Thursday, January 26, 2012

sejahtera ke atasmu ya Rasulullah!

bismillah...

'ummi, masamnya limau jiran kita bg ni.. >_<’

Luah si anak smbil mengeyitkan matanya sewaktu memakan limau yg dihadiahkan jirannya yg menyambut Tahun Baru Cina..

‘Adik..adik nk tahu tak kisah Rasulullah dan buah limau, bila ummi tgk keadaan adik ni, ummi ingat kat satu kisah ’

Si anak terus menjawab,..’nak2’

‘Erm suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir, masa tu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk nabi. Cantik sgt buahnya. Siapa2 yang tengok pasti terliur dik. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan jemputlah para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak pula dik. Pelik kan?Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka tanyalah lepas tu,mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya jika kalian turut makan bersama, aku bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut
Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu aku habiskan semuanya.".

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. dik, Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pula pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa ya dik? Erm sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w...hebatkan Rasulullah punya akhlak yg sgt baik..

Si anak tersenyum ^^, dan menyimpulkan bhw....

‘kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Kena ucp terima kasih dan menerima dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.’
Kan ummi?

‘Betul...jom kita tiru akhlak nabi, insyaAllah..'

alhamdulillah...

2 comments:

HH said...

baru petang tadi makan limau yg masam.

tak mencela makanan tu juga adalah akhlak nabi.

mekaseh kak sbb ingatkan. :)

muhsina hassan said...

welcome!~ ^^

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^