Sunday, December 23, 2012

Membuang Sifat WAS-WAS





Oleh PROF. DR. HARON DIN
 
WAS-WAS biasanya bermula dari satu detik di mana manusia mulai tidak mempercayai apa yang tersirat pada pandangan matanya dan lebih mengikut kehendak hatinya yang sudah menghidap penyakit was-was.
 
Mereka yang diserang penyakit ini akan menggunakan perasaan hati untuk membuat sesuatu pertimbangan yang biasanya penuh dengan prasangka. Hal ini terbukti apabila barang-barang seperti ikan, sayur dan beras pada pandangan mata mereka terdapat najis mughalazah dan perlu disamak.
 
Mereka biasanya dibohongi oleh saluran perasaan masing-masing dan mengenepikan pandangan mata mereka terhadap kenyataan yang sebenar. Sedangkan dalam hukum Islam setiap pandangan untuk menentukan perkara itu mesti berasaskan kepada pandangan mata.
 
Jika zahirnya bersih tanpa najis sama ada setelah dicium atau dirasa dengan tangan, maka tidak perlu lagi disamak.
 
Setiap benda yang bersih hukumnya adalah suci dan tidak perlu disamak sama sekali dan ia boleh diguna atau dimakan tanpa perlu merasa was-was.
 
Sekiranya manusia tidak lagi mempercayai apa yang dilihat oleh mata mereka maka syaitan, jin dan suku-sakatnya akan mengambil peluang untuk merosakkan insan itu.
 
Lebih percaya gangguan perasaan
 
Syaitan dan suku-sakatnya akan menghasut manusia untuk merasa was-was dan akhirnya terperangkap dalam perasaannya sendiri. Hasutan ini memang berlaku dan buktinya ada orang yang berwuduk melebihkan basuhannya walaupun matanya menyaksikan ia sudah melakukannya sebanyak tiga kali. Tetapi kerana was-was ia menambah sekali lagi sehingga basuhannya menjadi empat kali dan perkara ini berlaku kerana ia lebih percaya pada gangguan perasaannya.
 
Lama kelamaan, daripada empat kali ia bertambah menjadi lima dan semakin lama ia membiarkan dirinya diserang oleh rasa was-was maka keraguannya terhadap keyakinan sendiri akan semakin parah. Maka itu tidak hairanlah sekiranya masa untuk berwuduk yang sepatutnya selesai dalam lima minit berlarutan menjadi dua atau tiga jam.
 
Masalah takbir dalam solat juga ketara apabila seseorang itu diserang penyakit was-was. Syarak menetapkan takbir hanya sekali dengan masa antara tiga hingga lima saat sahaja tetapi kerana was-was ia mengamhil masa dua hingga tiga jam untuk disempurnakan. • Ada pesakit was-was yang mengadu kepada saya bahawa suaminya terpaksa membangunkannya pada pukul tiga pagi bagi membolehkan ia berwuduk dan bertakbir sebelum habis waktu subuh. Ini kerana ia mengambil waktu yang panjang untuk berwuduk dan bertakbir dan biasanya walaupun bangun pada pukul tiga pagi sembahyang subuhnya hanya selesai menjelang matahari naik. Pesakit was-was biasanya akan berwuduk dari pukul tiga hingga azan berkumandang. Bila dia mula bersolat, takbir akan berulang-ulang hingga matahari naik dan waktu itu baru selesai takbirnya. Solatnya pula hanya akan tamat bila matahari mulai tinggi.
 
Semua masalah ini melanda dan menyeksa kekhusyukan ibadat kerana dirinya sudah terhasut oleh gangguan syaitan. Justeru kerana bahayanya, was-was amat perlu diubati dengan segera dan tidak sepatutnya dibiarkan bertapak dalam hati dan perasaan manusia. Was-was boleh membuat manusia dalam keadaan serba-salah dan bersikap kontra dengan persekitaran dan masyarakat. Malah pada satu tahap was-was boleh membuatkah ibadat tidak sah.                                 
 
Pastinya was-was akan membuatkan manusia hilang rasionalnya dan melakukan kerja yang sia-sia serta mudah menyalahkan orang lain.
 
Tidak yakin dengan diri
 
Sifat orang was-was yang tidak tenteram ternyata tidak Islamik dan buktinya al-Quran menyebut:
 
"Orang yang beriman dengan Allah akan terang hati mereka dengan mengingati Allah dan ingatlah bahawasanya dengan mengingati Allah hati manusia akan memperolehi ketenangan."
 
Ini bererti bahawa sifat tenang adalah sifat orang mukmin dan mukmin sejati ialah mereka yang sentiasa yakin dengan Allah dan hukum-hukumnya. Mukmin sejati juga yakin dengan perbuatan yang mengikut syarak sebagai sah dan benar. Mereka yang yakin dengan Allah melakukan tiap ibadat dengan penuh yakin tanpa boleh digugat oleh apa-apa hasutan pun.
 
