sedih, pilu jujurnya cemburu memenuhi ruang jiwa melihat mereka.. sibuk kesana kemari dengan program DnT.
ya aku cemburu. mereka memburu pahala dengan DnT. mereka memburu pahala dengan amal ibadah. mereka sibuk dengan program sana sini. mereka sibuk membina diri dan masyarakat sekeliling.
aku.. sibuk dengan urusan duniawi. berulang alik... hospital dan rumah... siang dan malam... tarikh dan masa... weekdays dan weekends... bagai repetition yang tidak lagi dapat dibezakan.. aku cemburu.
yang dikejar specialist di sana, consultant di sini, MO dan HO,
yang dikejar mencari pesakit utk ditanya tentang penyakit,
yang dikejar tutorial dan bedside teaching,
yang dikejar prosedur dan pesakit dgn good clinical findings.
bila pesakit dah meninggal, oh ada post mortem tak?
bila pesakit mengadu sakit, oh ada physical findings tak?
bila pesakit masuk wad, oh nak kena insert branula atau ambil darah tak?
eh. ini manusia atau robot.? tiada perasaankah?
yang dikejar cuma utk memenuhi logbook.
yang dikejar cuma utk lulus exam.
sedangkan hakikat y terbaring itu manusia. insan.
bukan patung mainan, bukan alatan untuk dibaiki.
itu tentang aku dan hospital. belum lagi tentang aku dan insan2 bergelar keluarga...
bagaikan munafik dirasakan diri.
berjanji tetapi tidak menepati.
membiarkan yang menanti terus menanti.
lebih sibuk mencari alasan dari sibuk mencari peluang utk pulang.
sibuk dikatakan extra sibuk.
sedang sibuk itu sebenarnya sibuk mengejar tilam dan bantal.
what kind of life actually was waiting for me ahead? where this journey leads me to? ini baru medical school, belum bekerja. ya, aku masih pelajar, belum bekerja sbg seorang doktor. yang dikatakan 100% berbeza dgn zaman belajar. kuatkah aku?
entah berapa kali mengingatkan diri.
"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha". Al-Baqarah :286.
'Allah tidak membebani seseorang hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya'.
almost always reminding myself. but most of the time i always forgot. aku perlu kuat. menahan diri dari jatuh. menahan diri dari tersungkur. jujurnya aku lemah. tapi demiNya aku harus kuat.
to those who think they are alone,, never think so.. there's always extremely great reason why Allah send us where we are right now. believe that.
'kenapa diorang boleh ada banyak masa?'
'kenapa diorang boleh join macam2 program?'
'kenapa aku tercampak kat sini sorang2?'
'kenapa tak ada siapa kisah pasal aku?'
'macam mana aku nak kuat kalau takda program?'
kenapa,,, macam mana,, and thousand more of those words.
tak yakin dengan Dia? tak yakin dengan takdirNya?
dear me and those in similar situation,,,,
jangan biarkan dirimu umpama lobak dan telur yang berubah keadaannya bila direndam dalam air panas tetapi jadilah seperti serbuk kopi yang merubah air panas menjadi air kopi panas. uuu. ^_^
jangan menunggu bulan jatuh ke riba, tetapi berusahalah untuk ke bulan.
conclusion: jangan mengharap keadaan sekeliling menjadi suitable condition for our iman to grow, tapi jadilah catalyst yang merubah diri sendiri dan sekeliling menjadi lebih baik.... find your way.. cari masa.. cari peluang.. cari ilmu itu.. cari, cari dan cari.
"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji?" Al-Ankabut: 2
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.... and never forget to say Alhamdulillah for nikmat Iman dan Islam y masih ada walau Iman itu sifatnya turun dan naik. Allahu Akhbar.
this was in 2nd year i think.. 2010. now, just a few more steps. biiznillah. |
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Ramadhan Kareem.
2 comments:
betul..
lepas ni, ada banyak benda akan berubah
masa belajar tidak akan sama dengan masa bekerja, even masa undergrad pun tidak sama dengan masa postgrad
situasi tak sama, kita akan dapati situasi sekeliling seperti takkan menyokong pendirian kita
kita kena pandai sesuaikan diri, tapi jangan hilang pegangan dan identiti sendiri
me pun rase medic ni sgt kering. hectic. penat berkejar dr hospital bagai.
tq 4 da reminders :) miss u ina~
Post a Comment