific survey and intervention meetings. urgh. not even one single day pass by without me thinking how i miss hospital kulim.. especially A&E.. huuu! T_T

okayyy... mungkin its not that bad either.. mungkin by the time all this crazy things pass by. all the reports n slides settle. i CAN enjoy it here. MUNGKIN! i might be changing my mind later on. i don't know lah..

anyway, i'm seriously missing hospital kulim and all the things there.. sob2 T-T
terasa berkarat je otak ni tak de guna any medical terms or menjenguk any medical books.. uhuhu (tak sangka im missing the books. uhuks.) yelah, its so true. carbuncle pon ak boleh terlupa ape bende tu.. ni lagi lah klo org tye balik mende2 kt O&G n beloved surgery.. huhu

3 more weeks to go... but ending jkm means entering internal med. haiyakk.. itu lagi satu kes.. 0_0 @_@


oh Allah,
ikhlaskan hatiku dalam menuntut ilmuMu,
tenangkan hatiku dengan segala ketentuanMu,
hidupkan hatiku dengan cintaMu,
biarkan aku hanyut dalam mimpi indah bersamaMu,
moga dapatku redha akan segala qada' dan qadarMu..
amin, ya Rabbal 'alamin...

alhamdulillah...

Thursday, October 20, 2011

dreams

bismillah...

lately im having these row of dreams which i cant put it in any category, either nightmares or sweetdreams... its definitely not nightmares (RARELY got one nowadays).. but to say its sweetdreams pon kinda weird.. hoho dunno2!

i'm not the type of person who can memorize my dreams well after waking up (some people really DO memorize their dreams very well which ofcoz make me so jealous!) but some people said its usually related to the memory of that particular person... if he can memorize it well mean he have a very good memory and in my case of course its vice versa (no doubt!) -_-"

but then, when its about dreams n ME.. i would say some of my dream, quite SOME of it (that i can barely remember) DO become true... its just the matter of time, some happen quite soon but most of it the other way around.. but what makes me realize it WAS in my dream is when its ON AIR, means when that particular thing happen at that particular moment and SNAP! it feels like deja vu!... i bet some other people also experience this of course..

ok2 back to the rows of dreams that im having lately. despite dah ambil wudhu', al-fatihah, ayat kursi, 3 kul, doa tidur n all... im still having the dreams... yup i do believe that mimpi ni mainan tidur, n can be gangguan syaitan....but these dreams... hurm.. what could it mean actually???? its not that really2 unthinkable,unimaginable and weird but its not that really logical either (at least for NOW, at this particular stage of life)...

of course i don't really believe that these dreams that i'm having lately is going to happen REAL soon but could it be a sign? hehe. wallahualam.
















p/s: im having rows of dreams about babies.. bathing them, playing with them n etc. n just yesterday.. this one particular guy come into my dream. mayb not related. dunno. ;P




some tafsir mimpi that i read, when dreaming about baby means rezeki akan melimpah ruah.. wallahualam. hope its true.. rezeki can be anything... dipermudahkan urusan, kasih sayang keluarga, harta benda, etc.. but tafsir remain tafsir. Allah know best.


**ok all the bebelan2 diatas sekadar meluahkan isi hati. but Allah is the Best no doubt, so always put our trust in Him coz He is THE Best Planner, no need to worry about the things that beyond our control.. ^^

alhamdulillah....


~12.12.12~

Saturday, October 1, 2011

we should know better~~

TIGA BELAS AURAT WANITA



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tan gan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -

Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



~renungan bersama~

Thursday, September 29, 2011

28 sept 2000


Assalamualaikum


28 September 2000 akan sentiasa dalam ingatan umat Islam dan rakyat Palestin. Pada tarikh tersebutlah tercetusnya kebangkitan intifadah al-Aqsa yang menyemarakkan intifadah pertama yang tercetus pada tahun 1987.

Intifadah al-Aqsa adalah jawapan kepada keangkuhan Zionis Israel yang tidak mempunyai rasa hormat ke atas rakyat Palestin dan hak-hak mereka. Arial Sharon, yang ketika itu Perdana Menteri Israel telah berlaku biadap dengan memasuki perkarangan masjid al-Aqsa bersama 2000 pasukan tentera yang lengkap bersenjata. Tanpa menghiraukan persoalan sensitiviti umat Islam dan rakyat Palestin, Ariel Sharon dengan angkuhnya menceroboh masuk ke kawasan al-haram as-syarif walaupun dibantah hebat oleh rakyat Palestin yang berada di sekitar masjid al-Aqsa. Kemarahan rakyat Palestin semakin membara kerana 10 hari sebelumnya mereka baru sahaja memperingati peristiwa hitam Shabra dan Shatilla yang menyaksikan lebih 3000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam pada 16 - 18 September 1982 dan orang yang melakukan jenayah keji ini tak lain dan tak bukan ialah Arial Sharon keparat itu (hari ini dia masih terlantar dan membusuk sejak 2006 - sehingga kini nyawanya belum ditarek oleh Allah SWT)


