Wednesday, January 26, 2011

changes?? at my own pace!

bismillah....

nak berubah tu bukan senang... nak2 lagi perubahan tu kearah kebaikan... lagi la byk cabaran n rintangan menanti kt dpn... tapi kalau fikir from the bright side... takkan Allah nk bg perubahan tu senang je kan? mesti la ada susah payah, baru la kite tau nk appreciate.. kalau x, sng je nk berubah ke arah kebaikan, then sah2 senang je nk berubah balik ke perangai lama.. hurmmm..

”.... apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan begitu saja mengatakan : “kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji ?“ Al- Ankabut 29: 2

actually aku nk tulis.... klo tgk cara aku blaja dlu n skg mesti org xpecaye! haha... seriously! aku LAGI la xpercaya!! dari org y plg mls pegang buku, skg ni TERPAKSA!! tidur pon klo bleh nk peluk (tipu la tu, buku tu taruk tepi je nanye) haha.. nak2 lg skg ni module neuroscience.. adoiiii, dr xinsaf2 skg terpaksa gk PAKSA diri.. klo x bye2 la Muhsina oiii...

tapiiiii... nk banding tahap kerajinan aku ngan org sekeliling, hurm cm langit ngan bumi kot!

BEZA, MEMANG BERBEZA!...

tapi xpela... cm salu aku pegang n semat dlm mind.. biarlah aku jadi kura2 y lembab janji aku tau mane pathway aku nk lalu, n pathway tu masih ke arah matlamat y betol... biar lambat asal selamat... kan? (tapi xbermakna ikut cara sndiri tu lembab right?? mne tau nanye lagi speed? haha pasan!)

ok2, dgn ini sy bangga mengatakan.....

I PREFER TO FOLLOW MY OWN PACE!!!!!

buat apa aku nk terkejar2 ikut step org lain tp habuk aku xdpt... tapi aku sedar la, kadang2 tu mmg la kena blaja dr cara org, pastu pandai2 la adapt n jadikan cara tu cara aku..

itu sebenarnya maksud 'my own pace' tu [aku sedar kemampuan aku dan aku tahu cara nk handle, improvise n betulkan mana y salah]... bukannya aku menonong xtentu arah kehulu kehilir ikut cara n rentak sendiri walaupon bila aku tau cara tu salah... hmmmm...

xpelah, y penting... istiqamah dlm setiap perubahan tu.... biar sikit, tapi tetap berterusan... sikit2 lama2 jadi bukit.. biar bermula dari nothing, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, pastu baru la boleh berlari.... right??! ^_^


Dari A’isyah r.a menyebut bahawa Nabi saw. ada bersabda:
“Sesungguhnya amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus walaupun sidikit.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

alhamdulillah....

Wednesday, January 19, 2011

dah smpai ajal


bismillah...

nanye dr hari tu lg ak nk tulis psl mende ni.. tp xberkesempatan (bajet bz la tuh)... so skg lah masenye....

tarikh keramat 1.1.11... takdir Allah ajal dia smpai pd hr ni... aku sbg insan biasa xdpt nk menolak Qada' dan Qadar Allah. rentetan saat2 kematian dia begini.....

2,3 bulan sblm tu.. dia dh tunjuk tanda2 dia dah nazak, tapi ak percaya ajal dia belum smpai.. so aku just hantar dia g jmpe pakar, pakar tu ckp xlama dah ni, tp for now boleh diselamatkan lagi...

aku pon sejak dr hari tu sentiasa berjaga2.. jarang aku biarkan dia keseorangan lama2.. paling lama pon aku tinggalkan dia sorg2 dlm 2,3 hr.. pastu mesti aku dgn dia blk...

nk dijadikan cerita, tanggal 1.1.11... aku dah janji ngan few kwn nk g island jalan2.. aku dah ckp ngan dorg awal2 dah, kalau boleh aku xnk bawak dia.. kesian dia, dia dah xlarat, tp membe aku dua org tu berjaya yakinkan aku utk bwk dia jugak... so b4 kitorg grk tu aku da pesan kt dia awal2.. jgn buat perangai, nnt susahkan org, aku dah bg dia minum, aku dah perati btol2 dah dia, kot2 nnt dia buat hal ak jgk y susah...

kitorg g naik feri, dr jeti sblah sana dkt skit nk g padang kota.. klo naik bridge jauh skit.. so ok fine, dia pon elok je, baik pulak mood dia hr tu.. dah tunggu punya tunggu giliran nk nek feri, smpai la turn kitorg...

