Sunday, September 16, 2012

kenapa solat tapi buat dosa gak?

bismillah...

"sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar" Al-Ankabut:45

A: tapi kenapa aku tengok ramai org y solat tp banyak je buat dosa, dedah aurat, mengumpat sana sini, tak jaga ikhtilat (pergaulan antara bukan muhrim) and banyak lagi benda tak baik?? termasuk la orang yang bertanya ni kot. hehe.

B: aku bg perumpamaan lah ek senang paham.. katakanlah kau ada sebuah kereta baru. ferrari ke, civic ke, kelisa ke, apa2lah.. then kau jaga dia baik2, kau tak nak kasi dia calar, kotor sikit kau bersihkan, tarikh service tak pernah miss, etc. kau agak2 la kereta tu berkhidmat dgn baik tak? kau boleh pergi jauh2, bawak jalan2, tak segan nk tunjuk kat org, tak payah nak spend duit banyak2 nk repair. kan?

A: ha, ok betul tapi apa kaitan kereta dengan solat? =_='

B: solat ni macam kau dengan kereta tu jugak.bila kau jaga solat kau, insyaAllah solat kau akan jaga kau balik.

A: yela tapi macam mana pulak tu? bukannya solat tu hidup nk jaga aku?

B: ha ni yang menarik. siapa cakap solat tu tak hidup, nak jaga kau dari buat perkara2 tak baik? takda  benda yang jadi secara tiba2. setiap satu tu ada sequence dia. ok macam ni, kalau kau protect solat kau, ambil wudhu betul2, solat di awal waktu dan di dalam waktu, kau jaga khusyuk kau, faham makna ayat2 dalam solat, banyakkan solat sunat. ha. insyaAllah kau akan rasa dekat dengan Dia, sayang Dia betul2, dan akan rasa Dia selalu perhatikan kau. at the same time, kau akan rasa izzah (bangga) dengan solat kau. bukan bangga diri bajet hebat tp rasa seronok, excited and bahagia bila kau dirikan solat. pastu kau nilai balik. kau masih rasa ke buat jahat ni seronok? buat kemungkaran ni seronok? buat perkara lagha(melalaikan) ni seronok? insyaAllah kau akan rasa yang hati kau dah terpaut pada Dia dan insyaAllah kau dah tak rasa nk buat kerja2 tak baik tu. so macam tu la solat tu dapat jaga kau, dengan syarat kau jaga dia dulu. itulah maksud solat yang hidup.

A: yeke? tapi susah wooo macam tu. kau ingat senang ke nak buat semua tu. solat awal waktu, khusyuk tu lagi la susah, then solat sunat tu, hmm yang wajib pon susah nak jaga.

B: takde benda yang kat dunia ni senang nak buat la bro. kau ingat nk makan tu senang? macam kita ni, nak kena fikir dulu nk makan kt kedai mana, fulus cukup tak, nanti makanan tu sedap ke tak. pastu kau ingat b*rak tu senang? nak kena dapat feel dulu, cari toilet dulu, air ada tak. lagi kau ingat tidur ni senang? nak kena ada tempat tidur, nak kena fikir assignment nk hantar esok dah siap belum, nak kena fikir bangun pukul berapa. ha. cuba kau cakap benda apa y senang?? slow2 la. yang penting nawaitu (niat) dan effort tu mesti kena ada la. mana ada manusia semalam dia baby hari ni dh 20 tahun. mana ada manusia yang lahir2 dah boleh menyanyi lagu siti. kan? manusia ni memang lahir untuk belajar dan improve diri. lagi satu. kita boleh bandingkan diri kita dengan orang lain, tapi ada pantang2 dia.

A: lorh, nk bandingkan diri dengan orang lain pon ada pantang? pantang apa lak?

B: macam ni, kalau kau tgk budak yang lg muda dari kau, kau kena bandingkan budak tu muda, tak banyak buat dosa tapi kita ni banyak. kalau kau tengok orang lagi tua dari kau, kau kena bandingkan orang tua tu banyak ilmu, byk makan garam tapi ilmu kita sikit. lepas tu kalau kau jumpa orang jahil, kau kena anggap orang tu buat dosa kerana dia tak tahu tapi kita ni tahu tapi buat jugak. lepas tu kalau kau jumpa orang kafir, kau kena bandingkan dengan diorang, mungkin bila diorang beriman nanti diorang lagi banyak beribadah, bertaqwa daripada kita. so kesimpulannya, jangan bandingkan dengan orang lain dengan harapan kita ni lagi mulia dari mereka, kerana riak (bangga diri) tu penghapus segala pahala.

A: oooo... Astaghfirullah, astaghfirullah. thanks bro. banyak aku belajar hari ni. so conclusion yang aku dapat hari ni, first, solat tu menjaga diri dari buat benda tak baik TAPI dengan syarat aku kena jaga solat aku betul2 dulu. then second, aku kena optimist, khusnuzon( bersangka baik) dengan orang2 sekeliling aku, tak boleh rasa diri dah cukup bagus, bajet bagus ke sebab aku tak tahu sebenarnya diorang ni lebih baik lagi dari  aku y banyak dosa ni..

B: ha betul2. tapi aku pon kena sentiasa beringat jugak, sebab mana tahu mungkin masa aku bercerita ni ada tertimbul perasaan riak tu ke. astaghfirullah. astaghfirullah. aku nk tmbh last boleh bro? ada 2 perkara kita kena ingat n ada 2 perkara kita kena lupa. yang kena ingat ialah kebaikan orang pada kita n kejahatan kita pada orang. yang kena lupa tu kejahatan orang pada kita n kebaikan kita pada orang.

A: hmm. yang ni pon ko kena kupas bro. baru boleh lebih faham.

B: part tu ko kena berfikir sikit, banyak pon boleh. nanti kau pulak kupas untuk aku. ;)


*alhamdulillah 'ala kulli hal

No comments:

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^