Sunday, December 23, 2012

Membuang Sifat WAS-WAS





Oleh PROF. DR. HARON DIN
 
WAS-WAS biasanya bermula dari satu detik di mana manusia mulai tidak mempercayai apa yang tersirat pada pandangan matanya dan lebih mengikut kehendak hatinya yang sudah menghidap penyakit was-was.
 
Mereka yang diserang penyakit ini akan menggunakan perasaan hati untuk membuat sesuatu pertimbangan yang biasanya penuh dengan prasangka. Hal ini terbukti apabila barang-barang seperti ikan, sayur dan beras pada pandangan mata mereka terdapat najis mughalazah dan perlu disamak.
 
Mereka biasanya dibohongi oleh saluran perasaan masing-masing dan mengenepikan pandangan mata mereka terhadap kenyataan yang sebenar. Sedangkan dalam hukum Islam setiap pandangan untuk menentukan perkara itu mesti berasaskan kepada pandangan mata.
 
Jika zahirnya bersih tanpa najis sama ada setelah dicium atau dirasa dengan tangan, maka tidak perlu lagi disamak.
 
Setiap benda yang bersih hukumnya adalah suci dan tidak perlu disamak sama sekali dan ia boleh diguna atau dimakan tanpa perlu merasa was-was.
 
Sekiranya manusia tidak lagi mempercayai apa yang dilihat oleh mata mereka maka syaitan, jin dan suku-sakatnya akan mengambil peluang untuk merosakkan insan itu.
 
Lebih percaya gangguan perasaan
 
Syaitan dan suku-sakatnya akan menghasut manusia untuk merasa was-was dan akhirnya terperangkap dalam perasaannya sendiri. Hasutan ini memang berlaku dan buktinya ada orang yang berwuduk melebihkan basuhannya walaupun matanya menyaksikan ia sudah melakukannya sebanyak tiga kali. Tetapi kerana was-was ia menambah sekali lagi sehingga basuhannya menjadi empat kali dan perkara ini berlaku kerana ia lebih percaya pada gangguan perasaannya.
 
Lama kelamaan, daripada empat kali ia bertambah menjadi lima dan semakin lama ia membiarkan dirinya diserang oleh rasa was-was maka keraguannya terhadap keyakinan sendiri akan semakin parah. Maka itu tidak hairanlah sekiranya masa untuk berwuduk yang sepatutnya selesai dalam lima minit berlarutan menjadi dua atau tiga jam.
 
Masalah takbir dalam solat juga ketara apabila seseorang itu diserang penyakit was-was. Syarak menetapkan takbir hanya sekali dengan masa antara tiga hingga lima saat sahaja tetapi kerana was-was ia mengamhil masa dua hingga tiga jam untuk disempurnakan. • Ada pesakit was-was yang mengadu kepada saya bahawa suaminya terpaksa membangunkannya pada pukul tiga pagi bagi membolehkan ia berwuduk dan bertakbir sebelum habis waktu subuh. Ini kerana ia mengambil waktu yang panjang untuk berwuduk dan bertakbir dan biasanya walaupun bangun pada pukul tiga pagi sembahyang subuhnya hanya selesai menjelang matahari naik. Pesakit was-was biasanya akan berwuduk dari pukul tiga hingga azan berkumandang. Bila dia mula bersolat, takbir akan berulang-ulang hingga matahari naik dan waktu itu baru selesai takbirnya. Solatnya pula hanya akan tamat bila matahari mulai tinggi.
 
Semua masalah ini melanda dan menyeksa kekhusyukan ibadat kerana dirinya sudah terhasut oleh gangguan syaitan. Justeru kerana bahayanya, was-was amat perlu diubati dengan segera dan tidak sepatutnya dibiarkan bertapak dalam hati dan perasaan manusia. Was-was boleh membuat manusia dalam keadaan serba-salah dan bersikap kontra dengan persekitaran dan masyarakat. Malah pada satu tahap was-was boleh membuatkah ibadat tidak sah.                                 
 
Pastinya was-was akan membuatkan manusia hilang rasionalnya dan melakukan kerja yang sia-sia serta mudah menyalahkan orang lain.
 