cuak jgk aku, kot2 dia xthn nek feri ke... but so far time tu ok je, kitorg dpt tmpt dpn skali dlm line tu, so kire klo nk kua nnt kitorg first la y kua...

ak n membe seronok la amek angin laut kt tepi2 feri tu, smpai tgkp2 gmbr.. so far dia xbuat perangai, so aku pon sronok leh enjoying the moment....

climax cerita..... bila feri dah smpai ke jeti slbh island, kitorg pon get ready la utk klua.. tup2.. takdir Allah, time tu rupa2nya penghujung hayat dia, aku pon xtersgka y ajal dia smpai takat ni je... puas aku berusaha nk slmtkan, tp xberjaya gk.. abg2 feri tu semua dah mula pndang2 bila dia tinggal nyawa2 ikan.. aku sedeyh nk lpskan dia pergi.. lagi2 atas feri tu.. aku tertanya2 gk, dlm byk2 tmpt nape la dia pilih utk pergi kt atas feri nih.. sob3...

then, mslh mula timbul bila org lain nk klua, igt x kitorg kn kt dpn skali dlm line tu, so bila dia dah pergi saat tu, kan dah timbulkan masalah kt org lain... haish aku dah ckp awal2 jgn susahkan org, ni da pergi pon susahkan org jgk.. haish..

dpendekkan cerita, abg2 feri tu jgk la y tlg bwk dia keluar dr feri tu, walaupon awl2 dorg mcm nk tertawakan je bila dia dah nk pergi tu. huh! org tgh susah dorg gelakkan lak..

kami pon tersadai la kt jeti xtahu nk buat apa lps tu, mne ada org kami knl kt island nk tlg slmtkan dia.. uhu sdeyh tau.. aku blank je, nk nanges pon ada bila dia dah xde.. good thing kwn aku ad cntact someone y pakar la jgk, so tunggu dlm 30 min, org tu dtg, dia tanya, nk slmtkan lg ke?? aku y tgh sedeyh time tu trus ckp ngan org tu....

"tak nak lah pakcik, tukar je terus BATERI nih!!.. mmg dah lama dah dia nyawa2 ikan.. mmg tunggu masa je"

hehehe.. pastu greenie aku pon dpt la bateri baru..

few days later, bukan takat bateri baru, cik greenie ni siap dapat radio baru skali ngan speaker baru.. hohoho (tp y psti duit aku pon mengalir mcm air, pastu hari2 mkn pasir....)


antara pics y smpat di snap...

yerp ini my greenie..

kami~

ha ni la name feri y xkan dilupakan smpai bila2..

PULAU TALANG-TALANG

bajet je cik kak dua org ni, bukan dorg pon y tolak.. haha

abg AAM y byk menolong.. sian dia.. cuti tahun br pon kne tlg kitorg.. hoho
TQ bang!

that's all....

alhamdulillah...




_sy syg greenie sy_

wow! would you do the same thing??

Bismillah...

Ada seorang pemuda di bumi Syam ketika itu, kacak, warak dan juga merupakan seorang penjual kain. Beliau digilai oleh wanita di kawasan tersebut. Sudahlah wajahnya mempersona, peramah pula. Ini kurniaan Allah kepadanya.

Suatu hari, seorang wanita dari golongan bangsawan memanggil pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya. Alasan yang diberi adalah nak beli barang jualan beliau. Walhal beliau tergila2kan ketampanannya. Tanpa mengetahui niat sebenar wanita ini, pemuda ini menuruti shj.

Pada saat itu, tiada sesiapa pun di dalam rumah ini melainkan mereka berdua. Dan sudah pasti orang yang ketiga adalah SYAITAN. Lalu wanita ini menggoda : "Duhai pemuda tampan. Sebenarnya aku memanggilmu bukan utk membeli barang daganganmu, tapi semata2 kerana aku sgt mencintaimu. Selama ini aku tergila2kan ketampananmu."

Kemudian, wanita berkenaan mengajaknya berzina. Lantas pemuda berkenaan mengingatkan beliau akan azab seksa kepada perilaku zina. Namun, usaha itu sia2. Wanita berkenaan nekad. Setiap perkataan yang diucapkan oleh pemuda berkenaan bukan menyebabkannya insaf, tetapi semakin menaikkan nafsu berahi kepada pemuda tersebut. Adeh..