Sedangkan orarg yang was-was sentiasa tak yakin dengan diri dan perbuatannya malah hingga beberapa kali wuduk atau beratus kali bertakbir mereka masih tidak yakin. Apakah sebenarnya dengan berbuat berulang kali itu mereka yakin akan sahnya atau sebenarnya mereka melakukan demikian hanya untuk memuaskan perasaan hati yang tidak tenteram akibat gangguan syaitan?
 
Bagaimanapun setelah melakukannya berulang kali mereka tetap tidak lenteram dan gagal menemui keyakinan. Tidakkah ini sia-sia?
 
Mana yang lebih baik. melakukan ibadat mengikut syarak atau beribadat untuk kepuasan hati?
 
Tuntutan syarak seperti wuduk mestilah dengan basuhan tiga kali sahaja dan sekiranya dilakukan lebih daripada itu ia sudah melanggar syarak.
 
Ini kerana Rasulullah S.A.W. sendiri memerintahkan tiga kali sahaja.
 
Untuk mengelakkan was-was ketika memulakan solat berniatlah lebib awal dan jika sebutan itu terdengar pun tidak salah. Ketika berniat pusatkan ingatan lalu kemudian diikuti dengan mengangkat tangan dan bertakbir Allahuakbar dengan sempurna. Dengan sekali takbir sahaja hukumnya sudah sah dan tidak perlu kerana mengikut telunjuk was-was, takbir diulang-ulang hingga beratus kali.
 
Mengikut kaedah fekah jika dilakukan dengan sempurna maka tidak boleh diulang-ulang lagi kerana ia boleh membatalkan ibadat.
 
 
SOALAN:
 
SAYA sering mengalami kekeliruan  ketika.mengambil wuduk dan bertakbir hingga melakukannya berulang kali. Saya cuba urituk membuang sikap ini tetapl.ternyata gagal.        Adakah amalan yang boleh saya lakukan untuk membuang perasaan was was yang saya alarni.     -Syukur   Osman,   Kuala   Berang, Terengganu.                              
 
JAWAPAN
 
BAGI merawat penyakit was-was ini eloklah diamalkan membaca surah Al -Fatihah dengan niat memohoh perto-longan daripada Allah untuk melawan Qhannas.
 
Amalkan bacaan An-Nas dan jangan melakukan sesuatu dalam ibadat dengan amalan yang bertentangan dengan hukum syarak.
 
Jangan amalkan duduk terlalu lama di dalam tandas kerana tandas atau  Al-Hamman adalah rumah yang khusus kepada iblis dan suku-sakatnya.
 
Sesuai  dengan   sifatnya  sebagai rumah iblis, syarak mengajar kita supaya tidak mengunjungi tandas untuk melakukan kerja-kerja yang sebenarnya hanya layak dilakukan oleh  iblis.                                                  
 
Setelah membuang air kecil atau besar keluar segera dari tandas.Elakkan membaca akhbar atau buku  dalam tandas kerana tempat itu tidak  sesuai untuk menelaah bahan-bahah berilmu.
 
Dengan berbuat demikian dan mengurangkan sikap mempercayai dan mengikut telunjuk hati akan mengurangkan tekanan dan serangan was-was.
 
Artikel Asal: Mingguan Malaysia Ahad 26 Februari 1995



Saturday, December 22, 2012

nafsi-nafsi

bismillah..

ramai y bertanyakan malah menyatakan aku ni "sikit2 facebook, sikit2 facebook".. ya, aku bersetuju dengan mereka. asal online je, macam satu kewajipan untuk buka facebook. tapi, bila diselak2 mukabuku aku. banyak mengenai Palestin dan Syria..

tapi have to admit kadang2 tu jadi tempat luah dan tempat share jugak bila rasa pengalaman diri tu patut dikongsi. atau if ada lagu dan nasyeed y best utk dikongsi.. atau untuk keep in touch with family members and friends. ^_^

aku merasakan tak sempurna kehidupan ni bila hidup nafsi2 (sendiri-sendiri) dan tak peduli apa y berlaku di luar sana. yelah, baca paper pon tidak. if not, my cycle hanya berkisar mengenai hospital, buku dan bilik. boleh jadi insane kalau berterusan macam tu. alhamdulillah, bulatan gembira dan seangkatan dgnnya mewarnai kehidupan. dan truely, facebook ni dh jadi macam newspaper bagi aku. pasal harimau malaya, lee chong wei, isu2 semasa Malaysia dan luar negara. everything akan ada je insan2 y post di newsfeed. :)

berbalik dgn post2 aku y dimonopoli dengan isu Palestin dan Syria. aku akan terbayang hadis ini,

"tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

umpama kisah burung kecil dan peristiwa nabi Allah Ibrahim dibakar, Allah tak tanya outcome tapi Allah tanya apa sumbangan kita, apa usaha kita. kala saudara-saudara kita disana memperjuangkan Iman dan Islam, it would be a great shame if i'm just sitting here without doing anything. Allah. malunya. sedangkan tanggungjawab untuk mempertahankan rumah Allah, agama Islam itu adalah urusan kita semua, tapi kita p serah bulat2 kat mereka. tak malukah kitaaa? tak sayangkah kita dgn saudara kita? T-T 

that's why, tanggungjawab kita adalah menyumbang dan memberi sokongan kepada mereka. ok nk p mati syahid kat sana pasti ada halangannya. lalu mana lagi laluan untuk kita menyumbang? 