Tujuan Sharon dan kuncu-kuncunya adalah jelas, di sebalik apa yang dikatakan ‘ziarah’ ke ‘tempat suci’ zionis yang mereka rujuk sebagai ‘Temple Mount’, sebenarnya terpampang satu ‘perutusan’ yang jelas iaitu Baitul Maqdis termasuk kawasan masjid al-Aqsa adalah berada di bawah kedaulatan Israel. Israel telah menduduki baitul maqdis timur pada tahun 1967 dan mengistiharkannya sebagai ibu negara Israel pada tahun 1980. Tindakan Sharon adalah satu penegasan bahawa Baitul Maqdis adalah milik mutlak zionis dan mereka akan merobohkan masjid al-Aqsa apabila tiba saatnya untuk diganti dengan ‘Haikal Sulaiman’ – synagogue tempat ibadat orang yahudi.


Tindak balas umat Islam dan rakyat Palestin adalah segera. Mereka tidak teragak-agak lagi menyerbu rombongan Sharon meskipun dia dikelilingi oleh pengawal yang lengkap bersenjata. Tembakan di lepaskan dan pertembungan yang berlangsung sehingga hari Jumaat dan berterusan pada bulan Oktober di antara rakyat Palestin dengan tentera rejim Zionis mengorbankan kira-kira 4000 penduduk Palestin termasuk 10,000 yang lain tercedera sebahagian besar remaja dan kanak-kanak. Bahkan dunia menyaksikan bagaimana seorang kanak-kanak berusia 12 tahun Muhammad ad-Durra ditembak pada jarak dekat di Gaza oleh tentera Israel pada hari Sabtu 30 September. Tindakan kebinatangan ini dirakamkan oleh seorang jurugambar Peranchis dan dipaparkan ke seluruh dunia. Reaksi Presiden Amerika George W Bush hanyalah mengatakan ‘I am shocked’ (saya terkejut…) dan tentera yang dirakam secara jelas membunuh Muhammad Ad-Durra dan mencederakan bapanya hanya dikenakan tindakan disiplin.


Peristiwa hitam ini seharusnya menjadi panduan kepada umat Islam di dalam menyatakan sikap dan sokongan ke atas usaha Mahmud Abbas, Presiden pihak berkuasa Palestin (yang telah tamat tempoh hampir 2 tahun tetapi masih kekal sebagai Presiden PA) untuk mengemis pengiktirafan PBB ke atas negara Palestin. Mahmud Abbas menuntut sesuatu yang tidak memberi sebarang makna kepada perjuangan rakyat Palestin. Jika beliau benar-benar memperjuangkan hak rakyat Palestin dan umat Islam maka sewajarnya beliau menuntut supaya PBB melaksanakan tiga perkara yang tidak bolih dirundingkan sama sekali. Pertama, hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka yang dirampas oleh Israel. Kedua, Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin. Ketiga, negara Palestin dalam lingkungan sempadan 1967 dengan pengunduran sepenuhnya Israel dari wilayah yang diduduki di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Kesemua tuntutan ini sebenarnya telahpun diterima dan diluluskan oleh PBB dalam bentuk resolusi yang jelas. Hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka samada di negara Palestin yang dirampas pada tahun 1948 atau pada tahun 1967 dijamin oleh resolusi 194 (III) pada tahun 1949. Resolusi ini sudah wujud dan masih berkuatkuasa sejak 62 tahun yang lalu. PBB juga sudah memutuskan tindakan Israel menyatukan Baitul Maqdis Barat dan Timur dan mengistiharkan baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidah sah melalui Resolusi 237. Resolusi 405 yang diterima pada tahun 1988 mengesahkan bahawa Baitul Maqdis adalah ibu negara Palestin. Di samping itu pendudukan Israel ke atas seluruh Tebing Barat juga telah diputuskan oleh PBB sebagai pendudukan haram dan Israel wajib kembali ke sempadan 1967 berdasarkan Resolusi 242.


Jadi apa sebenarnya yang dituntut oleh Mahmud Abbas dan pihak berkuasa Palestin? Menuntut sesuatu yang telah diiktiraf secara sah melalui Resolusi PBB. Hakikatnya PBB adalah satu badan yang tunduk kepada kehendak Israel dan pelindungnya Amerika Syarikat. Kesemua resolusi-resolusi yang berpihak kepada Palestin sejak tahun 1949 tidak mungkin dilaksanakan oleh PBB. PBB hanyalah satu badan yang dicipta untuk menunjukkan kononnya wujud ruang bagi negara-negara di dunia memutuskan sesuatu perkara secara konsensus atau mencari kesepakatan. Hakikatnya Amerika Syarikat hanya menggunakan PBB untuk mengabsahkan apa sahaja tindakannya. PBB hanyalah ‘rubber stamp’ bagi Amerika Syarikat yang bertindak atas kepentingan Israel.


