bismillah..
ramai y bertanyakan malah menyatakan aku ni "sikit2 facebook, sikit2 facebook".. ya, aku bersetuju dengan mereka. asal online je, macam satu kewajipan untuk buka facebook. tapi, bila diselak2 mukabuku aku. banyak mengenai Palestin dan Syria..
tapi have to admit kadang2 tu jadi tempat luah dan tempat share jugak bila rasa pengalaman diri tu patut dikongsi. atau if ada lagu dan nasyeed y best utk dikongsi.. atau untuk keep in touch with family members and friends. ^_^
aku merasakan tak sempurna kehidupan ni bila hidup nafsi2 (sendiri-sendiri) dan tak peduli apa y berlaku di luar sana. yelah, baca paper pon tidak. if not, my cycle hanya berkisar mengenai hospital, buku dan bilik. boleh jadi insane kalau berterusan macam tu. alhamdulillah, bulatan gembira dan seangkatan dgnnya mewarnai kehidupan. dan truely, facebook ni dh jadi macam newspaper bagi aku. pasal harimau malaya, lee chong wei, isu2 semasa Malaysia dan luar negara. everything akan ada je insan2 y post di newsfeed. :)
berbalik dgn post2 aku y dimonopoli dengan isu Palestin dan Syria. aku akan terbayang hadis ini,
"tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
umpama kisah burung kecil dan peristiwa nabi Allah Ibrahim dibakar, Allah tak tanya outcome tapi Allah tanya apa sumbangan kita, apa usaha kita. kala saudara-saudara kita disana memperjuangkan Iman dan Islam, it would be a great shame if i'm just sitting here without doing anything. Allah. malunya. sedangkan tanggungjawab untuk mempertahankan rumah Allah, agama Islam itu adalah urusan kita semua, tapi kita p serah bulat2 kat mereka. tak malukah kitaaa? tak sayangkah kita dgn saudara kita? T-T
that's why, tanggungjawab kita adalah menyumbang dan memberi sokongan kepada mereka. ok nk p mati syahid kat sana pasti ada halangannya. lalu mana lagi laluan untuk kita menyumbang?
1. BOIKOT bagi lumpuh ekonomi musuh kita.
2. DOA senjata terbesar, terhebat kita.
3. INFAQ kalau tak boleh diri, harta kita.
4. AMBIL PEDULI DAN SEBARKAN info2 terkini apa y berlaku di sana. bila makin ramai tahu, sedar dan prihatin. makin kuat kekuatan kita utk 3 y diatas tu. insyaAllah.
biar berderet A, bergelar usahawan, engineer, cikgu, doktor, petani, cleaner, suri rumah, akauntan y berjaya tapi andai hidup nafsi2, "asal aku happy sudah".. Allah. malu bila nk mengadap Allah dan Allah tanya apa sumbangan kita pada Islam saat jatuh bangunnya. adakah bersama atau sekadar pemerhati dari tepi. Allah.
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka" At TAubah: 111
orang2 mu'min y membelanjakan diri dan harta kepada Islam, Allah dah janjikan syurga untuk mereka. andai kita ni y tak belanjakan anything untuk Islam, macam mana? Allah. T-T
*** jihad terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu kita. Allah. malunya aku dgn mereka. sedang mereka berjihad mempertahankan Iman dan Islam (which mean hawa nafsu tu awal2 lagi mereka dah tawan), kita disini baru terkedek2, nafsu sndiri pon masih tak berjaya tewaskan. T-T
wallahualam. alhamdulillah 'ala kulli hal.
"ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit" Ibrahim 14: 38
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ALLAH know!
"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60
motivating one-self!~
"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286
~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^
No comments:
Post a Comment