Pemuda tersebut cuba menolak dengan baik. Namun wanita tersebut mengancam dgn berkata jika pemuda tersebut tdk menuruti apa yg beliau perintahkan, beliau akan menjerit sekuat2nya dan mengatakan pemuda berkenaan ingin memperkosanya. Beliau juga menyatakan, beliau org berpengaruh di kalangan masy, sudah pasti mrk semua akan mempercayainya.

Dengan izin Allah, pemuda berkenaan mendapat ilham. Lantas beliau berkata kpd wanita berkenaan :"Baiklah. Tetapi sebelum itu, izinkan aku ke bilik air bagi membersihakn diri dahulu. Maklumlah tubuhku dibasahi dengan peluh." Wanita berkenaan semakin gembira. "Ooo, sudah tentu sayangku. Silakanlah. Aku menantimu." (gatal!)

Pemuda tersebut terus ke bilik air. Memikirkan musibah yg sedang melandanya. Dia terfikir, antara golongan yang mdpt naungan pd hari tidak ada naungan iaitu di hari kiamat adalah sorg pemuda yang diajak berzina oleh wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia berkata :"Sungguh aku takut pada Allah!" Nak lompat dr tingkap, tingkap terkunci kuat pulak.

Akhirnya, ilham datang tanpa disangka. Beliau nekad. Beliau berasakan perlu melumurkan badannya dengan kotoran. Kemudian, beliau berak dan melumuri keseluruhan anggota badannya dengan kotoran beraknya. Seluruh rambut, dada, tangan, dan semuanya. Ia juga merasa jijik. Bahkan ia mual dan termuntah. Sambil menangis, beliau berkata :"Ya Allah, Ya Rabbi, kerana takutnya padaMulah aku melakukan perkara ini! Maka gantikalah untukku yang lebih baik."

Ia keluar dari bilik mandi. Bila wanita tersebut melihatnya, alangkah terkejutnya beliau. Ia merasa jijik lantas menjerit dan berteriak dengan keras :"Keluarlah wahai SI GILA! Dasar pemuda gila, keluar kau, jangan mengotori rumahku."

Pemuda tersebut keluar dan berpura2 bertingkah laku spt orang gila. Sambil itu juga, beliau memerhatikan keadaan sekeliling, takut2 ada yang melihat dan akan memfitnahnya. Ada juga yang melihat dan menyertawakannya, namun beliau tidak peduli dan terus menuju ke rumah. Buka pakaian, masuk ke bilik air dan mandi.

Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Allah SWT telah menunjukkan kekuasaanNya dengan memperkenankan doa pemuda tersebut. Allah menjadikan bau harum yang luar biasa memancar dari seluruh tubuh pemuda berkenaan. Bau itu dapat dicium walau jarak beberapa meter. Akhirnya, beliau dikenali sbg "Al-Misk" atau Orang Yang Seharum Kasturi.

Kisah ini menjadi bukti keagungan Allah SWT. Kisah nyata ini masih boleh dilihat bekasnya. Di tanah Syam, ada sebuah makam yang tertuliskan "Al-Misk". Itulah kubur pemuda tersebut yang memelihara dan menjaga kesuciannya.

subhanallah....

alhamdulillah..

Allahu akhbar!...

Sunday, January 2, 2011

tips nk clear out dosa.. how???

bismillah...

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1.Bismillahirrahmanirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2.Alhamdulillah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. dan tiap kali mendapat kemudahan dan kesenangan dari Allah. bahkan sesiapa y mengucapkannya tika kesusahan dan kepahitan menimpa maka lebih besarlah pahalanya.


3.Astaghfirrullah : jika tersilap
mengatakan/melakukan sesuatu yang buruk.


4.InsyaAllah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


5.Lahaulawalaquata illabillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7.Laa ilaaha illallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

that's all...


*sound so easy right?? pasti ada hati2 y berkata "ala, kalau takat ni aku pon tau.. bek xyah ckp" hmm kadang-kadang hati kecil ni pon ckp cmtu gk.. lumrah manusia, iman tu kadang2 turun kadang2 naik.. however!!! sebaik2 amalan ialah walaupon kecik tapi tetap istiqamah (consistence) melakukannya... so ckp blk kt hati2 y berkata sebegitu "eleh, kalau ko dah tahu, ko buat x?? jgn takat pndai ckp je.. klo tahu tapi xamalkan xde makne jgk kn??" huhuhu.. pesanan utkmu dan utkku~~~~


alhamdulillah...

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^