Kesudahan dari sandiwara yang mencuri perhatian masyarakat antarabangsa sejak sebulan yang lalu akan berakhir dengan jalan cerita yang sudah diputuskan. Israel tidak perlu berbuat apa-apa. Seperti yang dipamerkan oleh Sharon dan pihak Zionis dalam peristiwa intifadah al-Aqsa, mereka tidak akan berganjak dari pegangan mereka iaitu Baitul Maqdis dan masjid al-Aqsa adalah milik mereka, mereka tidak akan berundur dari Tebing Barat yang mereka rujuk sebagai Judea dan Samaria. Bagi zionis tidak ada Israel tanpa Judea dan Samaria dan tidak mungkin ada Israel tanpa Jerusalem (Baitul maqdis). Mereka hanya menunggu cadangan Mahmud Abbas di bawa ke Majlis Keselamatan dan Amerika tanpa syak dan ragu lagi akan menggunakan kuasa vetonya.


Apa kesimpulannya? Tindakan yang dijangka ini kononnya akan memburukkan lagi imej Amerika di mata dunia? Amerika kononnya akan hilang wibawa di kalangan negara-negara Arab? Apakah kita menjangkakan Amerika akan bertindak secara berbeza setelah 64 tahun Amerika tidak pernah berganjak dengan prinsip keramatnya sebagaimana yang diucapkan oleh Presiden Barrack Obama ketika dikunjungi oelh Benyamin Netanyahu awal tahun 2011 iaitu ‘We will give iron clad protection to Israel’ (Kami akan memberikan perlindungan yang kebal sifatnya kepada Israel).


Mahmud Abbas menerima ‘standing ovation’ (tepukan gemuruh di majlis persidangan agung PBB di New York). Apakah ini akan menjadikan dia seorang tokoh yang akan di kenang sebagai wira negara Palestin? Yang jelas Mahmud Abbas hanyalah watak ‘harimau kertas’ yang ngaumannya tidak akan dipedulikan oleh Israel dan Amerika Syarikat. Bahkan ngaumannya di kalangan rakyat Palestin di Gaza, di tebing barat dan di baitul Maqdis kedengaran hanya seperti seekor kucing Parsi yang kekenyangan dijamu oleh rakan-rakan zionisnya di Tel Aviv dan Washington DC.


Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengerusi

Aqsa Syarif


taken from @ http://lambaian-islah.blogspot.com/2011/09/memperingati-intifadah-al-aqsa-28-sept.html

'mak izinkan abg pergi'




Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Saturday, August 27, 2011

kisah budak penjual kuih

bismillah...

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.


"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.


Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.


Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.


"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.


Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"


Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.


"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.


Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.


"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.


"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.


"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.


"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.


Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.


"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.


"RM25 saja bang."


Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.


Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.


Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Email dari hamba Allah :)


copy n paste from:
https://www.facebook.com/notes/syahirulcom/kisah-budak-penjual-kuih/238038059564841

alhamdulillah...

Tuesday, August 16, 2011

ini kisahku

bismillah...

no wonder rancangan baru kt tv9 tu mcm tittle dia sounds familiar... "ini kisahku".. sounds very familiar isn't??? ;PP

xbrape nk follow sgt but so far br tgk y psl catriona ross n wardina safiyyah... byk iktibar n pengajaran leh dpt... a 'should see' show lah.. if i say "must see" show, jd cm sgt wajib lak... anyway, kesimpulannya....

Allah knows BEST!!! hanya kepadaNya tempat utk kita memohon, tempat bergantung harapan, tempat meluahkan segala keluh kesah. kerana hanya Allah selayak2nya tempat bergantung... Allahuakhbar! Allah Maha Besar....

jom sama2 berdoa......


(8) "رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ"


maksudnya: 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah- limpah pemberianNya.' (Ali Imran 3: 8)

amin.. amin.. amin...

selingan... current living status di Hospital Kulim.. ;P

how should i put it in words? hurm, 'maybe O&G isn't that bad?' or 'i never know that A&E could be this interesting!'.... hoho i don't know... but Allah really3X knows BEST... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Allahuakhbar!

what's on my mind now?

to both my parents who encourage me to take medicine (or should i say 'dragging me' into it.. ;P) they really know what's best for me.. ntah ape la agaknya jd if i tekad gk utk amek chemist dlu.. hoho
btol apa y ummi ckp time skola dlu... "ummi tahu apa y terbaik utk ina!"... ok, 'sami'na wa atho'na' (kami dgr dan kami patuh.. ;p) my mom know better... thank you ummi n ayah!~ :D

conclusion:

1. sometime people see the potential in us that ourself couldn't see...
>soo true! that's why la sentiasa kena ask for 2nd opinion.. 3rd,4rd pon boleh...
2. n tak salah menjadi bodoh utk seminit dari jadi bodoh utk selamanya.. tak tahu, tanya! dari jd bodoh sombong!~ erk!
3. n biar buat silap and kena marah dulu, asal lepas tu terima, betulkan n lekatkn dlm ingatan utk selamanya.... ^_^

Alhamdulillah....

p/s: Ramadhan hampir separuh sudah berlalu.. amalan kita???


ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^