Tuesday, September 11, 2012

September 11th


bismillah....

Sep 11th.. igt peristiwa itu? 2 bangunan berkembar diruntuhkan, dan dikatakan penjenayah yang diSYAKI (bukan disabit dgn kesalahan itu) adalah seorg Muslim. dan sejak itu Islam dilabel sebagai pengganas. tentera Amerika membunuh beratus ribu, bahkan jutaan Muslim di seantero dunia. dengan alasan 'menjaga' keamanan, mencari 'penjenayah', membunuh suspek y 'disyaki', 'mengawal' keadaan dan sebagainya.
undang2 mana y menyatakan bila anda disyaki, maka ANDALAH penjenayahnya? undang2 dunia mana pula y mengatakan bila ada y disyaki, insan lain y tidak berdosa boleh dibunuh?

saya tidak belajar undang2 tapi melalui pemikiran logik, apa yang menyebabkan bila manusia berperang mempertahankan tanah airnya dari dihancurkan pihak luar, dikatakan extremist? dikatakan pengganas?
apa hak y dipegang oleh manusia luar y dikatakan 'penjaga' keamanan itu ada utk datang ke tanah org lain dan melakukan pembunuhan kanak2 dan org tua, merogol gadis2 dan wanita, mengaibkan mayat2 "pemberontak' dgn alasan menjaga keamanan? undang2 dunia mana itu? planet mana? marikh?

bukti sudah ada, nk gambar? video? saksi2? semua ada, semua maklumat ada. mana tindakannya?? mana mahkamah dunia y dikatakan menjaga keamanan dunia? ini bukan masalah Islam, ini masalah perabadan, masalah hak asasi manusia. bolehkah manusia lain memegang kunci utk kehidupan org lain? dipagar, ditembok sekeliling kota, dihalang keluar dari negeri sendiri. apa itu semua? apa y menjustifikasikan perbuatan itu adalah sesuatu y betul? siapa y menentukannya? anda? negara2 kroni anda? negara2 y ekonominya disokong anda?

bagaimana dengan manusia2 y lain? anda merasa kita tidak terlibat? itu negara mereka? itu tanggungjawab mereka? biarkan si luncai terjun dgn labu2nya? kita tidak ada kaitan, kita jauh dr mereka. begitu?
bagaimana pula andai apa y berlaku di sana berlaku di negara kita? seronok bila tiada siapa y menolong? seronok bila kita ditindas tanpa keadilan? seronok? fikirkan. dengan hati dan akal fikiran y waras. tiada batasan agama, bangsa, umur atau jantina y mengatakan anda tidak boleh berhenti sejenak dan berfikir tentang mereka.

apa boleh kita yang tiada kudrat tenaga, tiada masa, tiada keberanian dan sebagainya untuk bantu mereka? doakan mereka, hulurkan bantuan kewangan, sebarkan mengenai mereka. agar satu dunia tahu. y kita PEDULI. agar satu dunia bergabung, menentang kezaliman, menentang ketidakwarasan pemikiran manusia2 berhati batu, menentang penafian hak asasi y berlaku.

*agar Dia tahu (y sememangnya Maha Mengetahui). akan usaha kita. insyaAllah.


alhamdulillah...

No comments:

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^