Tidak yakin dengan diri
 
Sifat orang was-was yang tidak tenteram ternyata tidak Islamik dan buktinya al-Quran menyebut:
 
"Orang yang beriman dengan Allah akan terang hati mereka dengan mengingati Allah dan ingatlah bahawasanya dengan mengingati Allah hati manusia akan memperolehi ketenangan."
 
Ini bererti bahawa sifat tenang adalah sifat orang mukmin dan mukmin sejati ialah mereka yang sentiasa yakin dengan Allah dan hukum-hukumnya. Mukmin sejati juga yakin dengan perbuatan yang mengikut syarak sebagai sah dan benar. Mereka yang yakin dengan Allah melakukan tiap ibadat dengan penuh yakin tanpa boleh digugat oleh apa-apa hasutan pun.
 
Sedangkan orarg yang was-was sentiasa tak yakin dengan diri dan perbuatannya malah hingga beberapa kali wuduk atau beratus kali bertakbir mereka masih tidak yakin. Apakah sebenarnya dengan berbuat berulang kali itu mereka yakin akan sahnya atau sebenarnya mereka melakukan demikian hanya untuk memuaskan perasaan hati yang tidak tenteram akibat gangguan syaitan?
 
Bagaimanapun setelah melakukannya berulang kali mereka tetap tidak lenteram dan gagal menemui keyakinan. Tidakkah ini sia-sia?
 
Mana yang lebih baik. melakukan ibadat mengikut syarak atau beribadat untuk kepuasan hati?
 
Tuntutan syarak seperti wuduk mestilah dengan basuhan tiga kali sahaja dan sekiranya dilakukan lebih daripada itu ia sudah melanggar syarak.
 
Ini kerana Rasulullah S.A.W. sendiri memerintahkan tiga kali sahaja.
 
Untuk mengelakkan was-was ketika memulakan solat berniatlah lebib awal dan jika sebutan itu terdengar pun tidak salah. Ketika berniat pusatkan ingatan lalu kemudian diikuti dengan mengangkat tangan dan bertakbir Allahuakbar dengan sempurna. Dengan sekali takbir sahaja hukumnya sudah sah dan tidak perlu kerana mengikut telunjuk was-was, takbir diulang-ulang hingga beratus kali.
 
Mengikut kaedah fekah jika dilakukan dengan sempurna maka tidak boleh diulang-ulang lagi kerana ia boleh membatalkan ibadat.
 
 
SOALAN:
 
SAYA sering mengalami kekeliruan  ketika.mengambil wuduk dan bertakbir hingga melakukannya berulang kali. Saya cuba urituk membuang sikap ini tetapl.ternyata gagal.        Adakah amalan yang boleh saya lakukan untuk membuang perasaan was was yang saya alarni.     -Syukur   Osman,   Kuala   Berang, Terengganu.                              
 
JAWAPAN
 
BAGI merawat penyakit was-was ini eloklah diamalkan membaca surah Al -Fatihah dengan niat memohoh perto-longan daripada Allah untuk melawan Qhannas.
 
Amalkan bacaan An-Nas dan jangan melakukan sesuatu dalam ibadat dengan amalan yang bertentangan dengan hukum syarak.
 
Jangan amalkan duduk terlalu lama di dalam tandas kerana tandas atau  Al-Hamman adalah rumah yang khusus kepada iblis dan suku-sakatnya.
 
Sesuai  dengan   sifatnya  sebagai rumah iblis, syarak mengajar kita supaya tidak mengunjungi tandas untuk melakukan kerja-kerja yang sebenarnya hanya layak dilakukan oleh  iblis.                                                  
 
Setelah membuang air kecil atau besar keluar segera dari tandas.Elakkan membaca akhbar atau buku  dalam tandas kerana tempat itu tidak  sesuai untuk menelaah bahan-bahah berilmu.
 
Dengan berbuat demikian dan mengurangkan sikap mempercayai dan mengikut telunjuk hati akan mengurangkan tekanan dan serangan was-was.
 
Artikel Asal: Mingguan Malaysia Ahad 26 Februari 1995



No comments:

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^