1. BOIKOT bagi lumpuh ekonomi musuh kita. 
2. DOA senjata terbesar, terhebat kita. 
3. INFAQ kalau tak boleh diri, harta kita. 
4. AMBIL PEDULI DAN SEBARKAN info2 terkini apa y berlaku di sana. bila makin ramai tahu, sedar dan prihatin. makin kuat kekuatan kita utk 3 y diatas tu. insyaAllah. 

biar berderet A, bergelar usahawan, engineer, cikgu, doktor, petani, cleaner, suri rumah, akauntan y berjaya tapi andai hidup nafsi2, "asal aku happy sudah".. Allah. malu bila nk mengadap Allah dan Allah tanya apa sumbangan kita pada Islam saat jatuh bangunnya. adakah bersama atau sekadar pemerhati dari tepi. Allah. 

"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka" At TAubah: 111

orang2 mu'min y membelanjakan diri dan harta kepada Islam, Allah dah janjikan syurga untuk mereka. andai kita ni y tak belanjakan anything untuk Islam, macam mana? Allah. T-T

*** jihad terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu kita. Allah. malunya aku dgn mereka. sedang mereka berjihad mempertahankan Iman dan Islam (which mean hawa nafsu tu awal2 lagi mereka dah tawan), kita disini baru terkedek2, nafsu sndiri pon masih tak berjaya tewaskan. T-T

wallahualam. alhamdulillah 'ala kulli hal.

Wednesday, December 19, 2012

no longer my own pace

bismillah... 

baru 2 minggu aku memulakan posting di department baru iaitu orthopaedic department. berbanding dengan paediatric posting, terlalu banyak yang aku belajar (dan perlu di revise) walau baru 2 minggu berada di posting ini. 

Allah, Allah, Allah. aku merasakan the pace is too fast. yes, its TOO fast. 

jika dibanding paediatric posting, sehingga minggu kelapan, aku masih confius, rasa byk masa terhabis dgn clerk patient, main dgn the kids.. tapi dlm posting ni, hanya dalam jangka masa 2 minggu ini seperti TERLALU banyak topik y perlu aku cover sblm clerk patient, examine patient. especially ANATOMY.! lectures terlalu banyak, bedside teaching terlalu banyak smpai aku rasa banyak ilmu y slip through my mind compare apa y melekat dalam otak. bila balik untuk revise, aku merasakan banyak y aku miss untuk catat apa y perlu di revise. 

tidak. aku tidak menyalahkan specialists kerana hal ini malah aku SANGAT berterima kasih kerana byk masa diluangkan utk mengajar kami. 

tetapi kesalahan terletak pada bahu aku sendiri. ya, aku terlalu berada di comfort zone sebelum ini. segalanya aku katakan ingin mengikut pace sendiri. 'even if its a change, i want to follow my own pace'.

now, I admit this is the moment when I agree to the dear Dr which I previously said to him that 'I insist of following my own pace'. 

a piece of advice to myself: 

if the pace is too fast, walk fast.! 
complaining will not solve the problem. 
giving up will not solve the problem. 
slowing down your pace would NEVER solve the problem.

obstacles are mean to be overcome. it is a stepping stone to be on the next level. 

peristiwa semalam menyedarkan aku, 

its time to wake up. i'm already in the last posting of this 2nd semester. which mean after i finish my end of semester exam, and insyaAllah pass my exam, i'm a 5th year student already. n by Allah's will, by 2014 i'm a doctor already. its no longer time to jokes around or hide behind the bushes. its time to get serious. by Allah's will, i'm going to help people, cure them, treat them, improve their quality of life and of course not doing any harm to them. 

now, let's look things at the bright side. its time to toughen myself. mentally, spiritually and physically.

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha Mengerti kekalnya cinta ku ini
izinkan aku meniti dihamparan cintaMu.. _unic_

cinta pada ayah ibu membuatkan aku memilih jalan ini. cinta padaMu membuatkanku terus meniti. permudahkanlah jalan ini.. Rabbi yusahhil.


alhamdulillah 'ala kulli hal wa ni'mah.

ALLAH know!

"dan Dialah y menidurkan kamu pada mlm hari dan Dia mengetahui apa y kamu kerjakan pada siang hari. kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari utk disempurnakan umurmu y telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa y tlh kamu kerjakan." Al-An'am 6: 60

motivating one-self!~

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah 2: 286

~~kadang kala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya, kemana hilangnya mentari?? rupa-rupanya Allah gantikannya dengan sang pelangi yang indah... ^_^